Resepi Masakan Nasi Goreng Ikan Masin

Nasi Goreng Ikan Masin

Resepi Masak Nasi Goreng Ikan Masin

Bahan-bahan :

  • 4 – 5 cawan nasi sejuk (dileraikan)
  • 1 ketul ikan tenggiri masin (dipotong kecil)
  • 1 camca besar sos tiram
  • 2 sudu makan cili kisar
  • 2 biji telur (dipukul)
  • 2 pokok sawi park choy (potong, cuci dan toskan)
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • Hirisan cili merah (hiasan)
  • Hirisan daun sup (hiasan)

Cara memasak :

  1. Panaskan minyak masak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau, masukkan cili kisar dan tumiskan.
  2. Masukkan sos tiram dan isi ikan masin tenggiri, kacau serata dan biarkan seketika menggunakan nyalaan api sederhana.
  3. Masukkan batang sawi park choy masak sekejap dan tolak ke tepi kuali. Masukkan telur, biar telur masak dan kacau hingga hancur bersama sayuran tadi.
  4. Masukkan nasi dan gaul sekata. Masukkan daun sawi park choy, kacau lagi sehingga betul-betul masak dan hidangkan.
Loading...

Tags: #bahan bahan memasak nasi goreng ikan masing #cara masak nasi goreng ikan masin #cara nak masak nasi goreng ikan masin #menu nasi goreng ikan masin

Resipi Tradisional Kuih Rempeyek Kacang Tanah Ikan Bilis
Bahan-bahan : 600 gram tepung beras 500 gram kacang tanah 1 biji kelapa
Cara Memasak Ikan Talang Dengan Mudah Dan Sedap
Ikan Talang adalah jenis ikan laut yang popular dalam kalangan pemancing. Ikan laut
3 Cara Memasak Ikan Pekasam Paling Mudah
Resipi 1 Bahan-bahan: 1 ekor ikan pekasam 2-3 biji cili padi 1 biji
Cara Buat Pisang Goreng Yang Rangup Lagi Crispy!
Bila bercerita tentang pisang goreng, kebanyakan orang menyukai pisang goreng. Dengan peredaran zaman,