Ketahui Empat Jenis Kucing Kampung Dan Tabiatnya


Ketahui Empat Jenis Warna Kucing Kampung Dan Tabiatnya

Warna Hitam Putih

Memiliki 2 warna yang berbeza iaitu hitam dan putih kucing ini sama seperti kucing kampung merah bata. Kucing ini juga tipikal yang pemalas tetapi masi boleh diajar. Namun yang membezakan kucing kampung hitam putih dengan kucing kampung merah bata adalah kucing kampung hitam putih lebih gemar berburu dan bertengkar sesamanya.

Warna Merah Bata

Kucing kampung jenis ini merupakan kucing kampung yang paling sering kita jumpa. Ia merupakan jenis kucing yang penurut dan manja. Kucing jenis ini lebih suka dimanja, disayang dengan cara mengurut bahagian perutnya. Tak hairan pula kucing jenis ini merupakan kucing kampung yang paling dilukai oleh wanita. Namun sangat disayangkan, jenis kucing kampung ini merupakan kucing kampung yang tidak pandai berburu, jadi jangan hairan jika kucing ini lebih suka melepak di rumah daripada berkeliaran mencari mangsa seperti tikus.

Warna Putih

Putih merupakan lambang kesucian dan bersih dan kecantikan. Memiliki warna putih yang cerah menjadikan kucing kampung putih ini sangat disukai para peminat kucing. Namun yang perlu perhatikan jika ingin memelihara kucing kampung putih ini, kita harus rajin membersihkannya kerana bulu yang putih akan mudah tercemar jika tidak dijaga dengan rapi. Pengguna shampoo khas dapat membantu memelihara kucing jenis ini. Kucing jenis ini biasanya amat rajin dan suka bermain, namun kucing jenis ini juga tidak pandai berburu. Selain itu, kucing ini sering dikaitkan dengan masalah kesihatan dan mudah sakit. Oleh yang demikian, ia memerlukan pemeriksaan kesihatan yang lebih kerap.

Warna Berbelang Tiga

Kucing ini memiliki sifat yang pintar dan juga tangkas. Kucing jenis ini suka berkeliaran, dan juga suka bertengkar. Namun, ia mempunyai peminat yang agak ramai kerana kombinasi warna yang menarik.

Loading...

Tags: #cara kenal tabiat kucing kampung #cara nak kenal kucing #cara tengok tabiat kucing berdasarkan warna badan #perilaku kucing dan warna badan

Tips Halau Kucing Liar Dari Kawasan Rumah Anda
Jika anda ingin mengeluarkan kucing liar dari kawasan rumah anda atau menghentikan tingkah
Kucing Anda Terlalu Gemuk : Bagaimana Mengatasi Masalah Ini?
Bagi kucing yang mempunyai berat badan berlebihan atau obes, perubahan diet dan gaya
Petanda Kucing Peliharaan Anda Sakit
Tanda-tanda kucing sakit boleh berbeza-beza bergantung pada jenis penyakit atau keadaan kesihatan yang
Tanda-tanda Kebaikan Bakal Anda Perolehi Jika Didatangi Kucing Jalanan
Kucing adalah seekor haiwan peliharaan yang manja dan lucu. Disamping ia juga seekor

Leave a reply "Ketahui Empat Jenis Kucing Kampung Dan Tabiatnya"