Buah Pinang, Baru Tahu Kenapa Nenek Moyang Zaman Dahulu Mengunyah Buah Ini!

Buah Pinang, Pinang Sireh

Buah pinang telah dikenal sejak dahulu kala dan sering digunakan oleh nenek moyang zaman dahulu untuk menyirih dengan cara mengunyah buah pinang bersama dengan daun sirih dan kapur.

Cara tersebut terbukti sangat mujarab untuk menjaga kesihatan gigi dan gusi. Maka tidak hairanlah jika gigi orang tua zaman dahulu sangat kuat dan masih utuh walaupun usianya sudah tidak muda lagi.

Namun seiring perkembangan zaman, tradisi makan sirih ini sudah jarang kita temui dalam masyarakat masa kini. Selain dapat bermanfaat untuk menguatkan gigi dan gusi, buah pinang juga sangat bermanfaat untuk kecantikan wajah.

Buah pinang memiliki banyak sekali manfaat untuk kesihatan ataupun kecantikan. Hal ini demikian kerana buah pinang memiliki banyak kandungan nutrisi yang sangat baik. Berikut adalah beberapa manfaat buah pinang untuk kecantikan wajah.

Merawat Jerawat

Bagi anda yang mengalami masalah dengan kulit wajah yang berjerawat, tidak ada salahnya jika anda mencuba dengan menggunakan buah pinang. Caranya :

  1. Sediakan beberapa buah pinang muda.
  2. Cuci hingga bersih dan pisahkan isi dengan biji buahnya.
  3. Kemudian haluskan dan oleskan pada kulit wajah yang berjerawat, biarkan selama 20 minit.
  4. Selepas itu, bersihkan dengan air dingin sehingga bersih.
  5. Lakukan rawatan ini secara rutin setiap malam hingga jerawat hilang.

Menghaluskan Kulit

Selain itu, buah pinang juga dapat bermanfaat untuk menghaluskan kulit wajah. Caranya :

  1. Ambil buah pinang secukupnya lalu hiris buah pinang dan jemur hingga kering.
  2. Setelah itu, haluskan dengan menggunakan pengisar sampai lumat seperti tepung.
  3. Kemudian tambahkan sedikit air dan adun hingga rata, lalu maskerkan ke seluruh kulit wajah dan leher secara rata.
  4. Biarkan selama 30 minit, lalu bersihkan.
  5. Lakukan rawatan ini secara rutin setiap 2 hari sekali, dalam beberapa kali, kulit akan tampak lebih halus dan lembut.

Menggunakan ramuan di atas juga dapat bermanfaat untuk :

  • Mencegah dan menghilangkan tanda-tanda penuaan seperti garis halus, kulit berkedut dan tanda-tanda lainnya.
  • Membantu dalam mengurangi kandungan minyak berlebih.
  • Mencerahkan kulit wajah yang kusam.
  • Menegang dan meremajakan kulit wajah sehingga kulit tampak awet muda dan segar.

Demikianlah informasi yang dapat saya sampaikan mengenai manfaat buah pinang untuk kecantikan wajah wanita, semoga bermanfaat dan sampai jumpa.

Loading...

Tags: #buah pinang #kecantikan kulit #kecantikan wajah #khasiat pinang #makan sirih #manfaat buah pinang untuk kecantikan #ubat jerawat

Kenali Perbezaan 6 Jenis Pencuci Muka Di Pasaran!
Guys, adakah pencuci wajah yang digunakan selama ini sesuai dengan kulit wajah anda?
Wanita, Hindari 5 Tabiat Ini Jika Tidak Mahu Kulit Wajah Anda Bermasalah!
Memiliki kulit wajah yang cerah, tidak berjerawat dan berseri-seri merupakan impian setiap wanita
Ulser Kornea, Pengguna Kanta Lekap Berisiko Mengalami Buta Kekal!
Mesti ada segelintir daripada anda yang gemar memakai kanta lekap dan ada ketikanya
Tanda Mengalami ACL, Kecederaan Lutut Yang Biasa Berlaku Kepada Mereka Yang Aktif Bersukan!
Kecederaan lutut atau dalam bahasa saintifiknya osteoarthritis sering dialami oleh mereka yang gemarkan

Comments are closed.