Ketahui Perbuatan Menyebabkan Solat Tidak Diterima Allah S.W.T


Rasulullah S.A.W bersabda, sepuluh perbuatan yang solatnya tak diterima oleh Allah S.W.T adalah :-

  1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
  2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
  3. Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya (taubat).
  4. Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
  5. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin kedua ibu bapanya.
  6. Orang perempuan yang suaminya marah atau menegur kepadanya lalu si isteri memberontak.
  7. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya.
  8. Orang perempuan yang tidak menutup aurat.
  9. Orang yang suka makan riba.
  10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

“Barang siapa yang solatnya tidak dapat menahan daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemungkaran Allah SWT dan jauh dari Allah SWT.”

Hassan R.A berkata :

“Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.”

Loading...

Tags: #10 perbuatan yang solatnya tak diterima #Perbuatan Menyebabkan Solat Anda Tidak Diterima #sepuluh perbuatan yang solatnya tak diterima oleh Allah S.W.T #Solat Tidak Diterima

Amalan Mudah Mendapat Jodoh. Yang Belum Berpunya Boleh Cuba Petua Ini!
Pasangan hidup adalah salah satu dari stesen perjalanan dalam kehidupan bagi semua manusia.
Amalan Isteri Derhaka Kepada Suami Walaupun Tanpa Disedari
Wanita solehah adalah sebaik-baik perhiasan dunia sebagaimana sabda Nabi SAW yang bermaksud :
Punca Rezeki Suami Menjadi Sempit. Ini Sebab Ramai Isteri Tidak Perasan!
Perkahwinan merupakan sunnah Nabi SAW. Selain daripada mendapat pahala dengan menyempurnakan sunnah, perkahwinan turut
Badal haji. Ini Syarat Yang Membolehkannya Dilakukan
Pengertian Badal Haji Badal ertinya ‘ganti’,’pengganti’, atau yang ‘digantikan’. Oleh itu Badal Haji

Leave a reply "Ketahui Perbuatan Menyebabkan Solat Tidak Diterima Allah S.W.T"