Tips Membuka Penutup Botol Yang Ketat! Jom Cuba Teknik Ringkas Ini!

Tips Buka Penutup Botol Ketat

Buat anda yang suka memasak, pastinya mempunyai pelbagai botol atau bekas simpanan yang mengandungi beraneka serbuk masakan dan rempah-ratus di dapur.

Malangnya, botol-botol berkenaan tidak boleh dibuka disebabkan penutup ditutup terlalu rapat sehingga menganggu proses memasak. Tambahan pula, tangan anda basah dan licin ketika membuka penutup botol tersebut.

Jika ada suami atau lelaki di rumah, anda boleh meminta bantuan mereka untuk membuka botol-botol itu. Malah, peristiwa ini turut terjadi pada penulis ketika pulang ke kampung apabila emak tidak dapat membuka penutup botol sos cili atau bekas gula ketika hendak memasak.

Meskipun perkara ini dianggap remeh oleh sesetengah masyarakat tetapi ianya mampu membuat seseorang naik darah secara tiba-tiba terutamanya dalam kalangan suri rumah tangga.

Tips Membuka Penutup Botol Yang Ketat

Dipetik dari portal Vemale.com, penulis kongsikan 4 tips mudah membuka penutup botol yang susah untuk dibuka. Selamat mencuba!

1. Guna Sarung Tangan Getah

Pertama, sila pastikan anda memiliki satu atau dua sarung getah di rumah. Tidak hanya digunakan ketika membasuh pinggan atau cawan, sarung tangan getah juga boleh membantu anda membuka penutup botol yang sulit untuk dibuka. Dek kerana ianya bersifat padat dan kesat, sarung tangan getah boleh membantu anda membuka penutup botol dengan mudah.

2. Celup Dalam Air Panas

Jangan risau sekiranya anda tidak mempunyai sarung tangan getah. Apakata anda masukkan air panas yang mendidih ke dalam mangkuk. Kemudian, anda celupkan tutup botol ke dalam air panas berkenaan supaya ianya memberikan tekanan udara di dalam botol supaya mudah untuk dibuka. Senang bukan!

3. Tepuk Di Bahagian Bawah Botol

Jika tergesa-gesa untuk menggunakannya, anda boleh tepuk-tepuk tapak tangan di bahagian bawah botol bagi memberikan tekanan ke penutup botol. Kaedah ini memerlukan sedikit masa namun boleh dicuba oleh anda jika tidak mahu melakukan tips yang pertama dan kedua diatas.

4. Pakai Pengering Rambut

Selain air panas, anda juga boleh memanfaatkan pengering rambut yang sering kali digunakan selepas mandi. Bukan sahaja kreatif semata-mata, udara panas yang dihasilkan oleh pengering rambut sangat berguna untuk melonggarkan penutup botol dengan mudah. Dengan adanya pengering rambut, masalah anda untuk membuka penutup botol boleh diatasi dengan segera.

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #botol #buka penutup botol #cara buka penutup botol ketat dengan mudah #cara mudah buka penutup botol ketat #Cara Mudah Buka Penutup Botol Yang Ketat #Kaedah Betul Buka Penutup Botol Ketat #payah nak buka tudung botol #penutup botol #penutup botol ketat #petua buka penutup botol yang ketat #susah mahu buka penutup botol #tips buka penutup botol ketat #Tips Buka Penutup Botol Yang Ketat #tudung botol kaca #tudung botol ketat

Panduan Mudah Menanam Bayam Dalam Pasu
Bayam atau dalam bahasa Inggerisnya dikenali sebagai ‘Spinach’ adalah spesies Amaranthus gangeticus yang
Tips Menanam Sayur Di Ruangan Sempit
Berkebun dengan menggunakan bekas seperti botol plastik, polibeg atau pasu boleh menjadi satu perkara yang menyeronokkan. Hal ini amat sesuai
10 Syarikat Penerbangan Tambang Termurah Di Dunia. Jangan Terkejut Kalau Baca!
Tambang murah tidak selalu bererti kualiti yang rendah. Jika anda ingin terbang dari
Ini Ciri-Ciri Perempuan Yang Dibenci Lelaki
Ciri-Ciri Perempuan Yang Dibenci Lelaki Kaum lelaki memang sempoi dan adakalanya agak selekeh,

Comments are closed.