Membina Rumah Tradisi Modern Yang Menarik

Rumah Tradisi Corak Moden

Membina rumah atas tanah sendiri menjadi impian setiap individu. Kalau dah ada modal yang cukup atau berjaya mendapatkan pinjaman perumahan, bolehlah kita mula merancang dan melihat contoh rumah idaman yang diinginkan. Ada yang suka rumah corak kampung dan ada juga yang minat rumah corak moden. Namun, dalam membina rumah idaman, kita perlu membuat kajian tapak dan lokasi tanah yang akan dibina.

Sebagai contoh, adalah kawasan tersebut berlaku banjir besar dalam tempoh 10 tahun? Kita juga perlu melihat status tanah yang akan dibangunkan. Adakah ia terlalu rendah dan berapakah kos bagi meratakan dan menambun tanah? Semua ini perlu diambil perhatian serius sebelum kita membina rumah idaman.

Selepas perkara-perkara tersebut diambilkira. Maka, bolehlah kita mula melihat contoh rekabentuk rumah yang akan kita dirikan. Maklumlah, membina sebuah rumah memerlukan kos yang besar dan tiada hasil yang dijanakan kembali melalui projek membina rumah sendiri ini. Lainlah jika anda bercadang menjual kembali rumah tersebut dengan harga yang menguntungkan.

Kini terdapat banyak contoh rumah bungalow yang dibina dengan hanya merujuk brochure projek pemaju perumahan. Atau hanya perlu google dalam internet. Sangat mudah! Saya amat tertarik dengan beberapa design rumah dibawah ini kerana kerangka rekabentuk rumah yang bertiang tinggi seperti rumah kampung. Tiang tapak rumah yang tinggi ini memberikan keunikkan tersendiri. Rekabentuk rumah seperti ini dapat mengelak dari terkena banjir selain mengurangkan kos dalam menyediakan tapak tanah yang tinggi dengan proses menambun tanah.

Selain bentuk yang menarik, rumah seperti ini boleh digayakan dengan hiasan landskap yang ternyata sangat berbeza dengan rumah bungalow moden. Berikut merupakan contoh rumah yang dimaksudkan ;

Rumah resort tepi pantai.

Rekabentuk rumah kampung moden.

Rumah style resort 4 bilik tidur.

Rumah tinggi luas.

Rekabentuk rumah bungalow menarik Thailand.

Rumah bungalow bertangga dengan rekabentuk ala kampung.

Rumah bungalow corak kampung.

Rekabentuk rumah bungalow menarik tapak tinggi.

Rumah bungalow rekabentuk resort

Carian Berkaitan

rumah kampung bertiang
Loading...

Tags: #design rumah gaya resort #gambar rumah moden tradisi #gaya rumah moden tradisi #rekaan rumah tradisi moden #rumah banglo #rumah banglo ala kampung #rumah moden tradisi #rumah resort #rumah sederhana tinggi #rumah tradisi moden #rumah tradisi pattern moden

Bekam. Fahami Dengan Jelas Apakah Manfaat Rawatan Ini!
Apa Itu Rawatan Bekam? Bekam atau ‘al-Hijamah’ adalah salah satu rawatan perubatan Islam
Tanda-tanda Kebaikan Bakal Anda Perolehi Jika Didatangi Kucing Jalanan
Kucing adalah seekor haiwan peliharaan yang manja dan lucu. Disamping ia juga seekor
Contoh Format Resume Memohon Kerja Terbaik Dan Lengkap
Apa itu resume? Resume adalah satu dokumen ringkas namun padat yang menggambarkan profil diri,
Cara Melatih Anak Supaya Solat 5 Waktu
Untuk mengajarkan anak kecil solat memang amanah yang sukar. Apatah lagi untuk solat

Leave a reply "Membina Rumah Tradisi Modern Yang Menarik"