Pesta Air Songkran Di Thailand, Kenapa Ia Menarik?

Songkran Thailand Feat

Saban tahun setiap kali tibanya bulan April, pasti ramai akan tertunggu-tunggu untuk meraikan pesta air atau lebih dikenali sebagai Songkran bagi masyarakat Thailand.

Pesta air ini kebiasaannya disambut oleh seluruh masyarakat di negara Thailand sebagai menyambut kedatangan tahun baru di negara mereka pada setiap tahun.

Setiap kali tibanya festival Songkran, seluruh penduduk di negara tersebut tidak kira di daerah mana sekali pun akan menyambutnya dengan bermain air di halaman rumah mereka dan kawasan awam.

Bukan sahaja diraikan oleh orang-orang dewasa, malahan pesta air ini turut menjadi kegemaran dan dinanti-nantikan kanak-kanak serta orang tua tanpa mengira latar belakang.

Menariknya, pesta yang sudah sekian lama disambut meriah ini bukan hanya mendapat sambutan dalam kalangan orang Thailand sahaja, malahan ia dilihat sebagai satu perayaan wajib bagi semua orang di seluruh dunia untuk berkumpul beramai-ramai serta meraikannya.

Pesta Songkran kebiasaannya akan disambut bermula pada 13 hingga 16 April pada setiap tahun di negara Gajah Putih itu.

Setiap kali tibanya Songkran, pelancong dari segala pelosok dunia akan membanjiri setiap kawasan di Thailand terutama di bandar-bandar utama seperti Bangkok, Phuket, Hatyai, Danok, Krabi dan lain-lain lagi pusat peranginan serta pelancongan.

Di sepanjang jalan raya, pastinya kemeriahan dapat dirasakan apabila anda dan sekumpulan manusia yang lain saling berbalas ‘tembakan’ dan ‘pancutan’ air daripada pistol mainan yang ada pada setiap orang.

Menariknya lagi, kerajaan tempatan mereka di sana turut menyediakan lori air yang mengandungi bergelen-gelen air bersih untuk diberikan kepada pelancong dan semua yang ada secara percuma.

Disitulah, anda akan dapat merasakan kemeriahan seolah-olah seperti menyambut perayaan kerana setiap inci anggota manusia akan basah disirami dan ditembak antara satu sama lain.

Para sami, golongan bijak agama dan umumnya masyarakat di Thailand juga percaya, pesta Songkran yang disambut merupakan satu simbolik keagamaan dan tradisi wajib yang diraikan sejak turun temurun lagi.

Pelancong dari Malaysia juga antara yang tidak mahu terlepas peluang meraikan pesta Songkran ini bersama rakan-rakan senegara dan negara-negara lain.

Bukan sahaja pelancong dari Malaysia, pesta Songkran juga saban tahun berjaya menarik pelancong dari negara-negara di Asia Barat, Benua Afrika, Asia Tenggara dan banyak lagi.

Di setiap penjuru jalan, pasti akan terisi bukan sahaja ratusan malahan ribuan manusia yang berkumpul dan berseronok untuk bermain pesta air.

Kebiasaannya, pesta air ini akan berlarutan dari pagi hinggalah ke tengah malam dan setiap jengkal kota akan sentiasa dipenuhi kelibat manusia yang bermain air serta buih sabun.

Di sebelah malam pula, lazimnya akan ada satu persembahan konsert khas daripada barisan artis-artis dan selebriti terkenal Thailand yang akan menghiburkan semua.

Pastinya pengalaman bermain air semasa di pesta Songkran di Thailand akan menjadi kenangan manis yang tidak akan dapat anda lupakan dalam diari hidup anda.

Bukan hanya sekadar berseronok, namun ia serba sedikit mengajar kita erti sebenar kebudayaan dan adat resam yang diamalkan di negara lain.

Perhubungan antara manusia juga dapat kita eratkan dan terbina dengan sendirinya bersama pelancong dari negara lain sepanjang festival itu berlangsung.

Dari aspek ekonomi pula, ia secara tidak langsung dapat membantu memacu dan menyuntik pertumbuhan ekonomi negara tersebut apabila mencatatkan kehadiran pelancong lebih daripada 1 juta setiap kali tibanya festival Songkran.

Jadi bagi mereka yang ingin merasa sendiri bertapa awoseme dan meriahnya pesta air Songkran, jangan lupa untuk datang dan melancong ke Thailand pada bulan April setiap tahun.

Pastinya kenangan dan pengalaman manis tersebut akan sentiasa tersemat di sanubari dan membuatkan anda untuk datang semula menyambutnya.

thailand-songkran-150x150 Pesta Air Songkran Di Thailand, Kenapa Ia Menarik? sambutan-pesta-air-150x150 Pesta Air Songkran Di Thailand, Kenapa Ia Menarik? pesta-air-thailand-150x150 Pesta Air Songkran Di Thailand, Kenapa Ia Menarik?

a63430bc-6f68-4460-a663-b092fe992402-150x150 Pesta Air Songkran Di Thailand, Kenapa Ia Menarik?

Sairul Zamri Misrani

Seorang wartawan muda yang sangat suka melancong dan mengembara ke tempat-tempat baharu. Memulakan kerjaya dalam bidang kewartawanan di salah sebuah akhbar berbahasa Melayu terkemuka negara hinggalah ke saat ini.

More Posts

Follow Me:
facebook Pesta Air Songkran Di Thailand, Kenapa Ia Menarik?

Loading...

Tags: #apa itu pesta songkran #melancong di thailand #pelancong pesta air thailand #pesta air #pesta air di thailand #pesta air thailand 2018 #pesta songkran 2017 #pesta songkran thailand #produk pelancongan thailand #songkran 2018 #songkran festival 2017 #songkran thailand #water festival

Lokasi Mendaki Sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya. Jom Semak 8 Lokasi Terbaik Ini!
Berikut adalah lokasi tempat yang terbaik untuk aktiviti pendakian di sekitar Kuala Lumpur,
Senarai 10 Bangunan Baru Tertinggi Di Dunia. No.7 Jangan Terkejut!
Jika pada masa ini, bangunan Burj al-Khalifa merupakan bangunan tertinggi di dunia terletak
10 Syarikat Penerbangan Tambang Termurah Di Dunia. Jangan Terkejut Kalau Baca!
Tambang murah tidak selalu bererti kualiti yang rendah. Jika anda ingin terbang dari
Tips Pergi Melancong. Ini Panduan Perlu Anda Tahu Sebelum Memilih Pakej Pelancongan
Panduan Perlu Anda Tahu Sebelum Memilih Pakej Pelancongan Melancong adalah aktiviti yang merehatkan

Leave a reply "Pesta Air Songkran Di Thailand, Kenapa Ia Menarik?"