Tips & Cara Mendapatkan Bentuk Badan Sado Dengan Mudah!

Tips & Cara Mendapatkan Bentuk Badan Sado Dengan Mudah!

Tidak dinafikan, ramai lelaki yang ingin memiliki tubuh badan yang tegap dan sasa. Pada dasarnya, ia bukanlah dengan tujuan untuk memasuki acara bina badan, tetapi hanya sekadar untuk menambahkan keyakinan diri. Namun, tidak semua yang mampu untuk mendaftar ke gym atau malas dan tiada masa untuk ke gym. Sebenarnya, jika anda ingin mendapatkan tubuh badan yang sado, anda boleh membina badan di rumah.

Pelbagai cara kini boleh dilakukan untuk mendapatkan badan idaman ini, namun jangan sesekali mencuba jalan pintas dengan pengambilan bahan larangan kerana ia boleh membawa kepada kesan negatif bagi jangka masa panjang. anda perlu fokus pada latihan seluruh tubuh dan anda harus mengurangi lemak tubuh sehingga otot-otot perut anda akan timbul. Untuk mencapai ini, anda perlu mengkombinasikan makanan yang sihat dan latihan rutin yang efektif.

Cara Mendapatkan Bentuk Badan Sado

Berikut adalah beberapa tips dan cara membina badan di rumah dengan mudah:

  1. Pengambilan makanan yang sihat dan seimbang

Beri komitmen untuk makan makanan yang sihat dan seimbang kerana ia  amat penting untuk anda membina badan dan tubuh yang sihat. Kurangkan makanan yang berkarbohidrat sederhana dan gantikannya dengan yang berkarbohidrat kompleks seperti ubi dan beras merah. Makan karbohidrat di pagi hari. Pilih sayuran seperti kacang hijau dan kubis berbanding tepung. Makan makanan protein tanpa lemak seperti ikan dan ayam. Dan hindari makanan segera yang seringkali mengandungi banyak gula dan lemak.

  1. Minum air sejuk setiap pagi

Minum 500ml air sejuk selepas bangun tidur di pagi hari. Air sejuk membuatkan tubuh anda bersedia untuk bekerja lebih keras dan memanaskan suhu tubuh badan sehingga merangsang metabolisme anda yang berehat ketika tidur.

  1. Pengambilan protein yang mencukupi

Pengambilan protein yang mencukupi penting kerana protein membantu anda menguatkan jaringan otot ketika anda menghilangkan lemak dari tubuh. Makan 1 gram protein untuk setiap angka berat badan. Makan protein sebelum dan sesudah latihan. Minum protein shake untuk melengkapkan makanan protein anda. tapi perlu diingat, hanya ambil protein shake jika anda melakukan latihan.

  1. Pengambilan kalori

Pengambilan kalori pula adalah antara salah satu faktor yang sangat penting dalam memastikan anda mampu untuk memiliki badan sasa. Ia seharusnya selaras dengan tenaga yang anda gunakan. Jika ia diambil secara berlebihan, ia akan membawa kemudaratan kepada tubuh badan anda seperti pembentukan lemak terutamanya di bahagian perut.

  1. Mengatur masa

Pengurusan masa juga adalah suatu hal yang sangat penting kepada mereka yang ingin mendapatkan badan yang sasa. Anda tidak perlu memaksa diri untuk terus bersenam sehingga melupakan waktu untuk berehat bagi tubuh badan anda. Memiliki badan sasa sememangnya mengambil tempoh waktu yang lama, jadi anda masih juga perlu bersabar melalui prosesnya.

  1. Lakukan aerobik aktif

Lakukan aerobik aktif tiga hingga lima hari dalam seminggu selama 45 minit setiap hari. Pergi berjogging, berlari atau berenang. Kombinasikan setiap aerobik ini antara laju dan perlahan dalam rutin latihan harian untuk membakar lebih kalori. Jogging secara perlahan selama tiga minit dan berlari laju selama satu minit sebelum kembali ke kelajuan perlahan jogging.

  1. Lakukan tekan tubi

Selepas melakukan aerobik aktif, jangan lupa melakukan tekan tubi (push-up) untuk membina kekuatan otot lengan dan dada. Tekan tubi dilakukan mengikut kemampuan anda, dengan 3 hingga 4 set dengan setiap set dilakukan 10 kali tekan tubi. Anda juga boleh melakukan tekan tubi setiap kali bangun dari tidur setiap pagi.

