Kenali Redza Rosli, Pelakon Handsome Ku Kirim Cinta

Redza Rosli Feat Photo

Nama Redza Rosli mula meniti di bibir peminat tempatan apabila diberi kepercayaan untuk menerajui watak utama dalam drama bersiri popular, Seindah Takdir Cinta bergandingan dengan aktres cantik iaitu Amyra Rosli dan Saharul Ridzwan setahun yang lalu.

Sejak itu, dunia anak wayang menjadi periuk nasi buat anak jati Subang Jaya, Selangor ini.

Jika dahulu wajahnya dilihat hanya mengisi watak-watak sampingan tetapi kini figura kacak ini menjadi salah seorang hero pujaan malaya.

Buah tangan terbaharunya iaitu Ku Kirim Cinta yang turut menampilkan Ayda Jebat dan Fahad Iman telah ditayangkan di slot Akasia di TV3 mulai 22 Mei 2017 lalu.

Apa tunggu lagi, jom baca lima trivia menarik mengenai Redza Rosli yang semakin laris di arena seni lakon tanah air.

1. Wajahnya persis penyanyi popular antarabangsa

Redza dikatakan memiliki wajah seiras penyanyi popular antarabangsa iaitu Zayn Malik yang pernah menganggotai kumpulan One Direction. Dengan rupa paras yang kacak, beliau turut berjinak-jinak dengan dunia modeling.

2. Pernah mengalami kemalangan di jalan raya dan lokasi penggambaran

Redza pernah mengalami kecederaan di bahagian muka dan badan selepas terlibat dalam kemalangan di lebuh raya Utara-Selatan pada penghujung 2016.

Figura ini juga mengalami kecederaan pada tulang belakang apabila terjatuh ketika menjalani penggambaran drama Cikgu Dina Pakai Prada sehingga ditahan di hospital beberapa hari.

3. Mendalami ilmu lakonan

Suka menghadiri kelas-kelas lakonan seperti kelas teater untuk mempelajari serta mendalami ilmu dan teknik lakonan. Malahan, aktor ini tidak malu belajar dengan pelakon senior demi memperbaiki mutu lakonannya di lokasi penggambaran.

4. Terus pulang ke rumah apabila tamat penggambaran

Sudah menjadi kebiasaan buat Redza untuk terus pulang ke rumah sejurus tamat penggambaran. Cara ini sedikit sebanyak membuatkan dirinya dapat berehat sepuasnya dan lebih bertenaga untuk menjalani penggambaran keesokkannya.

Beliau juga suka melepak di rumah jika tidak terlibat dengan sebarang aktiviti lakonan atau majlis berkaitan seni.

5. Ciri-ciri wanita idaman

Redza sukakan wanita yang jujur, setia memahami kerjaya sebagai seorang selebriti dan ikhlas menerima dirinya seadanya.

Biodata Ringkas Redza Rosli

Nama Penuh: Ahmad Reza Rosli
Nama Komersil: Redza Rosli
Tarikh Lahir: 18 Mac 1992
Umur: 25 Tahun (2017)
Zodiak: Pisces
Asal: Subang Jaya, Selangor
Keluarga: Anak ketiga daripada empat adik-beradik
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia
Kerjaya: Pelakon dan Model
Kelab Peminat: RR Supernation FC
Pendidikan: Graduan Rekaan Dalaman dari Kolej SEGi

Drama/Telefilem: Ku Kirim Cinta, Seindah Takdir Cinta, Cikgu Dina Pakai Prada, Amsyar, Anak Imam Argentina, Hantu Selfie, Hantu Wefie, Hantu Cinta Buta, Ustaz Baru Nak Start, Di Pintu Syurga, M.A.I.D, Panggilan Subuh dan banyak lagi.

Laman Sosial Redza Rosli

Gambar Menarik Redza Rosli

artis-Redza-Rosli-300x300 Kenali Redza Rosli, Pelakon Handsome Ku Kirim Cinta gambar-kacak-Redza-Rosli-300x300 Kenali Redza Rosli, Pelakon Handsome Ku Kirim Cinta hero-drama-ku-kirim-cinta-Redza-Rosli-300x300 Kenali Redza Rosli, Pelakon Handsome Ku Kirim Cinta pelakon-drama-Redza-Rosli-300x300 Kenali Redza Rosli, Pelakon Handsome Ku Kirim Cinta Redza-Rosli-dan-ayda-jebat-naik-basikal-300x300 Kenali Redza Rosli, Pelakon Handsome Ku Kirim Cinta Redza-Rosli-dan-ayda-jebat-300x300 Kenali Redza Rosli, Pelakon Handsome Ku Kirim Cinta Redza-Rosli-hairstyle-300x300 Kenali Redza Rosli, Pelakon Handsome Ku Kirim Cinta sinopsis-drama-ku-kirim-cinta-300x300 Kenali Redza Rosli, Pelakon Handsome Ku Kirim Cinta

azlan-150x150 Kenali Redza Rosli, Pelakon Handsome Ku Kirim Cinta

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Redza Rosli #foto redza rosli #gambar kacak redza rosli #Ku Kirim Cinta #Profil Redza Rosli #Redza Rosli #redza rosli asal #redza rosli asal mana #redza rosli biodata #redza rosli biodata 2016 #redza rosli dan kekasih #redza rosli family #redza rosli siapa #Seindah Takdir Cinta #Trivia Menarik Redza Rosli

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Leave a reply "Kenali Redza Rosli, Pelakon Handsome Ku Kirim Cinta"