Kenali Imam Muda Asyraf, Host Tahfiz Muda 2

Kenali Imam Muda Asyraf, Host Tahfiz Muda 2

Imam Muda Asyraf, satu nama yang tidak asing lagi di pentas dakwah Islam di negara kita.

Namanya mula dikenali khalayak apabila menjuarai program realiti islamik iaitu Imam Muda yang ditayangkan di saluran Astro Oasis 106 sekitar 2010.

Sejak itu, pintu rezekinya semakin melimpah ruah sebagai pendakwah bebas apabila sering kali diundang untuk menyampaikan ceramah dan tazkirah agama menerusi televisyen, radio ataupun majlis-majlis kerohanian di luar sana.

Siapa sangka, anak kelahiran Tasek Gelugor, Pulau Pinang ini berbakat dalam bidang pengacaraan. Selain mengacarakan program bual bicara Bismillah Ad Duha, pemuda berusia 34 tahun ini juga mengemudikan program Tahfiz Muda 2 bersama-sama Elfira Loy yang sedang rancak disiarkan di Astro Oasis.

Terus mencabar diri, Imam Muda Asyraf pernah tampil dalam sitkom islamik berjudul Oh My Pondok yang turut dibintangi oleh Abam Bocey dan Tauke Jambu.

Berikut, penulis kongsikan serba sedikit mengenai latar belakang dan info ringkas Imam Muda Asyraf buat tatapan para pembaca. Check it out!

Biodata Ringkas Imam Muda Asyraf

Nama Sebenar: Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan
Nama Pentas: Imam Muda Asyraf/Ustaz Asyraf
Umur: 34 Tahun (2018)
Tarikh Lahir: 12 Februari 1984
Zodiak: Aquarius
Asal: Tasek Gelugor, Pulau Pinang
Adik Beradik: Anak kedua daripada lima beradik
Karier: Pendakwah Bebas, Pengacara Televisyen, Imam & Usahawan
Status: Berkahwin
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia

Host TV: Tahfiz Muda, Bismillah Ad Duha, Kembara Asyraf, Soal Asyraf, Khabar Haji & Assalamualaikum Bro Tolong Jawab.

Laman Media Sosial Imam Muda Asyraf

Info Ringkas Tentang Imam Muda Asyraf

  • Mendirikan rumah tangga dengan rakan seuniversitinya bernama Nur Husna Yusoff pada 14 Februari 2010.
  • Hasil perkahwinan tersebut, Imam Muda Asyraf dan isteri dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Aisy Raihan dan Aisy Abdul Rahman.
  • Lulusan jurusan Sarjana Muda Usuluddin & Fiqh dari Universiti Malaya (UM).
  • Masih meneruskan pengajian di peringkat Master dalam jurusan Usuluddin & Fiqh di UM.
  • Menjalankan bisnes berasaskan pakaian lelaki muslim seperti jubah dan kurta yang dikenali sebagai Aisy Asyraf Boutique yang terletak di Bandar Baru Bangi, Selangor.
  • Kalau nak tahu, Imam Muda Asyraf pernah merakamkan sebuah album berkonsepkan islamik berjudul Rahmatan Lil’Alamin yang terbitkan sekitar 2013.
  • Pendakwah bebas ini juga turut dinobatkan sebagai penerima Anugerah Khas Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pulau Pinang pada 2011.
  • Diberikan kepercayaan sebagai juri tetap bagi program kanak-kanak, Ceria i-Star 2016 dan 2017 bersama Ustaz Amin Idris.
  • Pernah mengacarakan program hiburan popular terbitan Astro Ria iaitu Meletop bersama Siti Nordiana.
  • Beliau juga mempunyai segmen khas di radio Sinar iaitu Tanya Iman Muda Asyraf.
  • Pernah mempelajari ilmu pertahankan diri iaitu Silat ketika dibangku sekolah.
  • Sehingga artikel ini ditulis, Iman Muda Asyraf memiliki lebih 400,000 pengikut di Instagram miliknya.
azlan-150x150 Kenali Imam Muda Asyraf, Host Tahfiz Muda 2

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Aisy Asyraf #Biodata Imam Muda Asyraf #host tahfiz muda 2 #Imam Muda Asyraf #Imam Muda Asyraf Pengacara Tahfiz Muda 2 #Kenali Imam Muda Asyraf #Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan #Oh My Pondok #Profil Imam Muda Asyraf #Siapa Imam Muda Asyraf #Tahfiz Muda 2 #Trivia Menarik Imam Muda Asyraf #Ummi - Imam Muda Asyraf #Ustaz Asyraf

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.