Biodata Fedi Nuril, Hero Filem Ayat-Ayat Cinta 2

Biodata Fedi Nuril, Hero Filem Ayat Ayat Cinta 2

Buat peminat setia filem pecah panggung Indonesia berjudul Ayat-Ayat Cinta, pastinya mengenali sang heronya iaitu Fedi Nuril.

Selepas 10 tahun, Fedi yang membawa karakter Fahri kembali dengan barisan pelakon sekuel Ayat-Ayat Cinta 2 yang sedang hangat ditayangkan di seluruh pawangan tempatan mulai 11 Januari 2018 lalu.

Selain Fedi, filem yang diadaptasi dari novel nukilan Habiburahman El Shirazy ini turut dibintangi oleh Dewi Sandra, Chelsea Islan, Tatjana Saphira, Nur Fazura dan Bront Palarae.

Di samping Ayat-Ayat Cinta, anak jati Jakarta, Indonesia ini turut dikenali menerusi filem Surga Yang Tidak Dirindukan dan Surga Yang Tidak Dirindukan 2.

Sedar atau tidak, Fedi atau nama sebenarnya Fedrian Nuril sangat laris di layar lebar berbanding di kaca televisyen.

Sebelum menerpa nama sebagai seorang aktor, anak bongsu daripada tiga beradik memulakan karier seninya sebagai seorang model di pentas peragaan, majalah fesyen dan iklan-iklan komersil. Beliau pernah menjayakan beberapa iklan komersil seperti Espresso, Surya 12 Premium, Gudang Garam Merah, Carvil, Mentari dan Citra.

Jom kita semak biodata ringkas dan trivia menarik pemuda berbintang Cancer ini.

Biodata Ringkas Fedi Nuril

Nama Penuh: Fedrian Nuril
Nama Komersil: Fedi Nuril
Umur: 36 Tahun (2018)
Tarikh Lahir: 1 Julai 1982
Zodiak: Cancer
Asal: Jakarta, Indonesia
Adik Beradik: Anak bongsu daripada tiga beradik
Kerjaya: Pelakon, Pemuzik, Penerbit & Model
Status: Berkahwin
Agama: Islam
Warganegara: Indonesia

Filem: Ayat-Ayat Cinta 2, Ayat-Ayat Cinta, Surga Yang Tidak Dirindukan 2, Surga Yang Tidak Dirindukan, Shy Shy Cat, Heart Beat, Doea Tanda Cinta, Ayah Menyayangi Tanpa Akhir, Supernova, Barakati, Moga Bunda Disayang Allah, Get Married 3, 5 CM, Menebus Impian, Aku Atau Dia, Perempuang Berkalung Sorban, Tentang Cinta, Garasi, Inikah Rasanya Cinta?, Janji Joni dan Mengejar Matahari.

FTV: Spaghetti & Super Model

Laman Media Sosial Fedi Nuril

Trivia Menarik Tentang Fedi Nuril

  • Menamatkan zaman bujangnya dengan wanita bernama Calysta Vanny Widyasasti pada 16 Januari 2016 selepas berkenalan antara satu sama lain sejak 2014.
  • Dikurnikan seorang cahaya mata lelaki bernama Hasan Fadilah Nuril.
  • Fedi pernah menganggotai kumpulan muzik yang dikenali sebagai Garasi sebagai gitaris di mana memartabatkan elemen muzik Rock Alternatif.
  • Bersama Garasi, Fedi dan ahli kumpulannya telah merakamkan dua buah album iaitu OST Garasi (2006) dan Garasi II (2008).
  • Mengejar Matahari yang diterbitkan sekitar 2004 adalah filem pertama Fedi sekaligus memperkenalkan namanya sebagai seorang anak wayang di arena seni hiburan Indonesia.
  • Graduan jurusan perakaunan dari Universitas Indonesia.
  • Pernah menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon dan penyanyi Indonesia, Acha Septriasa yang popular menerusi filem Heart.
  • Dikurniakan raut wajah yang awet muda meskipun meniti usia 36 tahun. Bersangka baik, selalu bersyukur dan sentiasa ketawa merupakan antara kunci awet muda figura ganteng ini.
  • FediNuril FC adalah nama kelab peminat setianya.
  • Setakat ini, Fedi memiliki lebih 600,000 pengikut di Instagram miliknya.

Gambar Menarik Fedi Nuril

fedi-nuril-isteri-300x300 Biodata Fedi Nuril, Hero Filem Ayat-Ayat Cinta 2

azlan-150x150 Biodata Fedi Nuril, Hero Filem Ayat-Ayat Cinta 2

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Fedi Nuril #Fedi Nuril #Fedi Nuril Aktor Indonesia #fedi nuril ayat ayat cinta 2 #fedi nuril biodata #fedi nuril calysta vanny widyasasti #fedi nuril film #Fedi Nuril Hero Filem Ayat-Ayat Cinta #fedi nuril instagram #fedi nuril istri #fedi nuril movies #Fedi Nuril Profile #Fedrian Nuril #Hero Filem Ayat-Ayat Cinta #Info Fedi Nuril #Kenali Fedi Nuril #mantan pacar fedi nuril #Profil Fedi Nuril #Siapa Fedi Nuril #Trivia Menarik Fedi Nuri

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.