Rawat Kencing Manis, Diabetis Dengan Buah Peria Katak

11112

Pengenalan

Penyakit kencing manis atau diabetes adalah antara penyakit paling banyak dihidapi oleh rakyat Malaysia. Ada penghidap kencing manis yang mendapat kencing manis dari sejak lahir lagi. Namun, secara kebiasaanya, penyakit ini menyerang mereka yang berusia 40 an ke atas. Tetapi kini, jika kita sering mengambil gula dengan kadar yang tidak sihat, kita mungkin berisiko mengidap penyakit ini.

Khasiat Buah Peria Katak

Pengenalan Peria Katak atau dalam bahasa Inggeris disebut Bitter gourd dan Bitter melon adalah sejenis sayur buah yang paling pahit di dunia ini ditanam sebagai tanaman makanan. Nama saintifiknya ialah Momordica charantia dan ia tergolong dalam famili tumbuhan Cucurbitaceae. Pokok ini adalah sejenis pokok herba menjalar dan banyak tumbuh di Asia seperti China, India, kepulauan.

Peria yang merupakan sejenis sayuran pahit dan kurang digemari ini sebenarnya mengandungi Insulin yang juga dihasilkan oleh organ pankreas di dalam tubuh manusia. Insulin membantu menukarkan glukosa dalam makanan kepada tenaga untuk tubuh badan. Apabila tubuh badan dipenuhi dengan lemak yang berlebihan atau pankreas tidak mampu mengeluarkan insulin, tenaga tidak dapat dihasilkan dan menyebabkan kandungan gula dalam darah semakin tinggi.

Ciri-ciri tumbuhan peria katak (Momordica charantia)

Peria yang mengandungi insulin semulajadi boleh digunakan untuk merawat diabetes. Cara yang paling mudah, jadikan ia jus, kisar peria bersama epal dan minum setiap hari. Pesakit diabetis disarankan mengambil peria sebagai menu harian kerana peria dapat mengawal kandungan glukosa dalam darah. Kalau anda tidak mempunyai masa untuk menyediakan bahan mentah, boleh juga dapatkan herba peria ini dalam bentuk capsule. Mudah dan cepat. Yang penting, kita kenalah konsisten dan jangan lupa berpantang.

peria katak Bitter gourd, Bitter melon, Momordica charantia

Buah peria katak Bitter gourd, Bitter melon, Momordica charantia


Artikel Berkaitan

Tags: #cara peria katak ubati kencing manis #herba ubati kencing manis #khasiat peria katak #Momordica charantia #nama saintifik peria katak #peria katak #ubat kencing manis

Punca, Tanda Awal Kanser Prostat Lelaki
Kalenjar prostat Prostat adalah kelenjar kecil di pelvis lelaki yang merupakan sebahagian daripada
Makanan Eksotik Paling Seram Dalam Dunia
Mungkin pada zaman dahulu, makan makanan yang pelik atau lebih dikenali sebagai hidangan
Tanda Awal Kehamilan Bagi Wanita
Tanda awal kehamilan bagi wanita Kitaran haid menjadi lambat daripada biasa Payudara membengkak
Ketahui Tanda Awal Kanser Payudara
Tanda barah payudara Pesakit menyedari kehadiran penyakit ini dengan berlaku ketulan ketumbuhan, pengeluaran cecair

Leave a reply "Rawat Kencing Manis, Diabetis Dengan Buah Peria Katak"