Biodata Amir Jahari, Dari Peserta AF9 Ke Bintang AF Megastar 2017

Biodata Amir Jahari, Dari Peserta AF9 Ke Bintang AF Megastar 2017

Sejak menyertai Akademi Fantasia (AF) Megastar 2017, nama Amir Jahari mula dikenali ramai.

Saban minggu, anak seni ini mempamerkan vokal dan persembahan menarik sehingga berjaya memikat hati juri profesional dan para penonton.

Sayangnya, penyanyi kelahiran Sarawak ini tersingkir di pentas separuh akhir selepas beberapa minggu beraksi di program realiti berkenaan.

Untuk pengetahuan para pembaca, Amir merupakan bintang kelahiran AF 9 namun digugurkan pada minggu ketiga bersama penyanyi dan pelakon pujaan ramai, Ayda Jebat.

Sedar atau tidak, 2017 adalah tahun keenam bintang serba boleh ini sebagai anak seni.

Jom kita berkenalan lebih dekat dengan pelantun lagu Tanpamu dan Aku Juga Manusia ini.

Biodata Ringkas Amir Jahari

Nama Penuh: Mohamad Amirullah Jahari
Nama Komersil: Amir Jahari/Amir J
Umur: 25 Tahun (2017)
Tarikh Lahir: 31 Mei 1992
Zodiak: Gemini
Asal: Kuching, Sarawak
Adik Beradik: Anak keempat dari enam beradik
Kerjaya: Penyanyi, Penulis Lagu & Pemuzik
Status: Berkahwin
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia

Lagu/Single: Tanpamu, Penghibur Jalanan, Gelisah, Aku Juga Manusia, Ingga, Masa Lalu, Selalu Ada, Ajarkan Aku, Kau Inspirasi dan banyak lagi.

Laman Sosial Media Amir Jahari

Trivia Menarik Tentang Amir Jahari

  • Graduan jurusan Muzik dari Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (ASWARA).
  • Media tempatan melaporkan bahawa Amir pernah menjalani kehidupan sebagai gelandangan satu ketika dahulu sebelum dikenali hari ini.
  • Turut menghasilkan lagu tema berjudul Kau Inspirasi untuk Anugerah Seni Boh Cameronian 2014.
  • Pernah menganggotai kumpulan Go Gerila bersama-sama Aizat Amdan.
  • Amir turut menubuhkan kumpulan muziknya sendiri yang dikenali sebagai The Amir Jahari Project.
  • Menamatkan zaman bujangnya dengan wanita pilihan hati bernama Kartini Ismail pada Oktober 2013 dan dikurnia seorang anak perempuan iaitu Nur Izzah Amaani.
  • Diangkat sebagai Komposer Muda Berpotensi sempena Malam MACP yang dikelolakan oleh Badan Pelindung Hakcipta Muzik (MACP) pada 22 November 2015.
  • Insan seni turut mewakili Malaysia ke 4th Marketplace of Creative Arts yang dianjurkan World Islamic Economic Forum bertempat di Bandung, Indonesia pada 2012 bagi kategori muzik.
  • Lebih selesa dipanggil sebagai anak seni berbanding artis.
  • Finalis Anugerah Juara Lagu (AJL) 27 menerusi lagu Tanpamu.
  • Mempunyai lebih 20,000 pengikut di Instagram miliknya.

Foto MenarikĀ Amir Jahari

lagu-Amir-Jahari-300x300 Biodata Amir Jahari, Dari Peserta AF9 Ke Bintang AF Megastar 2017 biodata-Amir-Jahari-300x300 Biodata Amir Jahari, Dari Peserta AF9 Ke Bintang AF Megastar 2017 Amir-Jahari-2017-300x300 Biodata Amir Jahari, Dari Peserta AF9 Ke Bintang AF Megastar 2017 album-Amir-Jahari-300x300 Biodata Amir Jahari, Dari Peserta AF9 Ke Bintang AF Megastar 2017

azlan-150x150 Biodata Amir Jahari, Dari Peserta AF9 Ke Bintang AF Megastar 2017

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Amir J #Amir Jahari #Amir Jahari AF Megastar 2017 #Amir Jahari AF9 #amir jahari akademi fantasia #amir jahari aku juga manusia #amir jahari biodata #amir jahari ingga #amir jahari instagram #amir jahari penghibur jalanan #amir jahari selalu ada #amir jahari songs #Biodata Amir Jahari #Laman Sosial Media Amir Jahari #Profil Amir Jahari #Trivia Menarik Tentang Amir Jahari

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.