5 Kumpulan K-Pop Paling Diminati Ramai

Kumpulan KPOP

Hello, K-Pop Lovers! As we know, demam K-Pop bukan sahaja melanda di Asia malahan menular ke pelosok dunia termasuklah negara-negara Barat.

Bukan sahaja dikurniakan rupa paras yang kacak dan cantik, bintang-bintang K-Pop ini boleh dikatakan sebagai penghibur yang multi-talented iaitu berbakat besar dalam menyanyi, menari dan mencipta lagu.

Menariknya, muzik mereka bukan sahaja menerima penghargaan di Korea Selatan malahan dihargai di peringkat antarabangsa.

Ada diantara mereka masih aktif di pentas manakala sebahagian lagi berpecah dan bergerak solo mengikut haluan masing-masing.

Berikut, penulis kongsikan dengan anda tentang 5 kumpulan K-Pop yang paling diminati ramai. Take a look!

1. BigBang

bigbang-band-e1497112218657 5 Kumpulan K-Pop Paling Diminati Ramai

Dianggotai oleh G-Dragon, Tae Yang, TOP, Daesung dan Seungri, kumpulan yang dikenali sebagai BigBang ini ditubuhkan secara rasmi pada 2006 di bawah label YG Entertainment.

Kumpulan ini bukan sahaja popular di Korea Selatan malahan mewangi keseluruh pelosok dunia termasuklah di Malaysia sendiri.

Sehingga kini, BigBang telah menghasilkan tiga album studio Korea, empat album studio Jepun, enam album kompilasi Jepun, 18 single Korea dan lapan single Jepun.

Antara lagu-lagu popular boyband ini seperti Fantastic Baby, Bae Bae, We Like 2 Party, Bang Bang Bang, Last Dance, Monster, La La La dan banyak lagi.

Pelbagai kejayaan telah dicapai oleh kumpulan ini termasuklah Artis Terbaik di Anugerah Muzik Seoul 2007, Artis Terbaik Seluruh Dunia di MTV EMA Eropah 2011 dan Artist Of The Year di Mnet Asian Music Awards 2015.

Selain menyanyi secara kumpulan, boyband ini turut membuat projek istimewa dengan mengeluarkan beberapa single secara solo.

Boyband ini terpaksa memperlahan karier nyanyian masing-masing pada tahun ini hingga tahun depan kerana mengikut latihan ketenteraan yang diwajibkan kepada lelaki di Korea Selatan.

2. Super Junior

super-junior-band-e1497112156783 5 Kumpulan K-Pop Paling Diminati Ramai

Tertubuh pada tahun 2005 di bawah pengurusan S.M Entertainment, Super Junior merupakan salah satu boyband yang teramai dan terkenal di Korea Selatan.

Super Junior atau lebih dikenali sebagai SuJu ini pernah dibarisi 13 ahli kumpulan diawal kemunculannya di pentas K-Pop sebelum menjadi 11 orang mulai 2010.

Mereka adalah Leekeuk, Siwon, Eunkyuk, Yesung, Heechul, Kangin, Sungmin, Kyuhyun, Donghae, Shindong dan Ryewook.

Kali terakhir mengeluarkan album pada 2015 berjudul Magic, Super Junior bakal membuat comeback pada tahun ini setelah berehat selama dua tahun dari radar seni hiburan Korea Selatan kerana ahli-ahli kumpulannya turut menyertai latihan ketenteraan dan bergerak solo.

Banyak lagu yang mengangkat nama kumpulan ini ke seantero dunia seperti Sorry Sorry, Mr Simple, No Other, Bonamana, Mamacita dan Sexy Free & Single.

Untuk info, album kedua SuJu iaitu Don’t Don berjaya menggondol gelaran album paling laris pada 2007 daripada Persatuan Industri Muzik Korea.

3. 2NE1

2NE1-band-e1497112175689 5 Kumpulan K-Pop Paling Diminati Ramai

2NE1 merupakan salah satu girlband yang popular dan mempunyai pengaruh tersendiri di arena seni hiburan muzik K-Pop.

Memulakan langkah seni sejak 2009, kumpulan yang dianggotai oleh CL, Minzy, Park Boom dan Sandara ini diuruskan oleh YG Entertainment.

Untuk rekod, girlband ini pertama kali muncul dengan lagu berjudul Lollipop bersama BigBang untuk mempromosikan iklan komersil LG Electronics sebelum mengeluarkan EP sulung mereka pada 8 Julai 2009.

