Kenali Shahir Zawawi, Dari AF 8 Ke Bintang AF Megastar 2017

Menarik Tentang Shahir Nawawi AF Megastar

Tahun 2017 menjadi tahun comeback buat bintang kelahiran Akademi Fantasia (AF) 8 iaitu Shahir Zawawi setelah hilang dari radar seni hiburan tanah air lebih kurang tiga tahun yang lalu.

Dalam perkembangam terkini, pelantun lagu Akukah Yang Berdosa ini berjaya melangkah ke pusingan seterusnya di pentas AF Megastar 2017 bersama-sama 11 bekas pelajar program realiti tersebut.

Terdahulu, jejaka kelahiran Kampar, Perak ini muncul sebagai pelakon undangan dalam drama rantaian berjudul My Darling Inspektor Daniel yang telah disiarkan di Astro Ria tidak lama dahulu.

Jom kita berkenalan lebih dekat dengan penyanyi berusia 29 tahun ini.

Biodata Ringkas Shahir Zawawi

Nama Penuh: Ahmad Shahir Zawawi
Nama Komersil: Shahir Zawawi/ Shahir AF8
Tarikh Lahir: 5 September 1988
Umur: 29 Tahun (2017)
Zodiak: Virgo
Asal: Kampar, Perak
Adik Beradik: Anak pertama daripada lima beradik
Kerjaya: Penyanyi, Pelakon, Penulis Lirik dan Model
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia
Kelab Peminat: Kelab Peminat Shahir (KPS) Malaysia

Single/Lagu:Luar Biasa, Cintakan Kembali, Kebahagiaan Dalam Perpisahan, Dia Yang Kau Pilih, Akukah Yang Berdosa, Di Manakah Ku Cari Ganti, Pendam, Tiba (duet bersama Faizal Tahir), Cerita Kita, Dia Yang Kau Pilih dan banyak lagi.

Drama/Telefilem: My Darling Inspektor Daniel, Summer Camp & Cerciter Cinta.

Filem: Karak

Anugerah & Pencapaian: Anugerah Hero Baru Terhebat (Filem Karak) di Anugerah Blokbuster 2011 serta Artis Baharu Lelaki Popular dan Karpet Merah: Busana Terbaik (Lelaki) di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010.

Laman Sosial Media Shahir Zawawi

Trivia Menarik Shahir Zawawi

  1. Lepasan jurusan Diploma Kejuruteraan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
  2. Sebelum menyertai AF8, Shahir pernah menganggotai kumpulan nasyid pooular tempatan iaitu Saujana.
  3. Pernah dinobatkan sebagai Ikon Belia Perak pada 2010.
  4. Si kacak ini pernah menyumbang suaranya untuk watak Peter Parker dalam filem Spider-Man 2 dan Spider-Man 3 dalam versi bahasa Melayu.
  5. Boleh membaca dan menghafal al-Quran dengan baik.
  6. Pernah mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Slim River, Slim River dan Sekolah Kebangsaan Kampar, Kampar, Perak.
  7. Sebelum menguruskan sendiri perjalanan karier seninya, Shahir pernah diuruskan oleh Astro selama lima tahun.
  8. Serius berhubungan dengan Erra Fazira dan pasangan ini bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.
  9. Mempunyai hampir 50,000 pengikut di instagramnya.

Foto Menarik Shahir Zawawi

Shahir-Nawawi-300x300 Kenali Shahir Zawawi, Dari AF 8 Ke Bintang AF Megastar 2017 Shahir-Nawawi-AF8-300x300 Kenali Shahir Zawawi, Dari AF 8 Ke Bintang AF Megastar 2017 Shahir-Nawawi-AF-Megastar-e1505624704351-300x300 Kenali Shahir Zawawi, Dari AF 8 Ke Bintang AF Megastar 2017 Ahmad-Shahir-Zawawi-AF8-300x300 Kenali Shahir Zawawi, Dari AF 8 Ke Bintang AF Megastar 2017

azlan-150x150 Kenali Shahir Zawawi, Dari AF 8 Ke Bintang AF Megastar 2017

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #AF Megastar 2017 #AF Megastar Astro Ria 104 #Biodata Shahir AF8 #Biodata Shahir Zawawi #pekerjaan shahir af #Profil Shahir Zawawi #shahir af #shahir af 2017 #Shahir AF 8 #shahir af instagram #shahir af kahwin #shahir af nasyid #shahir af8 biodata #shahir af8 instagram #shahir af8 kahwin #shahir erra #shahir saujana #Shahir Zawawi #Shahir Zawawi AF Megastar #shahir zawawi and erra fazira #shahir zawawi dan erra fazira #Trivia Menarik Shahir Zawawi

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.