Benarkah Pokok Ini Dikaitkan Sebagai Tempat Tinggal Makhluk Halus?

Pokok Penghuni Makhluk Halus Alam Ghaib

Pernahkah anda terdengar cerita dari rakan-rakan ataupun kenalan tentang kisah pokok berhantu? Ataupun pernahkah anda sendiri mempunyai pengalaman seram diganggu atau terserempak dengan makhluk halus yang berada di atas pokok atau berhampiran dengan pokok yang besar?

Pokok juga dipercayai menjadi tempat tinggal hantu atau makhluk halus. Ada beberapa jenis pokok yang menjadi tempat kesukaan untuk hantu atau makhluk halus bertenggek di atas dahan pokok tersebut. Selain itu, ada juga pokok yang menjadi tempat tinggal makhluk halus.

Orang-orang tua juga selalu berpesan supaya jangan sesekali bermain atau kencing di bawah pokok atau berhampiran dengan pokok-pokok besar yang rendang kerana dikhuatiri tersampuk. Sebagai makhluk Allah SWT, kita sebagai manusia yang terbatas hijab penglihatan tidak dapat mengelak sekiranya secara tidak sengaja mengganggu kawasan yang dihuni oleh makhluk ghaib. Seeloknya, lindungi diri dengan berdoa dan hanya perlindungan daripada Allah SWT yang diminta agar terhindar daripada gangguan makhluk halus.

Berikut merupakan antara jenis pokok yang sering dikatakan dihuni oleh makhluk halus atau dijadikan sebagai tempat mereka bermain. Jika tidak dihuni sekalipun, mungkin pokok itu sekadar dijadikan sebagai tempat persinggahan.

Pokok Kekabu

pokok-kekabu-e1504803768159-300x300 Benarkah Pokok Ini Dikaitkan Sebagai Tempat Tinggal Makhluk Halus?

Pokok kekabu merupakan pokok yang menjadi tempat tinggal pontianak atau lebih dikenali sebagai kuntilanak bagi negara jiran kita iaitu negara Indonesia. Buah kekabu itu biasanya akan dijadikan sebagai isi bantal dan tilam setelah kulit buah kekabu dan bijinya dibuang.

Pokok Ciku

pokok-ciku-300x300 Benarkah Pokok Ini Dikaitkan Sebagai Tempat Tinggal Makhluk Halus?

Pokok ciku adalah tempat tinggal pontianak dan genderuwo. Sebaik-baiknya cuba elakkan dari melalui pokok ini jika sudah memasuki waktu Maghrib kerana biasanya pada masa itu, hantu penunggu pokok ciku sedang berkeliaran. Yang pasti, buah ciku sangat sedap. Rasanya manis melekat!

Pohon Beringin

pokok-beringin-300x300 Benarkah Pokok Ini Dikaitkan Sebagai Tempat Tinggal Makhluk Halus?

Pohon beringin adalah tempat tinggal genduruwo, terutamanya pohon beringin yang sudah tua dan berjanggut dengan akar-akarnya yang tergantung dari atas pokok. Genduruwo adalah nama bagi hantu yang terkenal di negara jiran kita iaitu Indonesia. Jika ada orang yang mematahkan akar beringin yang berjuntai itu dan kebetulan ada genderuwo yang tinggal di situ, makhluk ini akan marah dan akan membuatkan orang tersebut jatuh sakit. Jika tidak diubati dengan segera oleh orang yang arif tentang makhluk halus maka nyawa akan menjadi taruhannya.

Pokok Asam Jawa

pokok-asam-jawa-300x300 Benarkah Pokok Ini Dikaitkan Sebagai Tempat Tinggal Makhluk Halus?

Pokok asam jawa biasanya menjadi tempat tinggal pocong atau pontianak terutamanya pokok asam jawa yang telah matang dan umurnya sudah mencecah bertahun-tahun.

Pokok Ara

pokok-ara-300x300 Benarkah Pokok Ini Dikaitkan Sebagai Tempat Tinggal Makhluk Halus?

