Biodata Isyariana Azmi, Aktres Cun Kelahiran Pahang

Biodata Isyariana Azmi, Aktres Cun Drama Duda Pujaan Dara

Isyariana Azmi kini dilihat sedang ligat mengorak langkah dalam menawan industri seni lakon tanah air.

Namanya mula dikenali para peminat tempatan selepas membintangi drama rantaian Urusan Hati Cik Drama Queen dan Cik Serba Tahu yang telah ditayang tidak lama dahulu.

Terkini, anak jati Temerloh, Pahang ini muncul menerusi drama bersiri lakonannya berjudul Duda Pujaan Dara bergandingan Kamal Adli dan Zahirah Macwilson yang disiarkan di Astro Ria 104 mulai 4 September 2017.

Sebelum menerpa nama sebagai anak wayang, figura cun ini aktif dalam bidang seni suara. Malah, beliau turut mengeluarkan single pertamanya iaitu Syok Sendiri.

Untuk pengetahuan para pembaca, Isyariana merupakan finalis Akademi Fantasia (AF) 2016 dan tersingkir pada minggu kelima.

Jom kita berkenalan lebih rapat dengan aktres berbintang Scorpio ini.

Biodata Ringkas Isyariana Azmi

Nama Penuh: Isyariana Che Azmi
Nama Komersil: Isyariana Azmi/Riana
Tarikh Lahir : 31 Oktober 1990
Umur: 27 Tahun (2017)
Zodiak: Scorpio
Asal: Temerloh, Pahang
Kerjaya: Pelakon & Penyanyi
Status: Single
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia
Kelab Peminat: Isyariana Lovers

Lagu: Syok Sendiri
Drama/Telemovie: Duda Pujaan Dara, Cik Serba Tahu, Urusan Hati Cik Drama Queen, Married Tapi Benci, Cinta Dari Mastika (Mayat Ipoh Melambai), Cinta Bae Kicap dan banyak lagi.

Laman Sosial Media Isyariana Azmi

Trivia Menarik Isyariana Azmi

  1. Drama bersiri berjudul Married Tapi Benci adalah drama lakonan pertamanya.
  2. Selepas 10 tahun menyimpan, Isyariana memotong rambutnya menjadi pendek demi menghidupkan watak dalam drama bersiri, Urusan Hati Cik Drama Queen.
  3. Menjadikan Dato’ Siti Nurhaliza sebagai sumber inspirasinya dalam bidang seni hiburan.
  4. Pernah menganggota kumpulan nyanyian yang dikenali sebagai Hanarose bersama Eka Sharif sebelum dibubarkan.
  5. Menerusi kunpulan Hanarose, duo ini pernah menyanyikan lagu runut bunyi OST untuk filem Melayu tempatan seperti Usin UFO berjudul UFO, Coverina (Tiba Kini Waktu) dan Pengantin Malam (Deritaku).
  6. Sebelum menyertai Hanarose, si cantik ini seringkali diundang sebagai penyanyi gantian untuk kumpulan The Fabulous Cat selama setahun.
  7. Lepasan Diploma Seni Bina dari Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah di Pahang.
  8. Pernah diberi peluang menjayakan persembahan pembukaan di konsert Dato’ Rossa di Pahang beberapa tahun lalu.
  9. Sebelum terjun ke dunia hiburan, Isyariana pernah bekerja sebagai pelukis pelan di Pahang.
  10. Mempunyai lebih 70,000 pengikut di instagramnya.

Foto Menarik Isyariana Azmi

Biodata-Isyariana-Azmi-300x300 Biodata Isyariana Azmi, Aktres Cun Kelahiran Pahang gambar-comel-Isyariana-Azmi-300x300 Biodata Isyariana Azmi, Aktres Cun Kelahiran Pahang gambar-riana-af2016-300x300 Biodata Isyariana Azmi, Aktres Cun Kelahiran Pahang isyariana-af-2016-rambut-pendek-300x300 Biodata Isyariana Azmi, Aktres Cun Kelahiran Pahang isyariana-af-2016-tanpa-make-up-Biodata-Isyariana-Azmi-Aktres-Cun-Drama-Duda-Pujaan-Dara-300x300 Biodata Isyariana Azmi, Aktres Cun Kelahiran Pahang pelakon-drama-Duda-Pujaan-Dara-isyariana-e1504883637737-300x300 Biodata Isyariana Azmi, Aktres Cun Kelahiran Pahang

azlan-150x150 Biodata Isyariana Azmi, Aktres Cun Kelahiran Pahang

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Isyariana Azmi #Duda Pujaan Dara Astro Ria 104 #Images for Isyariana Azmi #isyariana 2017 #Isyariana Azmi #Isyariana Azmi Duda Pujaan Dara #isyariana biodata #isyariana che azmi #isyariana duda pujaan dara #isyariana hanarose #Kenali Isyariana Azmi #pelakon cun Drama Duda Pujaan Dara #pelakon cun Isyariana Azmi #Riana AF2016

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.