  1. Latihan angkat berat

Kebanyakkan lelaki pastinya mengetahui mengenai alat-alat senaman yang boleh membantu mereka untuk membina otot seperti dumbbell, barbell dan sebagainya. Latihan mengangkat berat ini pula sememangnya sangat mudah kerana ia sekaligus dapat menambahkan hormon lelaki dan merangsang pertumbuhan otot dengan cepat. Lakukan latihan selama  4 hari. Boleh dilakukan secara selang sehari. Bahagikan 4 hari tersebut untuk anda fokuskan pada 4 bahagian utama iaitu latihan forearms, tricep dan bicep, latihan dada, latihan belakang dan latihan bahu untuk permulaan.

  1. Latihan abdomen dan perut

Lakukan kombinasi latihan abdomen dan perut pada 3 hari tidak berturut-turut dalam seminggu (selang sehari). Lakukan latihan seperti V-duduk. Berbaring telentang di atas lantai dengan kedua lengan di luruskan di atas kepala anda. Tarik napas dan angkat lengan serta kaki untuk membentuk sebuah “V” dengan tubuh. Cuba rapatkan jari tangan anda ke jari kaki dan hembus nafas setelah mencapai jari tangan hampir ke jari kaki. Rendahkan diri kembali ke posisi awal. Lakukan sehingga tiga kali setiap kali latihan.

  1. Lakukan bangkit tubi

Latih perut bawah anda dengan melakukan bangkit tubi (sit-up). Baring di atas lantai terlentang dengan lutut dibengkokkan dan rapatkan kaki ke peha. Letakkan kedua tangan anda di atas dada . Tarik nafas dan angkat pinggul dari lantai untuk membawa dada anda ke arah lutut anda. Angkat bahu dari lantai pada waktu yang sama. Hembuskan nafas sebelum menurunkan diri kembali ke posisi awal. Lakukan sehingga 3 hingga 4 set dengan setiap set dilakukan seberapa banyak sit-up yang anda mampu.

  1. Dapatkan tidur yang mencukupi

Cuba dapatkan 8 jam tidur setiap hari. Semasa anda tidur, tubuh anda akan berehat untuk membolehkan anda memiliki tenaga untuk latihan seterusnya pada keesokan hari. Kurang tidur dapat menyebabkan kelaparan dan menambahkan berat badan.

Sumber :
https://lelakisihat.com
http://www.abangsado.my
Carian Berkaitan: badan sado, Bentok badan sado
Loading...

Tags: #badan sado #bina otot perut #body building #cara bina badan berotot #cara bina badan di rumah #cara bina badan sado #cara bina badan tanpa pergi gym #Cara Bina Otot Lengan Bisep #cara melatih otot lengan agar besar #Cara Membentuk dan Memperbesar Otot Lengan #cara membentuk otot lengan tanpa alat #cara membesarkan lengan bawah #Cara Membesarkan Lengan Tangan Dalam 1 Minggu #cara membesarkan lengan yang kurus #cara membesarkan otot lengan dada dan perut #cara membina otot lengan dengan cepat #cara mendapatkan tubuh sasa dan tegap dengan mudah #cara pemakanan untuk membina badan #Images for bina otot lengan #jadual pemakanan harian untuk bina badan #Latihan Membentuk Otot Lengan Di Rumah #lengan sado #melatih otot bicep dan tricep bersamaan #Senaman Bina Badan #Senaman Yang Anda Boleh Cuba Untuk Bina Otot lengan #tips membina badan di rumah #tips untuk jadi sado

Panduan Mudah Menanam Bayam Dalam Pasu
Bayam atau dalam bahasa Inggerisnya dikenali sebagai ‘Spinach’ adalah spesies Amaranthus gangeticus yang
Tips Menanam Sayur Di Ruangan Sempit
Berkebun dengan menggunakan bekas seperti botol plastik, polibeg atau pasu boleh menjadi satu perkara yang menyeronokkan. Hal ini amat sesuai
10 Syarikat Penerbangan Tambang Termurah Di Dunia. Jangan Terkejut Kalau Baca!
Tambang murah tidak selalu bererti kualiti yang rendah. Jika anda ingin terbang dari
Ini Ciri-Ciri Perempuan Yang Dibenci Lelaki
Ciri-Ciri Perempuan Yang Dibenci Lelaki Kaum lelaki memang sempoi dan adakalanya agak selekeh,

Comments are closed.