Biodata Aishah, Juara Gegar Vaganza 4

Biodata Aishah, Juara Gegar Vaganza 4

Teka-teki terjawab apabila Wan Aishah Wan Ariffin atau nama komersilnya Aishah menjuarai Gegar Vaganza 4 (GV4) yang telah berlangsung di Pinewood Iskandar Malaysia Studios, Johor pada 17 Disember 2017 lalu.

Menyanyikan lagu iaitu All By Myself (Celine Dion) dan lagu battle Supergirl (De’Fam) bersama Liza Hanim, anak kelahiran Negeri Sembilan ini membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000 berserta trofi dan beberapa hadiah sampingan.

Tempat kedua dan ketiga disandang oleh Liza Hanim dan Lan Solo yang masing-masing menerima wang tunai sebanyak RM50,000 dan RM30,000 berserta trofi.

Sementara itu, pelantun lagu Sonata Musim Salju, Hazami merangkul di tempat keempat, Firman Siagian (kelima) dan Tia Jinbara (keenam).

Sepanjang lapan minggu bertanding, penyanyi lagenda ini menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam nyanyian dan teknik vokalnya bagi setiap tugasan persembahan.

GV4 kali ini turut menampilkan Syura, Ferhad, Elyana, Aqasha, Raja Azura dan Haida Hafiz sebagai peserta program.

Rancangan realiti yang bermula sejak 2014 ini juga telah mengangkat nama Ayai Ilusi sebagai juara GV1, Siti Nordiana (juara GV2) dan Azharina (juara GV3).

Apa tunggu lagi, jom kenali penyanyi lagu Janji Manismu dan Bahtera Merdeka ini dengan lebih dekat.

Biodata Ringkas Aishah

Nama Penuh: Wan Aishah Wan Ariffin
Nama Komersil: Aishah
Umur: 52 Tahun (2017)
Tarikh Lahir: 3 Januari 1965
Zodiak: Capricorn
Asal: Jempol, Negeri Sembilan
Kerjaya: Penyanyi & Ahli Politik
Status: Berkahwin
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia

Lagu/Single: Janji Manismu, Camar Yang Pulang, Melukut Di Tepi Gantang, Syurga Di Bawah Telapak Kaki Ibu, Bahtera Merdeka, Mawar Putih Mawar Merah, Tiada Lagi Tangisan, Pulanglah, Cinta Beralih Arah, Seloka Rindu, Merenung Bulan, Setitis Cahaya Di Aidilfitri, Fatwa Pujangga, Bayangan, Selanjur Bercinta, Kemaafan Dendam Yang Terindah, Doa, Berikan Harapan, Kasihnya Balqis, Hanya Kernamu, Ayah dan banyak lagi.

Anugerah & Pencapaian:

  • Juara Gegar Vaganza (GV) 4 (2017).
  • Album Pop Terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM) 1996.
  • Vokal Wanita Terbaik di AIM 1995.
  • Pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL) 1995.
  • Penyanyi Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 1992, 1991 & 1990.
  • Penghibur TV Terbaik di Anugerah Seri Angkasa (ASA) 1990.

Laman Media Sosial Aishah

Trivia Menarik Tentang Aishah

  • Sebelum bergerak solo di negara sendiri, Aishah pernah menganggotai satu kumpulan muzik Inggeris di New Zealand yang dikenali sebagai The Fan Club selaku vokalis.
  • Aishah sempat merakamkan dua buah album berbahasa Inggeris bersama kumpulan The Fan Club iaitu Sensation (1988) dan Respect The Beat (1989) sebelum kembali ke tanah air.
  • Sebelum menyertai kumpulan The Fan Club, Aishah mencuba nasib di program mencari bakat di New Zealand iaitu Telequest dan dinobatkan sebagai tempat ketiga.
  • Penyanyi lagenda ini pernah menggunakan nama Natasya Aminah sebagai nama pentas di awal kemunculannya.
  • Aishah telah merakamkan sebanyak 10 buah album studio (secara solo) iaitu Aishah (1990), Aishah II (1991), Aishah III: Asia Sedunia (1992), Klasik (1993), Wajah (1995), Tiada Duka Untuk Apa (1996), Tiada Akhirnya (1998), Pulanglah Perantau (2000), Kurnia (2006) dan Anak (2010).
  • Media tempatan melaporkan bahawa penyanyi ini sudah kembali berumah tangga selepas ketiga-tiga perkahwinan terdahulu gagal.
  • Hasil perkahwinan terdahulu, Aishah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Armand Zahari (24 Tahun) dan Azhad Alami (19 Tahun).
  • Beliau pernah muncul dalam filem Syakila yang dibintangi Rahim Maarof dan Kuza pada 1991.
  • Di arena politik, Aishah pernah dicalonkan sebagai wakil parti PAS untuk bertanding di Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) namun tewas di tangan calon Barisan Nasional iaitu Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.
  • Kini, figura ini merupakan Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (Awam) Parlimen Batu di bawah Parti Amanah Negara (Amanah).
  • Memiliki lebih 30,000 pengikut di Instagram miliknya.
azlan-150x150 Biodata Aishah, Juara Gegar Vaganza 4

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #aishah and the fan club #Aishah Janji Manismu #Aishah Juara Gegar Vaganza 2017 #Aishah Juara Gegar Vaganza 4 #aishah wikipedia #bekas suami aishah #bekas suami pertama aishah #Biodata Aishah #Biodata Aishah Gegar Vaganza 2017 #Juara Gegar Vaganza 2017 #Juara Gegar Vaganza 4 #Juara GV4 #Kenali Aishah #Penyanyi Lagu Janji Manismu #Profil Aishah #Profil Aishah Gegar Vaganza 2017 #suami aishah #wan aishah binti wan ariffin #wan aishah binti wan ariffin umur #Wan Aishah Wan Ariffin #wan aishah wan ariffin bercerai

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.