Tempat Makan Tengahari Paling Best Di Tak Bai, Narathiwat, Thailand

Pekan Takbai

Pekan Tak Bai terletak di wilayah Narathiwat, Thailand. Pekan ini dipisahkan melalui sungai Golok yang menjadi sempadan antara dua negara iaitu Malaysia dan Thailand. Memandangkan sempadan antara dua negara ini hanya dipisahkan melalui jalan air, pergerakan keluar masuk penduduk antara dua negara berjiran ini dilihat sangat akrab. Maka, tidak hairanlah kegiatan ekonomi di kawasan sempadan ini sangat rancak saban hari. Daerah Tumpat merupakan salah satu daerah paling hampir dengan Thailand. Seperti anda sedia maklum, terdapat tiga pekan utama di Kelantan yang menjadi pintu masuk Malaysia ke Thailand iaitu pekan Bukit Bunga, Jeli, pekan Rantau Panjang, Pasir Mas dan Pengkalan Kubur, Tumpat.

Namun pekan yang paling hampir dengan daerah Tak Bai ialah pekan Pengkalan Kubur. Untuk ke pekan Tak Bai, anda perlu menyeberangi sungai Golok dengan menggunakan feri atau menggunakan sampan enjin sangkut dipangkalan yang telah ditetapkan. Jika anda memilih menyeberangi menggunakan sampan enjin sangkut, tambang yang dikenakan adalah sekitar RM3.00 satu orang bagi perjalanan satu hala. Terdapat dua pangkalan bagi pengangkutan melalui sampan enjin sangkut iaitu di pangkalan Mara dan pangkalan Sri Kebun. Harus diingatkan di sini, tiada jaminan oleh kerajaan jika keluar negara melalui jalan yang tidak sah. Oleh yang demikian, terpulang kepada kebijaksanaan anda.

Berbalik kepada topik apa yang menarik di sini. Saya amat tertarik kepada menu masakan di daerah Tak Bai ini. Kali ini saya memilih sebuah kedai yang terletak 500 meter daripada jeti Tak Bai. Sebenarnya saya tidak pernah mengetahui nama sebenar kedai makan tersebut, namun penduduk di kawasan ini menamakan kedai tersebut dengan nama “Kedai Hijau”. Mungkin disebabkan oleh bangunan kedai itu dicat dengan warna hijau.

Jika anda berpeluang ke sini, saya mengesyorkan anda untuk berkunjung dan merasa dua jenis menu yang popular di kedai ini iaitu Udang Goreng dan Tenggiri Masak Merah (Songkren). Sukar untuk saya menerangkan di sini mengenai rasa dua jenis masakan ini. Apa yang pasti, anda tidak mungkin kecewa. Jadi saya tinggalkan kepada anda untuk merasainya sendiri dua masakan ini. Setakat ini sahaja edisi makan pada kali ini. Jumpa lagi di edisi seterusnya.

Pemandangan sempadan Malaysia-Thailand dari Tak BaiPasar Tak Bai menjadi tumpuan rakyat Malaysia untuk membeli hasil pertanian dengan harga menarik.

Pemandangan pangkalan sampan bersebelahan Marine Polis Unit, Tak BaiLokasi kedai Hijau dengan Tak Bai check point melalui Google Map.Jalan menuju lokasi.

Tenggiri Masak Merah atau Songkren.

Udang Goreng

Carian Berkaitan

shopping di tak bai, pekan tak bai thailand, tempat menarik di tak bai, apa yang best kat tak bai, jalan di tak bai, Makan area tak bai, pekan tak bai
Loading...

Tags: #edisi makan #ikan tenggiri masak merah #kedai hijau tak bai #makan tengahari di tak bai #makan tengahari paling best di tak bai #Narathiwat #Tak Bai #tempat makan paling best di tak bai thailand #udang goreng

5 Aiskrim Unik Ini Perlu Anda Cuba Jika Ke Luar Negara!
Tidak dapat dinafikan bahawa aiskrim bukan hanya disukai oleh kanak-kanak malahan menjadi kegilaan
Aplikasi Menempah Hotel Termurah Pilihan Ramai Wajib Ada Dalam Telefon Pintar Anda!
Perancangan sebelum bercuti adalah penting kerana menentukan sama ada percutian kita nantinya akan
5 Rumah TERBALIK Popular Di Malaysia Jadi Tarikan Pelancong!
Malaysia kaya dengan pelbagai budaya serta destinasi pelancongan yang menarik dan popular. Selain
Ketahui 10 Air Terjun Tertinggi Di Dunia!
Pernahkah anda mengetahui apakah air terjun yang tertinggi di dunia dan di manakah
  1. author

    Azhan12 months ago

    Untungla dapat makan free

  2. author

    Sihat Ceria12 months ago

    Nampak menyelerakan … tapi across the border 🙁

  3. author

    Ina12 months ago

    Belum pernah sampai lagi ke negara2 jiran. Moga ada rezeki nanti jalan2 sana 🙂