Kenali Aqasha, Bintang Gegar Vaganza 4

Kenali Aqasha, Bintang Gegar Vaganza 4

Tahun 2017 akan menjadi tahun comeback buat pelakon kacak, Firdee Akassya Rosli atau lebih dikenali sebagai Aqasha dalam bidang seni suara.

Anak jati Shah Alam, Selangor ini memulakan langkah sebagai seorang penyanyi pada 2000 sebelum terjun ke dunia lakonan dua tahun kemudian. Kali terakhir bintang filem Embun ini mengeluarkan single pada 2010 berjudul Obsesiku.

Dalam perkembangan terkini, figura berwajah seiras orang Jepun ini akan menyertai program nyanyian iaitu Gegar Vaganza (GV) bersama-sama 11 bintang popular Malaysia, Singapura dan Indonesia termasuklah Syura, Hazami, Liza Hanim, Firman Siagian dan Ferhad.

Untuk info, GV4 bakal bersiaran setiap Ahad tepat pukul 9.00 malam menerusi saluran Astro Ria 104 dan Astro Ria HD 123 mulai 29 Oktober 2017.

Jom kita intip biodata dan trivia menarik pemuda bersuara jantan ini.

Biodata Ringkas Aqasha

Nama Penuh: Firdee Akassya Rosli
Nama Komersil: Aqasha
Umur: 35 Tahun (2017)
Tarikh Lahir: 6 Oktober 1982
Zodiak: Libra
Asal: Shah Alam, Selangor
Kerjaya: Pelakon, Penyanyi & Penerbit
Status: Berkahwin
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Islam

Lagu/Single: Embun, Cahaya Hati, Obsesiku, Jendela Rindu, Perpisahan Ini, Kuasa Sebatang Pena, Bisikan Rindu, Satu Hati, Ke Hujung Impian, Kau Insan Istimewa, Milik Ku Terakhir, Hanya Aku, Impian Cintaku, Tiada Ragu (berduet dengan Amy Mastura) dan banyak lagi.

Drama/Telefilem: Cinta Koko Coklat, Ayuni Safira, Dejavu Di Kinabalu Gemersik Kalbu, Jasmine, Blueberry Cafe, Janji Kekasih, Kasihnya Mia, Butakah Cinta, Terima Kasih Ramadan, Terlanjur Cinta, Jangan Bunuh Matahariku, Oh Haram 1, Oh Haram 2, Cinta 11 Syarat, Misi Laksa Dan Laksam, Bicara Cinta, Aku Seorang Wanita, Hanya Nama Mu dan banyak lagi.

Filem: Embun, Gerak Khas 3 The Movie, Bilut, V3 Samseng Jalanan, Remp-it, Gangster, Man Laksa, Bangunan dan banyak lagi.

Teater: Hexa X Unus, SuperHero, Teater Kompilasi Nam Ron (Laut Yang Tenang), Takhta 3 Ratu dan banyak lagi.

Laman Media Sosial Aqasha

Trivia Menarik Tentang Aqasha

  • Graduan jurusan kejuruteraan audio di Kolej Muzik Antarabangsa (ICOM).
  • Finalis Bintang RTM pada tahun 1999.
  • Sepanjang bergelar seorang penyanyi, Aqasha merakamkan tiga buah album iaitu Cahaya Hati pada 2000, Impian (2002) dan Qashanova (2011) dibawah syarikat rakaman Suria Records (SRC).
  • Seringkali digandingkan dengan dramatis popular, Rita Rudaini dalam drama ataupun telefilem.
  • Malah, aktor kacak ini dikatakan pernah menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Umie Aida selepas kedua-duanya digandingkan dalam filem Embun.
  • Menamatkan zaman bujangnya dengan wanita bernama Noor Baizura Mohd Sabri pada 10 Oktober 2010.
  • Hasil perkahwinan berkenaan, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Alehandra Ahmad (6 Tahun) dan Alaena Ayesha (5 Tahun).
  • Menubuhkan satu kumpulan bernama Real Budiman yang dianggotai oleh rakan sekolahnya di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 24, Shah Alam dan bergerak secara indie sejak 2015.
  • Mempunyai syarikat penerbitan iaitu Camwork Studios yang dimiliki bersama Khir Rahman dan Sein Qudsi.

Foto Menarik Aqasha

aqasha-2017-300x300 Kenali Aqasha, Bintang Gegar Vaganza 4 aqasha-dan-anak-anak-300x300 Kenali Aqasha, Bintang Gegar Vaganza 4 Foto-Menarik-Aqasha-300x300 Kenali Aqasha, Bintang Gegar Vaganza 4 peserta-GV-aqasha-300x300 Kenali Aqasha, Bintang Gegar Vaganza 4 rambut-aqasha-300x300 Kenali Aqasha, Bintang Gegar Vaganza 4 wajah-baru-Aqasha-300x300 Kenali Aqasha, Bintang Gegar Vaganza 4

azlan-150x150 Kenali Aqasha, Bintang Gegar Vaganza 4

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Aqasha #Aqasha Bintang GV4 #aqasha cerai #aqasha dan rita rudaini #Aqasha Gegar Vaganza 2017 #aqasha kahwin #aqasha umur #aqasha wiki #Biodata Aqasha #Biodata Aqasha Gegar Vaganza 4 #Foto Menarik Aqasha #Kenali Aqasha #Laman Media Sosial Aqasha #Profil Aqasha #Trivia Menarik Tentang Aqasha

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.