Teknik Urutan Jari Yang Mudah Dan Melegakan. Anda Boleh Cuba!

Teknik Urutan Jari Yang Mudah Dan Melegakan. Anda Boleh Cuba!

Percaya atau tidak, tubuh manusia penuh dengan keajaiban. Rawatan-rawatan alternatif yang telah diamalkan selama beratus-ratus tahun biasanya menggunakan titik-titik tertentu di bahagian tubuh untuk mengubati pelbagai masalah kesihatan.

Salah satu bahagian tubuh yang ada titik-titik ajaib adalah tangan malah jari. Hanya dengan gerakan sederhana di bahagian tersebut, anda boleh melenyapkan derita pelbagai masalah kesihatan ringan.

Teknik urut jari biasa disebut sebagai Shin Jyutsu memang sudah sejak lama dilakukan oleh ahli dari China ataupun Jepun. Bahkan banyak yang menganggap teknik rawatan dengan urutan jari ini merupakan warisan leluhur Asia.

Teknik urutan jari atau Shin Jyutsu ini merupakan salah satu bentuk keharmonian organ tubuh. Tangan mempunyai saraf-saraf yang berkaitan dengan organ-organ penting, sehingga ketika disimulasi di titik-titik tertantu dapat membantu menyeimbangkan kesihatan. Jika dilakukan secara rutin, teknik ini mampu mencegah penyakit-penyakit berat seperti buah pinggang, jantung, limpa dan lain lain.

Teknik Urutan Jari Yang Mudah

urut-jari-1 Teknik Urutan Jari Yang Mudah Dan Melegakan. Anda Boleh Cuba!

Berikut adalah beberapa teknik terapi urut tangan Shin Jyutsu yang boleh anda praktikkan setiap hari.

Urut di bahagian ibu jari

teknik-urut-jari-2 Teknik Urutan Jari Yang Mudah Dan Melegakan. Anda Boleh Cuba!

Jika anda rasa gugup, cemas yang berlebihan, atau sakit kepala, genggamlah ibu jari dan ramas secara perlahan-lahan selama 5 minit. Pakar refleksologi mendedahkan gerakan tersebut dapat mengurangkan masalah-masalah tersebut.

  • Organ: Perut dan limpa.
  • Emosi: Cemas, kemurungan dan kebimbangan.
  • Gejala fizikal: sakit perut, sakit kepala dan neurosis.

Urut di bahagian jari telunjuk

teknik-urut-jari-3 Teknik Urutan Jari Yang Mudah Dan Melegakan. Anda Boleh Cuba!

Bahagian jari telunjuk dipercayai mengendalikan sakit otot, perasaan kecewa, takut, dan malu. Menurut sebuah kajian di University of Minnesota, pesakit dengan sakit belakang dan otot merasa lebih baik setelah mereka meramas-ramas secara lembut bahagian jari telunjuk selama 5 minit.

  • Organ: buah pinggang dan pundi kencing.
  • Emosi: Kecewa, ketakutan dan kebingungan.
  • Gejala fizikal fizikal: sakit gigi, kram otot, sakit pinggang, dan masalah pencernaan.

Urut di bahagian jari tengah

teknik-urut-jari-4 Teknik Urutan Jari Yang Mudah Dan Melegakan. Anda Boleh Cuba!

Mengurut jari tengah dipercayai dapat mengurangkan perasaan kesal, marah, atau lelah. Kajian juga menunjukkan bahawa urutan di bahagian jari tengah dapat menurunkan tekanan darah dan menenangkan.

  • Organ: Hati, pundi hempedu.
  • Emosi: Kebingungan, kemarahan, kepekaan.
  • Gejala fizikal: aliran darah terhambat, nyeri haid, mata lelah, sakit kepala dan migrain.

Urut di bahagian jari manis

teknik-urut-jari-5 Teknik Urutan Jari Yang Mudah Dan Melegakan. Anda Boleh Cuba!

Emosi negatif dan kesedihan dipercayai akan hilang jika kamu mengurut dengan lembut jari manis selama 5 minit. Jangan lupa untuk tetap tenang dan perhatikan pernafasan anda.

  • Organ: Paru-paru dan usus besar.
  • Emosi: berfikiran negatif, sedih, takut penolakan, kesedihan.
  • Gejala fizikal: Telinga berdengung, sesak, asma, penyakit kulit dan masalah pencernaan.

Urut di bahagian jari kelingking

teknik-urut-jari-6 Teknik Urutan Jari Yang Mudah Dan Melegakan. Anda Boleh Cuba!

Jari kelingking bertanggungjawab atas tahap stres dan kecemasan. Anda boleh cuba mengurut secara perlahan-lahan jari kelingking selama 5 minit sambil memikirkan hal-hal positif.

  • Organ: Jantung dan usus kecil.
  • Emosi: kebimbangan, kecemasan, kegelisahan, tidak percaya diri.
  • Gejala fizikal: Penyakit jantung, sakit tekak, perut kembung dan masalah tulang.

Picit di telapak tangan

teknik-urut-jari-7 Teknik Urutan Jari Yang Mudah Dan Melegakan. Anda Boleh Cuba!

Kajian menunjukkan, mengurut secara teratur telapak tangan dapat membantu mencegah mual, stres, cirit-birit, dan sembelit. Pakar refleksologi juga mengatakan bahawa telapak tangan adalah pusat perasaan dan emosi. Anda boleh melakukan gerakan menekan telapak dengan jari, kemudian buat gerakan melingkar sambil menarik dan menghembus nafas sebanyak tiga kali.

Posisi menekan dua telapak tangan

teknik-urut-jari-8 Teknik Urutan Jari Yang Mudah Dan Melegakan. Anda Boleh Cuba!

Posisi ini sering digunakan dalam meditasi. Kedudukan ini dipercayai membantu anda menumpukan perhatian dan menenangkan fikiran. Dengan menekan telapak tangan secara bersama-sama, anda juga boleh memperbaiki peredaran darah.

Posisi Surya Mudra

teknik-urut-jari-9 Teknik Urutan Jari Yang Mudah Dan Melegakan. Anda Boleh Cuba!

Kedudukan ini dipercayai membantu memperbaiki pencernaan dan metabolisma. Teknik ini juga digunakan untuk menurunkan suhu darah dan mengurangkan nafsu makan.

Lakukan teknik-teknik urut jari di atas secara rutin dan kira-kira 15 minit sewaktu melakukannya. Tekan-tekan pada bahagian ruas jari sambil menarik nafas dalam-dalam. Jika merasa sakit, kemungkinan ada gangguan di salah satu organ tubuh.

Loading...

Tags: #cara mengurut #cara mengurut jari #khidmat urut #mengurut #Shin Jyutsu #teknik urutan jari Shin Jyutsu #Teknik urutan jari yang mudah dan melegakan #teknik urutan terapi jari tangan #urut #urutan terapi jari

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Cara Rawatan Awal Gatal-gatal Pada Kulit
Gatal kulit boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk tindak balas alahan, kulit kering,
Penyakit TB : Cara Tersebar Penyakit Tuberkulosis (TB) Gejala dan Pencegahan
Tuberkulosis (TB) adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis. Penyakit ini
Vaksinasi Hepatitis B : Adakah Ia Perlu?
Vaksin hepatitis B adalah cara yang paling berkesan untuk mencegah jangkitan virus hepatitis

Leave a reply "Teknik Urutan Jari Yang Mudah Dan Melegakan. Anda Boleh Cuba!"