Sekilas pandang, pokok ara hampir serupa dengan pokok beringin dan merupakan tempat tinggal bagi segala macam jenis hantu.

Pokok Saga

pohon-saga-300x300 Benarkah Pokok Ini Dikaitkan Sebagai Tempat Tinggal Makhluk Halus?

Pokok saga adalah pokok yang sangat besar, rendang dan tinggi. Malah pokok saga telah tua memberi impak yang sangat menyeramkan. Oleh itu, ia memang sesuai menjadi tempat tinggal hantu. Namun begitu, tidak dapat dipastikan hantu apa yang menghuni pokok saga tetapi pokok ini dipercayai menjadi tempat tinggal hantu.

Pokok Pisang

pisang-300x300 Benarkah Pokok Ini Dikaitkan Sebagai Tempat Tinggal Makhluk Halus?

Pokok pisang terutamanya pokok pisang yang berkumpul serumpun merupakan tempat tinggal pontianak dan pocong.

Pokok Bacang

buah-bacang-300x300 Benarkah Pokok Ini Dikaitkan Sebagai Tempat Tinggal Makhluk Halus?

Pokok bacang biasanya dijadikan sebagai tempat bermain oleh toyol. Buah dari pokok bacang hampir sama dengan buah mangga, cuma bentuk buah bacang lebih bulat dan mempunyai serat yang lebih banyak.

Pokok Sukun

pokok-sukun-300x300 Benarkah Pokok Ini Dikaitkan Sebagai Tempat Tinggal Makhluk Halus?

Pokok sukun biasanya menjadi tempat tinggal pocong.

Pokok Buluh

buluh-300x300 Benarkah Pokok Ini Dikaitkan Sebagai Tempat Tinggal Makhluk Halus?

Pokok buluh adalah salah satu pokok yang disukai oleh pontianak dan akan dijadikan sebagai tempat tinggalnya. (Kecuali pokok buluh kuning)

Pokok Nangka

pokok-nangka-300x300 Benarkah Pokok Ini Dikaitkan Sebagai Tempat Tinggal Makhluk Halus?

Pokok nangka turut dipercayai menjadi tempat tinggal hantu.

Loading...

Tags: #alam ghaib #cara melihat makhluk halus #cara mengetahui makhluk halus yang mengikuti kita #ciri ciri makhluk halus datang #dimana tempat mahkluk halus tinggal #hantu #hantu pari #hantu raya #kawasan hantu tinggal #kawasan jin tinggal #makhluk halus #makhluk halus penjaga manusia #Pohon Beringin #Pokok Ara #Pokok Asam Jawa #Pokok Bacang #Pokok Buluh #Pokok Ciku #pokok digemari hantu #pokok jin suka duduk #Pokok Kekabu #pokok makhluk halus suka #Pokok Nangka #Pokok Pisang #pokok pontianak #Pokok Saga #Pokok Sukun #pokok yang berhantu #pokok yang dihuni hantu #pokok yang disukai hantu #pokok-penghuni-makhluk-halus-alam-ghaib #pontianak #tanda tanda ada makhluk halus #tanda tanda makhluk halus dalam rumah #tempat tinggal alam ghaib #tempat tinggal hantu #Tempat Tinggal Makhluk Halus

Tragedi Nakba 1948 : Pembetukan Negara Haram Israel
Nakba (malapetaka atau tragedi dalam bahasa Arab) merujuk kepada peristiwa yang berlaku pada
Kaitan Bangsa Yahudi dengan Nabi Yusuf A.S
Makam Nabi Yusuf A.S Makam Nabi Yusuf adalah tempat suci dalam Islam dan
Negara Mana Miliki Kapal Pengangkut Pesawat @ Aircraft Carrier?
Sesetengah negara mempunyai kapal pengangkut pesawat (aircraft carrier) sebagai sebahagian daripada kekuatan tentera
Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi

Comments are closed.