Tips Jimatkan Pampers Anak Agar Dapat Kurangkan Belanja Bulanan Anda

Tips Jimatkan Pampers Anak Agar Dapat Kurangkan Belanja Bulanan Anda

Kos menjaga seorang anak pada masa kini semakin meningkat. Tidak salah bagi para ibu bapa mencari alternatif lain yang dapat membantu mengurangkan beban kewangan. Harga susu tepung, lampin pakai buang, dan segala keperluan untuk anak kecil pada masa kini bukannya murah. Misalnya, harga pampers memang mahal sehingga ada yang mencecah RM50 untuk satu pek.

Katakan sehari 5 kali anda menukar disposeable diapers dan katakan harga sekeping ialah RM0.80.

Sehari: RM0.80 X 5 kali = RM4.00
Setahun: RM4.00 X 365 hari = RM1460

Selalunya purata kanak-kanak menggunakan pampers sehingga berumur 3 tahun.

3 tahun: RM1460 X 3 = RM4380

Mahal bukan?

Jadi, mungkin beberapa tips di bawah dapat membantu meringankan anda.

  1. Pakai pampers pada waktu malam sahaja

Bagi ibu yang tidak bekerja, sediakan lampin. Gunakan disposeable diapers pada waktu malam sahaja. Cara ini dapat menjimatkan penggunaan pampers. Terdapat banyak jenis sistem lampin bayi yang boleh digunakan. Contohnya flat diapers yang menggunakan lampin kain tradisional, cotton muslin segi empat yang boleh dilipat pelbagai cara. Gunakan dengan diaper cover yang moden.

Tips Jimatkan Pampers Anak 1

  1. Gunakan diapers liner

Diapers liner ini pelapik yang diletak di bahagian dalam atas pampers atau cloth diapers. Liner ini melindungi pampers daripada terkena kotoran najis si kecil. Maksudnya di sini, bila bayi anda membuang, najis itu akan melekat pada liner tersebut. jadi, anda hanya perlu buang liner itu sahaja dan bukan pampers tersebut. Jika mahu lebih jimat, liner ini boleh dibasuh dan dipakai dua hingga tiga kali sebelum dibuang.

Tips Jimatkan Pampers Anak 2

  1. Pakai lampin yang boleh dibasuh semula (cloth diaper)

Penggunaan cloth diaper ini memang amat menjimatkan. Mungkin harganya agak mahal, antara RM40-60 setiap satu. Tapi dalam jangka masa panjang, cloth diaper ini amat menjimatkan. Mungkin ramai yang mengeluh bila mendengar cloth diaper. Membuang masa, mahal sangat! Tetapi tidak semestinya anda harus menggunakan cloth diaper setiap hari dan setiap masa. Ada ibu-ibu yang hanya menggunakan pada waktu siang sahaja. Ada juga yang menggunakannya ketika hujung minggu sahaja. Satu kebaikan cloth diaper, anda tidak perlu membasuhnya setiap hari. Lihat contoh pengiraan di bawah, mungkin anda akan mempertimbangkannya jika dibandingkan dengan pengiraan belanja penggunaan disposeable diapers di atas.

Kos pembelian cloth diapers :

Katakan sehelai berharga RM50.

10 helai : 10 x RM50 = RM 500
20 helai : 20 x RM50 = RM 1000

Tips Jimatkan Pampers Anak 3

Lebih banyak stok cloth diaper anda, lebih tahan lama kerana lambat lusuh kerana kurang proses pembasuhan. Juga jimat kerana boleh digunakan untuk anak seterusnya kerana saiznya boleh diubah suai dari saiz S, M hingga L.

Jangan risau, anda tidak perlu membeli banyak sekali gus. Cuba dahulu membeli sehelai demi sehelai dan selang selikan dengan pemakaian lampin pakai buang. Cuba dahulu dari pelbagai jenis jenama untuk melihat kesesuaian anda dan anak anda.

Jadi, dengan tips ini, semoga anda mendapat sedikit idea untuk menjimatkan belanja anda. jika para ibu pada zaman dahulu boleh membesarkan anak-anak tanpa kewujudan lampin pakai pakai buang dan pelbagai jenis lampin moden, kenapa ibu pada masa kini tidak boleh berbuat demikian? Malas? Tidak salah jika anda merajinkan diri sedikit untuk mengurangkan perbelanjaan bulanan.

Loading...

Tags: #cara jimat pampers #cara menjimatkan penggunaan pakai lampin buang bayi #cara menjimatkan penggunaan pampers anak #cloth diaper #cloth diapers #diaper liner #diapers #jimatkan duit belanja pampers #lampin pakai buang #tip jimatkan lampin pakai buang anak #tips jimatkan pampers anak #Tips jimatkan pampers anak agar dapat kurangkan belanja bulanan

Teknik Urutan Jari Yang Mudah Dan Melegakan. Anda Boleh Cuba!
Percaya atau tidak, tubuh manusia penuh dengan keajaiban. Rawatan-rawatan alternatif yang telah diamalkan
10 Teknik Penanaman Sayur Di Ruang Sempit. Teknik Berkebun Ini Boleh Anda Cuba!
Selain menjadikan rumah lebih hijau, kegiatan berkebun juga dapat menjadi pelepas stres akibat
Rahsia Menulis Dengan Cepat. Ini Teknik Wartawan Biasa Guna!
Jika kerja harian anda memerlukan anda untuk menulis, mencatat nota, mengambil pesanan makanan,
Tips Mengasah Tulisan Tangan Supaya Cantik Dan Kemas!
Jika anda masih berasakan tulisan tangan anda tidak menarik, bahkan sukar dibaca oleh

Leave a reply "Tips Jimatkan Pampers Anak Agar Dapat Kurangkan Belanja Bulanan Anda"