Biodata Nizam Rahman, Popular Dengan Parodi & Dubsmash Di Media Sosial

Biodata Nizam Rahman, Bintang Dubsmash

Bak kata pepatah Melayu, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Perumpamaan ini sangat signifikan buat Instafamous bernama Nizam Rahman ke lapangan seni hiburan tanah air.

Dek kerana video parodi Dayang Nurfaizah menyanyikan lagu di Pintu Syurga yang dilakonkannya tular di media-media sosial tiga tahun lalu, namanya mula mencuri perhatian dan menjadi siulan orang ramai.

Bermula dari situ, anak jati Batu Berendam, Melaka ini mendekatkan diri dengan aplikasi Dubsmash untuk menghasilkan video-video parodi yang kelakar dan menghiburkan para penontonnya tanpa mengenepikan nilai-nilai murni yang berguna kepada masyarakat di luar sana.

Malah, anak bongsu daripada tiga beradik ini turut menjana pendapatan menerusi Insta-Review melalui video-video iklan yang dihasilkannya.

Paling menarik, pemilik nama lengkap Hairul Nizam A.Rahman turut dilamar oleh beberapa pihak produksi tempatan untuk menjayakan beberapa drama dan telefilem. Antara drama yang telah dibintanginya adalah Ahli Mesyuarat Tingkap, Kias Ramadan dan Tanah Kubur.

Jangan buang masa, jom kita intip ringkasan biodata dan trivia menarik figura berbintang Sagittarius ini.

Biodata Ringkas Nizam Rahman

Nama Penuh: Hairul Nizam A. Rahman
Nama Komersil: Nizam Rahman
Umur: 28 Tahun (2018)
Tarikh Lahir: 28 November 1990
Zodiak: Sagittarius
Asal: Batu Berendam, Melaka
Adik Beradik: Anak bongsu daripada tiga beradik
Kerjaya: Pelakon & Instafamous (Personaliti Media Sosial)
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia

Drama/Telefilem: Tanah Kubur, Ahli Mesyuarat Tingkap & Kias Ramadan.

Laman Media Sosial Nizam Rahman

Trivia Menarik Tentang Nizam Rahman

  • Graduan Diploma jurusan Perfileman dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).
  • Pernah mengendalikan program Anugerah Skrin (ASK) 2013 versi atas talian (online).
  • Salah seorang peserta program Maharaja Lawak Mix and Match yang disiarkan secara online dan di laman sesawang rasmi Maharaja Lawak Mega 2017.
  • Turut mempunyai kelab peminatnya tersendiri iaitu Nizam Lovers yang ditubuhkan pada September 2016 lalu.
  • Turut tersenarai dalam carta top lima bagi kategori Personaliti Media Sosial di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2017 bersama-sama Vivy Yusof, Mat Lufhti, Luqman Padolski dan MakhlokMacho.
  • Nizam pernah naik berang selepas salah seorang peminatnya menghantar mesej di inbox Facebook dan meminta gambar alat kelaminnya.
  • Figura berkulit putih ini akan memuatnaik sekurang-kurangnya satu atau dua video parodinya dalam masa seminggu.
  • Di samping berkongsi video parodi, Nizam juga turut menyelitkan beberapa artikel dan kata-kata pujangga di laman facebook rasminya.
  • Memasang impian untuk berlakon di layar lebar dan memiliki program televisyen tersendiri.
  • Mengeluarkan produk berasaskan body mist berjenama Arjuni by Nizam Rahman.
  • Memiliki lebih 100,000 pengikut di Instagram miliknya.
azlan-150x150 Biodata Nizam Rahman, Popular Dengan Parodi & Dubsmash Di Media Sosial

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Arjuni by Nizam Rahman #Biodata Nizam Rahman #dubsmash #Fakta Nizam Rahman #Hairul Nizam A. Rahman #Kenali Nizam Rahman #Nizam Rahman #Nizam Rahman Biodata #Nizam Rahman Instafamous Malaysia #Nizam Rahman Profile #nizam rahman tanah kubur #parodi nizam #Profi Nizam Rahman #Siapa Nizam Rahman #Trivia Menarik Nizam Rahman

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.