4 Minuman Ini Boleh Atasi Masalah Insomnia & Sukar Tidur!

Rawat Masalah Insomnia & Sukar Tidur

Insomnia atau tidak boleh tidur pada waktu malam sangat menjengkelkan sehingga boleh membuatkan tubuh badan kita kurang bermaya dan tidak bertenaga di pagi hari.

Malah, masalah ini juga mampu membangkitkan mood yang kurang baik di waktu pagi serta mengundang pelbagai penyakit yang serius.

Sekadar info, sindrom ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia muda atau tua.

Dipetik dari laman Teen.co Indonesia, terdapat 4 jenis minuman yang boleh diamalkan bagi mengatasi masalah Insomnia ini.

Nak tahu dengan lebih lanjut, jom baca artikel dibawah. Selamat membaca!

1. Susu Panas

Pastinya anda semua sudah mengetahui bahawa susu panas benar-benar dapat membantu kita untuk segera tidur dengan cepat. Tidak dinafikan, susu sangat kaya dengan kalsium yang mampu membuat anda menjadi tenang dan boleh tidur nyenyak.

2. Coklat Panas

Di samping susu panas, coklat panas merupakan pilihan bijak buat anda yang menghidap insomnia jika ingin tidur cepat. Seperti susu panas, coklat panas turut memberikan ketenangan kepada saraf sehingga anda cepat melelapkan mata. Buat yang tidak menggemari susu, bolehlah digantikan dengan coklat panas.

3. Teh Pudina

Kalau nak tahu, teh juga boleh membantu anda cepat tidur selain suau panas dan coklat panas. Apakata anda mencuba teh pudina atau peppermint tea yang dipercayai boleh menghilangkan tekanan dimana ketegangan otot dan saraf menjadi rileks. Oleh itu, anda tidak akan susuh untuk tidur lagi.

4. Teh Chamomile

Bukan sahaja teh pudina nampaknya teh chamomile juga boleh membantu anda mengatasi masalah insomnia. Selain rasanya yang sedap, teh ini memberikan rasa yang menenangkan dan nyaman apabila meminumnya sehingga membuatkan anda rasa cepat mengantuk dan terus tidur.

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #cara nak mudah tidur #minuman supaya lekas mengantuk #Petua Mudah Rawat Masalah Insomnia #petua mudah tidur #rawat insomnia #sukar lelapkan mata #susah tidur #Tips Atasi Masalah Insomnia

Panduan Mudah Menanam Bayam Dalam Pasu
Bayam atau dalam bahasa Inggerisnya dikenali sebagai ‘Spinach’ adalah spesies Amaranthus gangeticus yang
Tips Menanam Sayur Di Ruangan Sempit
Berkebun dengan menggunakan bekas seperti botol plastik, polibeg atau pasu boleh menjadi satu perkara yang menyeronokkan. Hal ini amat sesuai
Ini Ciri-Ciri Perempuan Yang Dibenci Lelaki
Ciri-Ciri Perempuan Yang Dibenci Lelaki Kaum lelaki memang sempoi dan adakalanya agak selekeh,
Elak Mata Cepat Rabun. Amalkan Petua Ini!
Petua Elak Mata Cepat Rabun Mengikut statistik setiap tahun, lebih dari 30% penduduk Malaysia

Comments are closed.