Menu Ringkas Bertenaga, Resipi Sandwich Telur Berkeju!

Resipi Sandwich Berkeju

Sandwich keju telur ini sangat mudah untuk disediakan. Bagi suri rumah yang inginkan menu yang ringkas untuk hidangan pagi seisi keluarga, sandwich telur keju ini adalah jawapannya. Sandwich telur keju ini sesuai dijadikan menu ringan untuk sarapan pagi dan sebagai alas perut.

Berikut merupakan bahan-bahan dan cara-cara untuk meyediakan sandwich keju telur ini.

Bahan-bahan :

  • 1 buku roti putih sandwich
  • 4-5 biji telur ayam
  • 70 gram mentega
  • Sedikit serbuk lada sulah
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Kepingan keju (segi empat)
  • Keju hancur (apa jua jenis yang hancur)

Cara-cara penyediaan :

  1. Rebuskan telur dan biarkan sehingga sejuk. Kemudian buangkan kulit.
  2. Hancurkan telur, keju hancur dan mentega. Biarkan sebati.
  3. Taburkan serbuk lada sulah dan lada hitam. Semuanya mengikut citarasa anda. Jika inginkan sedikit sentuhan Italy, boleh taburkan serbuk oregano, rosemary atau serbuk basil.
  4. Sapukan adunan telur ke atas roti. Lagi banyak lagi sedap.
  5. Letakkan sekeping keju di atasnya.
  6. Lakukan sehingga habis. Kemudian potong dua atau menyerong. Sandwich keju telur siap untuk dimakan.
  7. Kalau inginkan rasa yang lebih sedap, bolehlah dibakar di dalam ketuhar selama 5 minit atau sehingga keperangan.

Carian Berkaitan

gambar menu resepi aneka masakan keju

Faisal Ab. Manaf

Menulis sekadar hobi di waktu terluang. Berpengalaman lebih 9 tahun dalam bidang penulisan sebagai penulis sambilan bagi sinopsis, cereka, penulisan komik, karya komedi dan karya seram di beberapa forum dan laman web.

More Posts

Loading...

Tags: #cara buat sandwich #idea sarapan pagi mudah #koleksi resepi #resepi sandwich #resepi sandwich mudah #sandwich cheese #sandwich keju #sandwich telur #sarapan pagi simple

Cara Buat Pisang Goreng Yang Rangup Lagi Crispy!
Bila bercerita tentang pisang goreng, kebanyakan orang menyukai pisang goreng. Dengan peredaran zaman,
Resipi Nasi Air Ala Thai
Bahan-bahan : Nasi – dimasak lembik (boleh juga dimasak bersama daun pandan) Daging
Resepi Roti Sarang Lebah Bersalut Sos Butterscotch Yang Enak!
Bahan A 50 gram gula 1 paket yis 300ml air Bahan B 150
Cara Memasak Pulut Kuning Yang Sedap
Memasak pulut kuning tidaklah rumit. Masa untuk memasak juga tidak memerlukan masa yang

Comments are closed.