Teks Bacaan Doa Untuk Majlis Perhimpunan

Berdoa

Berikut adalah dua contoh doa untuk majlis perhimpunan yang dibacakan ketika majlis perhimpunan dan diaminkan secara beramai-ramai.

DOA (1)

بِسْمِ الِ الرّحْمَنِ الرّحِيْمِ

اَلْحَمْد ِّ ُ لِ ر ّ َب الْعَالَمِيْنَ,  َالصّلَة ُوَالسّلَمُ عَلَى سَيّدِنَا مُحَمّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِي َ ْن

اللّهُمّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلِخْوَانَِنا الّذِي َ ْن سَبَقُوْنَا بِالِيْم ِ َان وَلَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلّ لِلّذِيْنَ ءَامَنُوْا

رَبّنَاإنّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ

يا ال يا رحمن يا رحيم

Sesungguhnya kami berhimpun pada hari ini, bagi melahirkan rasa kesyukuran di atas kurniaanMu yang tidak ternilai. Jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang sentiasa bersyukur di  atas nikmat yang melimpah ruah kepada kami .

يا ال يا عليم

Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa kami di sini ingin menimba ilmuMu yang sangat luas bagi mengembangkan potensi kami sebagai hambaMu yang Engkau redhai. Justeru berkati dan rahmatilah perhimpunan kami ini.

Kurniakanlah kepada kami apa kiranya ilmuMu. Sinarilah hati-hati kami dengan cahaya dan hidayahMu. Semoga dengannya kami mudah menerima dan menghayati serta mengamalkannya.

يا ذا الجلل والكرام

Kurniakanlah apa kiranya kepada kami kesihatan anggota, kecergasan minda, ketenangan jiwa, kekuatan semangat. Semoga dengannya kami mampu mendepani cabaran, berdaya saing dan mampu mengangkat martabat diri, keluarga, masyarakat dan negara.

اَللّه ّ ُم اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُو ً ْما ، وَتَفَرّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَف ّ َرقاً مَعْصُو ً ْما ،

وَلَ تَجْعَلِ اللّه ّ ُم فِيْنَا وَلَ مَعََنا وَلَ م ْ َن يَتْبَعَُنا شَقِيّا وَلَ مَطْرُو ً ْدا وَلَ مَحْرُوْمًا .

رَبّنَا ءَاتِنَا فِي الدّنْيَا حَسََنة ً وَفِي الخِرَةِ حَسََنة ًوَقِنَا عَذَابَ الن ِ ّار

وَصَّلى الُ عَلَى مُحَمّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلّمَ ،

وَالْحَمْد ِّ ُلِ رَبّ العَالَمِي َ ْن

DOA (2)

بِسْمِ الِ الرّحْمَنِ الرّحِيْمِ

اَلْحَمْد ِّ ُ لِ ر ّ َب الْعَالَمِيْنَ,  َالصّلَة ُوَالسّلَمُ عَلَى سَيّدِنَا مُحَمّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِي َ ْن

اللّهُمّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلِخْوَانَِنا الّذِي َ ْن سَبَقُوْنَا بِالِيْم ِ َان وَلَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا

غِلّ لِلّذِيْنَ ءَامَن ْ ُوا رَبّنَاإنّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ

Ya Allah Ya Tuhan kami, Tuhan yang menguasai langit dan bumi. Hanya padaMu sahaja kami panjangkan kesyukuran di atas segala rahmat yang Engkau kurniakan.

يا ال يا رحمن يا رحيم

Bersempena dengan perhimpunan ini kami mohon inayah dan taufikMu. Kurniakanlah kesejahteraan dan kebahagian serta kesihatan jasmani dan rohani. Bukakanlah hati-hati kami, lapangkanlah dada kami untuk menerima ilmu dan pengetahuan serta bimbingan dari guru-guru yang kami kasihi.

Kami memohon dengan kudrat dan IradatMu, berikanlah kami kekuatan dan ketabahan menghadapi perjuangan bagi mencari dan menimba  ilmu pengetahuan serta permudahkanlah kami untuk beramal dengan penuh keikhlasan

يا ذا الجلل والكرام

Tambahkanlah kepada kami kecintaan kepada segala kebaikan, Jadikanlah kami, guru-guru kami dan  pemimpin-pemimpin kami terus  berkhidmat dengan istiqamah untuk menabur bakti membangunkan umat , masyarakat, bangsa dan agama.

Ya Allah ya Tuhan kami jadikanlah negara kami sebuah negara yang mendapat limpahan rahmat dan nikmat. Kekalkanlah keamanan dan kemakmuran sepanjang zaman.

اَللّه ّ ُم اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُو ً ْما ، وَتَفَرّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَف ّ َرقاً مَعْصُو ً ْما ،

وَلَ تَجْعَلِ اللّه ّ ُم فِيْنَا وَلَ مَعََنا وَلَ م ْ َن يَتْبَعَُنا شَقِيّا وَلَ مَطْرُو ً ْدا وَلَ مَحْرُوْمًا .

رَبّنَا ءَاتِنَا فِي الدّنْيَا حَسََنة ً وَفِي الخِرَةِ حَسََنة ًوَقِنَا عَذَابَ الن ِ ّار

وَصَّلى الُ عَلَى مُحَمّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلّمَ ،

وَالْحَمْد ِّ ُلِ رَبّ العَالَمِي َ ْن

Rujukan : www.islam.gov.my
Loading...

Tags: #bacaan doa #bacaan doa majlis #berdoa #contoh doa doa terbaik #doa #doa majlis #doa majlis perhimpunan #panduan doa #teks doa #teks doa majlis perhimpunan

Ciri-ciri Wanita Cantik Menurut Pandangan Islam
Pepatah mengatakan bahawa wanita adalah perhiasan dunia. Sudah sunnatullah, wanita selalu merasa ingin
Cara Mengerjakan Solat Jamak & Solat Qasar
Allah SWT telah memberi kelonggaran dan keringanan kepada umat Islam dalam mengerjakan ibadah
Kelebihan Membaca Ayat Kursi Dalam Kehidupan Seorang Muslim
Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya, ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana
Cara Mengesan Gangguan Jin Dalam Tubuh Anak
Untuk membendung gangguan jin pada anak, cegahlah dengan anak-anak supaya tidak keluar pada