Pesanan Rasulullah SAW Terhadap Kaum Wanita & Isteri

Wasiat Rasulullah Kepada Kaum Hawa

Pesanan Rasulullah SAW Terhadap Kaum Wanita Menurut Hadith Sahih :

  1. Wanita yang taat pada suaminya, semua burung-burung di udara, ikan-ikandi air, malaikat-malaikat di langit , matahari dan bulan semuanya beristighfar baginya, selama mana ia masih taat pada suaminya dan diredhainya.
  2. Wanita yang bermasam muka, menyebabkan tersinggung hati suami, maka wanita tersebut dimurkai Allah, sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.
  3. Wanita yang lari dari rumah suaminya, tidak diterima solatnya, sehingga ia kembali dan mengulurkan tangannya kepada suaminya meminta maaf.
  4. Wanita yang keluar rumah dengan memakai bau-bauan berjalan melintasi satu kaum ( lain, yang ajnabi ) agar mereka tercium bau harumnya, maka ia adalah perempuan zina dan setiap mata yang memandangnya itu berzina.
  5. Wanita hendaklah mendahului hak suaminya atas hak dirinya sendiri dan seluruh kaum kerabatnya.
  6. Wanita yang berkata pada suaminya “Tidak pernah aku mendapat darimu satu kebaikan pun” Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun. Walaupun ia berpuasa di siang hari dan beribadah pada malam hari.
  7. Wanita apabila mulai sakit untuk bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang-orang yang berjihad pada jalan Allah.
  8. Wanita apabila melakukan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya, serta taat akan suaminya, masuklah ia dari pintu syurga mana-mana sahaja yang ia kehendaki.
  9. Wanita yang sebaiknya ialah apabila engkau memandang, akan menggembirakan engkau, jika engkau menyuruh ia taati dan jika engkau tiada di rumah, dijaganya harta engkau dan dirinya.
  10. Wanita yang meminta suaminya mentalakkannya dengan tiada sebab yang dibenarkan syarak haramlah baginya bau syurga.
  11. Wanita apabila dipanggil ke tempat tidur, tetapi ditolaknya, maka marahlah suaminya, akan tidur wanita itu dalam laknat malaikat sehingga pagi.
  12. Wanita yang keluar rumah tanpa izin suaminya, akan berada dalam kemurkaan Allah sehingga ia kembali ke rumah.
  13. Wanita yang mengandung, para malaikat akan beristighfaar untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebaikan dan menghapuskan darinya seribu kejahatan.
  14. Wanita yang bersolat dengan tidak mendoakan suaminya, maka akan ditolak solatnya.
  15. Wanita yang berdiri di atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari api neraka.
  16. Wanita yang membuat kebaikan pada suaminya, dengan meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong misainya dan mengguntingkan kukunya, memberi minum, Allah akan sediakan dia dari sungai-sungai syurga, serta diringankan Allah baginya sakaratul-maut dan kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga, serta mencatatkan Allah bagi kelepasan dari neraka dan selamat ia melintasi Titian Siratul Mustaqim.
  17. Wanita yang menderhaka ialah apabila menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya, keluar rumah tanpa izin suaminya, selama suami ada di rumah atau tidak, keluar belajar ilmu yang bukan fardhu ‘ain, enggan bersama suami, mengunci pintu tidak membenarkan suami masuk ketika suami ingin masuk, bermasam muka ketika berhadapan dengan suami, meminta cerai, bercakap kasar, berpaling atau membelakangi ketika bercakap, menyakiti hati suami dengan perkataan atau perbuatan, meninggalkan tempat tidur, membenarkan masuk ke rumah orang yang tidak disukai suami.
  18. Wanita yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan ia ke dalam syurga lebih dahulu dari suaminya, kerana ia memuliakan suaminya di dunia, maka ia mendapatkan pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya.
Loading...

Tags: #Pesanan Rasulullah SAW Terhadap Wanita #wasiat nabi muhammad saw. terhadap kaum perempuan #wasiat rasulullah kepada isteri #Wasiat Rasulullah Kepada Wanita Muslimah Saat Berhubungan Suami Isteri #Wasiat Rasulullah Untuk para Isteri

Kaitan Bangsa Yahudi dengan Nabi Yusuf A.S
Makam Nabi Yusuf A.S Makam Nabi Yusuf adalah tempat suci dalam Islam dan
15 Perkara Yang Menurunkan Bala Kepada Umat Akhir Zaman
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a Rasulullah saw bersabda ; “Apabila umatku telah
Peperangan Khandak Dalam Sejarah Perkembangan Islam
Perang Khandak, juga dikenali sebagai Perang Parit, adalah pertempuran yang berlaku pada 5
Peperangan Uhud Dalam Sejarah Perkembangan Islam
Perang Uhud adalah pertempuran penting yang terjadi pada tahun 3 Hijriah (sekitar Oktober

Comments are closed.