6 Hobi Pilihan Lelaki Masa Kini, Wanita Perlu Tahu!

Lee Min Ho

Setiap manusia yang terdapat di muka bumi ini mempunyai hobi kegemaran masing-masing. Dengan hobi, anda boleh mengembangkan bakat dan kreativiti yang terpendam dalam diri.

Menurut Kamus Dewan Edisi Kedua, hobi didefinasikan sebagai aktiviti kegemaran yang dilakukan di waktu lapang. Apapun hobi yang lakukan oleh anda, pasti ianya mendatangkan kegembiraan dan keseronokkan. Paling manis, apabila hobi yang kita gemari dapat dilakukan dengan orang tersayang atau sahabat handal.

Pada kali ini, penulis ingin berkongsi dengan anda mengenai hobi yang menjadi pilihan lelaki masa kini. Penasaran? Check it out!

1. Bersenam di Gimnasium

Dalam menjalani gaya hidup sihat, pusat kecergasan atau gimnasium kini menjadi tempat pilihan lelaki masa kini untuk bersenam dan bersukan.

Dilengkapi pelbagai alat kecergasan dan jurulatih profesional, golongan Adam hari ini banyak menghabiskan masanya di gimnasium dengan melakukan aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh dan membakar lemak.

Fenomena untuk bergelar ‘abam sado’ turut menjadi pemangkin buat jejaka-jejaka di luar sana datang bersenam disini.

2.  Bercuti/ Mengembara

Aktiviti seperti bercuti atau mengembara semakin mendapat perhatian golongan lelaki hari ini. Setelah penat bekerja, inilah masa untuk merehatkan minda dan tubuh badan.

Tinggalkan hiruk pikuk kota dengan bersantai di tepi pantai yang biru nan permai atau mengembara secara solo ke destinasi asing.

Selain mengurangkan tekanan stress, hobi seperti ini juga dapat membuka minda untuk mengenali sosial hidup dan seni budaya di tempat orang.

3. Bola Sepak/Futsal

Siapa yang tidak meminati sukan nombor satu dunia ini. Bola sepak atau futsal sememangnya merupakan aktiviti wajib kaum lelaki di waktu petang atau hujung minggu.

Malahan, hobi seperti ini boleh mendatangkan keuntungan kepada para penggemarnya dengan menyertai pertandingan-pertandingan yang menawarkan hadiah-hadiah lumayan. Saban minggu, pelbagai perlawanan berkaitan bola sepak atau futsal dianjurkan oleh pihak tertentu untuk menarik minat masyarakat khususnya golongan lelaki untuk bersukan.

Di samping mengeluarkan peluh, aktiviti ini dapat mengeratkan hubungan silatulrahim sesama kita.

4. Fotografi

Percaya atau tidak, fotografi sangat dekat dengan diri kita semua. Lihatlah kiri dan kanan anda, pasti ada seseorang sedang menangkap gambar swafoto, makanan atau pemandangan untuk dimuatnaik di media-media sosial masing-masing.

Kata orang, jika seorang lelaki yang mempunyai hobi fotografi dikatakan mempunyai sifat pemerhati yang baik dan handal. Mungkin ini boleh dijadikan bonus buat lelaki dimata wanita.

Menariknya, hobi seperti ini boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan sampingan.

5. Permainan Online

Tahukah anda, pelbagai permainan atas talian atau games online dihasilkan di era modenisasi ini. Bukan sahaja anak-anak kecil bahkan remaja dan golongan dewasa turut serta bermain permainan ini samada menerusi komputer atau telefon pintar.

Antara games online yang menjadi kesukaan lelaki masa kini seperti Clash of Glan (C.O.C), Monster Hunter, Ragnarok, Dragon Nest, Counter Strike dan banyak lagi.

Dari hasil pemerhatian penulis sendiri, jika pergi ke Kafe Siber (Cyber Cafe) pasti ramai kanak-kanak dan remaja lelaki menghabiskan masa senggang mereka bermain permainan berkenaan.

6. Memasak

Pada hari ini, tugas memasak bukan lagi kegiatan yang boleh dikaitkan dengan tugas seorang ibu atau wanita. Ini kerana, lelaki masa kini boleh memasak dengan citarasa tersendiri.

Dengan kemajuan teknologi, sang pria boleh belajar memasak menerusi buku resepi serta menonton rancangan masakan di televisyen atau di saluran YouTube.

Paling menarik, tukang masak di hotel-hotel termuka mdi dalam atau luar negara turut dimonopoli oleh lelaki. Untuk pengetahuan lelaki, wanita sangat suka jika mempunyai teman lelaki yang jaguh memasak di dapur.

azlan-150x150 6 Hobi Pilihan Lelaki Masa Kini, Wanita Perlu Tahu!

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #6 hobi utama lelaki masa kini #apa lelaki suka buat #dunia lelaki #hobi lelaki paling trending #hobi pasangan anda

Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kelebihan Pelaburan Dalam Hartanah dan Aset
Pelaburan dalam aset dan hartanah boleh memberikan beberapa kelebihan kepada pelabur. Berikut adalah
Overlap Loan : Pinjam Wang Untuk Bayar Pinjaman
Mengambil pinjaman baru untuk membayar pinjaman sedia ada selalunya tidak disyorkan, kecuali dalam
Strategi Kurangkan Beban Hutang Pinjaman Bank
Untuk mengurangkan beban hutang pinjaman bank anda, anda boleh melaksanakan beberapa strategi yang

Leave a reply "6 Hobi Pilihan Lelaki Masa Kini, Wanita Perlu Tahu!"