Biodata Ariff Aziz, Aktor Kacak Drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku

Biodata Ariff Aziz, Aktor Kacak Drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku

Sejak dikenali menerusi drama bersiri Misteri Wan Peah dan Cucu Tauke Beras, jejaka bernama Ariff Aziz mula menjadi sebutan para peminat tempatan.

Bermula dari situ, dunia anak wayang menjadi periuk nasi buat pemilik nama lengkap Wan Isma Ariff Abd Aziz.

Memulakan langkah sebagai seorang model untuk majalah fesyen dan pentas peragaan, aktor kacak ini merupakan salah satu bakat baharu yang berpotensi besar untuk menyinari industri seni hiburan tanah air.

Terkini, drama lakonannya iaitu Lelaki Itu Pemilik Hatiku sedang hangat ditayangkan di slot Akasia di TV3.

Bukan itu saja, figura berusia 28 tahun juga membintangi drama berantai berjudul Syurga Yang Kedua yang baharu sahaja membuka tirainya pada 12 Disember lalu menerusi slot Tiara di saluran Astro Prima.

Buat peminat tegar Ariff Aziz, marilah kita semak ringkasan biodata dan trivia menarik jejaka berbadan sado ini.

Biodata Ringkas Ariff Aziz

Nama Penuh: Wan Isma Ariff Abd Aziz
Nama Pentas: Ariff Aziz
Umur: 28 Tahun (2017)
Tarikh Lahir: 12 April 1989
Zodiak: Aries
Asal: Kuala Lumpur
Karier: Pelakon & Model
Status: Single
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia

Drama/Telefilem: Lelaki Itu Pemilik Hatiku, Syurga Yang Kedua, Raisha, Dia, Isteri Untuk Diiktiraf, Ops Cinta Din Sardin, Ku Redha, Terhentinya Doa, Tundukkan Playboy Itu, Curi-Curi Cinta, Misteri Wan Peah, Cucu Tauke Beras, Cerita Dari Mastika (Lintasan Dari Belakangku), Tuhan Jagakan Dia, Akadku Yang Terakhir, Penyamun Kota Abang Sado Boleh Setel, Kerambit, Tentang Hati 2, Alien Planet Cinta dan banyak lagi.

Laman Media Sosial Ariff Aziz

Trivia Menarik Tentang Ariff Aziz

  • Lulusan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat & Multimedia dari Open Universiti Malaysia.
  • Figura kacak ini berdarah campuran Melayu dan Iran.
  • Jejaka tinggi lampai ini adalah finalis top 7 program Pencarian Lelaki Maskulin 2014/2015.
  • Merupakan bekas ahli kumpulan nyanyian, Carla Band yang turut dianggotai oleh Harris Baba dan Mas Khan.
  • Sangat menyukai kesemua filem lakonan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.
  • Turut mempunyai kelab peminat yang dikenali sebagai Ariff Aziz Tribe.
  • Untuk kekal berstamina terutamanya di lokasi set penggambaran, jejaka ini melakukan senaman sit up dan push up setiap pagi secara rutin selain bersenam di pusat gimnasiun.
  • Selain drama dan telefilem, wajah Ariff turut muncul di beberapa iklan komersil seperti RHB Bank, CJ Wow Shop dan Mensive.
  • Memiliki lebih 50,000 pengikut di Instagram miliknya.
azlan-150x150 Biodata Ariff Aziz, Aktor Kacak Drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #arif aziz #Ariff Aziz #ariff aziz biodata #ariff aziz instagram #Ariff Aziz Pelakon Drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku #Ariff Aziz Pelakon Misteri Wan Peah #ariff aziz sado #Biodata Ariff Aziz #Drama Syurga Yang Kedua #Images for Ariff Aziz #Kenali Ariff Aziz #Pelakon Drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku #Pelakon Misteri Wan Peah #Profil Ariff Aziz #Wan Isma Ariff Abd Aziz

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.