Biodata Khir Rahman, Kumpulan JBORN Muzikal Lawak Superstar 2019

Khir Rahman Biodata

Khairulizam Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Khir Rahman merupakan seorang pengarah, pelakon, penyanyi dan penulis skrip Malaysia. Khir merupakan anak kepada pasangan penyanyi Pop Yeh-Yeh, iaitu Datuk A. Rahman Hassan dan Datin Azizah binti Mohamad. Khir menyerlah melalui filem pertama arahannya, …Dalam Botol dan watak sebagai Kemawas dalam Hikayat Merong Mahawangsa. Khir mempunyai seorang adik bernana Khairulazmi Abd Rahman.

Dilahirkan di Johor dan Khir Rahman berkahwin dengan Siti Jasmina Ibrahim, novelis dan penulis skrip terkenal pada 2002 dan dikurniakan dua cahaya mata.

Khir Rahman memulakan langkah dalam bidang seni melalui teater di Akademi Seni dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Khir kembali semula ke pentas teater apabila mendapat tawaran untuk menjayakan watak Aduka dalam teater Semerah Padi.

Khir Rahman juga popular sebagai komposer lagu-lagu etnik kreatif. Lagu ciptaannya yang paling popular adalah Mahligai Permata nyanyian Siti Nurhaliza yang dipetik daripada album Sahmura pada tahun 2000. Khir juga pernah merakamkan album solo pada tahun 2004 di bawah label MIG Music yang berjudul Filsafat.

Khir Rahman juga pernah menjadi vokalis kumpulan Iklim menggantikan Salem dan sempat merakamkan lagu ‘Pergimu Satu Tanda’

Khir Rahman pernah berlakon dalam filem Puteri Gunung Ledang, membawa watak Tun Mamat. Impak dari lakonan tersebut, Khir menerima tawaran pada tahun berikutnya dengan 3 filem ditayangkan pada 2005.

Khir Rahman sering mendapat tawaran berlakon menerusi pengarah Mamat Khalid dan Afdlin Shauki. Nama Khir Rahman mula menjadi sebutan selepas lakonan berhasil dalam filem Hikayat Merong Mahawangsa sebagai Kemawas.

Khir Rahman juga seorang penulis cerita dan turut menghasilkan filem Syaitan.

Khir Rahman juga berbakat dalam bidang sebagai pelawak dan telah menjuarai program Muzikal Lawak Superstar 2019 terbitan Astro melalui kumpulan JBORN dengan bergandingan bersama Vicha dan Joey Daud. Mereka membawa pulang wang tunai RM150,000.00

Biodata Khir Rahman :
Nama penuh : Khairulizam bin Abdul Rahman
Nama komersil : Khir Rahman
Tarikh lahir : 12 Mac 1973
Asal : Johor Bahru, Johor
Kerjaya : Pelakon, komposer, pengarah, jururunding skrip, penyanyi dan pelawak
Filem : Puteri Gunung Ledang, Hikayat Merong Mahawangsa, Kapoww!!, Lembing Awang Pulang Ke Dayang, Los Faun, Cuci, Gubra, Rock, Pontianak Harum Sundal Malam 2, Potret Mistik dan Rentaz.
Drama : Kasih Ke Syurga, Cahaya, Mingguan Lelaki, Pabila Larut Malam dan Oh Yeah!
Filem arahan : …Dalam Botol
Instagram : https://www.instagram.com/kei_ramoss/

Loading...

Tags: #Biodata Khir Rahman #khir rahman #Kumpulan JBORN Muzikal Lawak Superstar 2019 #muzikal lawak 2019 #pelawak khir rahman #profil khir rahman

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.