Sepanjang bergelar anak seni, kumpulan ini pernah menerima anugerah seperti Song Of The Year di Mnet Asian Music Award 2009 (I Don’t Care) dan 2011(I Am The Best), Lagu Terbaik Sepanjang 2014 di MTV IGGY menerusi lagu Gotta Be You serta penghargaan di Youtube Music Award 2015.

Lagu-lagu 2NE1 yang menjadi siulan penggemar K-Pop adalah Come Back Home, I Love You, Falling In Love, Lonely, I Don’t Care, I Am The Best, Fire dan banyak lagi.

Malangnya, girlband ini mengambil keputusan untuk bubar secara rasmi pada 25 November 2016 setelah bersama selama 7 tahun.

Selepas Minzy keluar dari kumpulan ini pada 5 April 2016, CL dan Sandara mengambil keputusan memperbaharui kontrak bersama YG Entertainment untuk bergerak secara solo manakala Park Boom memutuskan untuk tidak menyambung kontrak.

Terdahulu, mereka turut mengeluarkan lagu terakhir sebagai kumpulan bertajuk Goodbye pada 21 Januari 2017.

4. Girls Generation

Girls-Generation-band-e1497112189496 5 Kumpulan K-Pop Paling Diminati Ramai

Tidak dinafikan, lagu Gee yang diterbitkan pada 2009 meledakkan jenama Girls Generation atau SNSD di persada K-Pop antarabangsa sehingga ke hari ini.

Girlband yang bernaung dibawah pengurusan SM Entertainment sebelum ini dibarisi 9 ahli iaitu Taeyeon, Jessica, Tiffany, Sunny, Yoonan, Yuri, Hyoyeon, Seohyun dan Sooyoung sebelum Jessica meninggalkan kumpulan berkenaan pada 2015.

Sedar atau tidak, tahun ini merupakan tahun ke-10 girlband ini berada dalam industri seni suara dan bakal meriliskan album baru tidak lama lagi. Kali terakhir mengeluarkan album pada 2015 dengan menggunakan Lion Heart sebagai judul.

Selain Gee dan Oh!, kumpulan ini turut popular dengan lagu-lagu seperti The Boys, Dancing Queen, Mr Taxi, Run Devil Run, Galaxy Supernova, Paparazzi, Tell Me Your Wish dan Into The New World.

5. Wonder Girls

Wonder-Girls-band-e1497112252312 5 Kumpulan K-Pop Paling Diminati Ramai

Kumpulan ini pernah mencetuskan fenomena dengan lagu hitsnya, Nobody yang berjaya mendapat sambutan luar biasa dari jutaan pencinta K-Pop di seluruh dunia.

Menerusi lagu Nobody, girlband ini dinobatkan sebagai Song Of The Year, Best Music Video dan Best Female Group di Mnet KM Music Festival Awards 2008.

Di samping Nobody, kumpulan ini juga popular dengan lagu Be My Baby, Like This, Like Money, Tell Me, Irony dan So Hot.

Untuk rekod, Wonder Girls yang ditubuhkan pada 2007 dibawah label JYP Entertainment pernah mengadakan persembahan di Malaysia sempena Konsert World Stage 2010, Konsert Twin Tower 2011 dan Konsert Wonder Girls Wonder World Malaysia Tour 2012.

Sebelum bubar pada 26 Januari 2017, girldband yang dianggotai oleh Hyelim, Yu Bin, Ye Eun dan Sun Mi melancarkan single terakhir mereka sebagai kumpulan pada 10 Februari 2017 berjudul Draw Me.

Bergerak solo sebagai pelakon dan pengacara, Yu Bin dan Hyelim memperbaharui kontraknya dengan JYP Entertainment manakala Sun Mi dan Ye Eun memilih haluan meninggalkan syarikat pengurusan berkenaan.

 

azlan-150x150 5 Kumpulan K-Pop Paling Diminati Ramai

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #2ne1 #best kpop band #bigbang #Fenomena KPop #girl generation #k-pop band #kumpulan k-pop paling diminati #Kumpulan KPop Paling Diminati Ramai #Kumpulan KPop Popular #super junior #top 5 kpop #wonder girls

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Leave a reply "5 Kumpulan K-Pop Paling Diminati Ramai"