Biodata Zizi Kirana, Penyanyi Cantik Kelahiran Sabah

Biodata Zizi Kirana, Penyanyi Cantik Kelahiran Sabah

Jika anda peminat setia program realiti Akademi Fantasia (AF) pastinya mengenali si cantik manis bernama Zizi Kirana Ini.

Ketika menyertai AF 7, penyanyi bersuara serak basah dan murah senyuman ini hanya menggunakan nama Zizi sebagai nama pentasnya.

Sejak itu, dunia nyanyian menjadi periuk nasi buat pemilik nama Nur Fazela Mohd Tahir ini.

Figura ini baharu sahaja melancarkan single terbaharunya berjudul Boleh Jalan pada penghujung September 2017 dimana mengangkat elemen muzik hip hop.

Selain aktif menyanyi, anak kelahiran Sabah ini turut mengembangkan bakatnya di pentas lakonan.

Jom baca ringkasan biodata dan trivia menarik Zizi Kirana dibawah.

Biodata Ringkas Zizi Kirana

Nama Penuh: Nur Fazela Mohd Tahir
Nama Komersil: Zizi Kirana
Umur: 32 Tahun (2017)
Tarikh Lahir: 23 Januari 1985
Zodiak: Aquarius
Asal: Semporna, Sabah
Adik Beradik: Anak sulung daripada 6 beradik
Kerjaya: Penyanyi & Pelakon
Status: Bujang
Agama: Islam
Bangsa: Bajau Brunei
Warganegara: Malaysia

Lagu/Single: Boleh Jalan, Rahsia Hati, Sebulatnya, Kerna Kamu, Antara Jodoh Dan Cinta, Dulu Pernah Kau Kata dan banyak lagi.

Drama/Telefilem/Filem: Cuti-Cuti Cinta, Hantu Bonceng, Bujang Sepah Lalalitamplom, La So Fa The Musical Musim 1 & 2, Cinta Kapcai & Pian Kena Balik Raya.

Anugerah & Pencapaian:

  • Anugerah Bintang Popular Bintang RTM 2005.
  • Juara Pertandingan Nasyid Peringkat Kebangsaan (Kategori Tradisi) 2014.
  • Juara Pertandingan Lagu Asli Gema Warisan RTM Sabah 2003.

Laman Media Sosial Zizi Kirana

Trivia Menarik Tentang Zizi Kirana

  • Selain AF, Zizi turut mencuba nasib menerusi beberapa program realiti nyanyian yang lain seperti Dangdut Star dan D’Academy Asia 2.
  •  Zizi kini bernaung di bawah label Mixology Music.
  • Di samping drama, telefilem dan filem, Zizi juga pernah menjayakan sebuah teater berjudul Impak Maksima Musical di Esplanade Singapura.
  • Suka bermain gitar dan roller blade di waktu lapang.
  • Figura ini juga pernah menjuarai program Tilawah Al-Quran Peringkat Sekolah Negeri Sabah.
  • Si cantik manis ini pernah mengganggotai dua kumpulan nyanyian iaitu The Fabulous Cats dan Nukilan Qarma Musiq sebelum kembali bergerak solo.
  • Zizi pernah bekerja sebagai penyanyi kebudayaan di Jabatan Kebudayaan Negeri Sabah dan artis budaya di Jabatan Penerangan Negeri Sabah.
  • Menjadi Announcer Radio Online iaitu KLPop.
  • Memiliki lebih 200,000 pengikut di instagram miliknya.

Foto Zizi Kirana

badan-zizi-kirana-300x300 Biodata Zizi Kirana, Penyanyi Cantik Kelahiran Sabah Biodata-Zizi-Kirana-300x300 Biodata Zizi Kirana, Penyanyi Cantik Kelahiran Sabah foto-best-zizi-kirana-300x300 Biodata Zizi Kirana, Penyanyi Cantik Kelahiran Sabah jersey-arsenal-zizi-kirana-300x300 Biodata Zizi Kirana, Penyanyi Cantik Kelahiran Sabah

azlan-150x150 Biodata Zizi Kirana, Penyanyi Cantik Kelahiran Sabah

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Zizi Kirana #fabulous cat #Kenali Zizi Kirana #Laman Media Sosial Zizi Kirana #Profil Zizi Kirana #Trivia Menarik Tentang Zizi Kirana #zizi af #Zizi AF7 #Zizi Kirana #zizi kirana af #zizi kirana biodata #zizi kirana instagram #zizi kirana profile

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.