5 Trivia Tentang Chester Bennington, Vokalis Kumpulan Linkin Park Yang Meninggal Dunia

Linkin Park Chester Dead

Pada tanggal 20 Julai 2017, dunia muzik antarabangsa dikejutkan dengan berita kematian vokalis kumpulan Linkin Park, Chester Bennington di usia 41 tahun.

Chester ditemui meninggal dunia akibat bunuh diri di kediamannya di Palos Verdes Estates, Los Angeles.

Berita sedih ini bukan sahaja mengejutkan ramai rakan selebriti antarabangsa malahan seluruh peminatnya turut merasai kehilangan anak kelahiran Arizona, Amerika Syarikat berkenaan.

Berita duka ini mendapat liputan luas sehingga tular di laman-laman sosial dunia tidak kecuali di Malaysia.

Sedar atau tidak, Chester telah menganggotai Linkin Park selama lebih 15 tahun.

Linkin Park merupakan kumpulan sebuah band metal yang berasal dari California, Amerika Syarikat dan dibarisi oleh Chester, Mike Shinoda, Tob Bourdon, Brad Delson, Dave Farrell dan John Hahn.

Antara lagu-lagu popular band ini adalah Crawling, One Step Closer, Somewhere I Belong, Numb, What I’ve Done, Castle Of Glass, Shadow Of The Day dan Breaking The Habit.

Sepanjang bergelar anak seni, kumpulan ‘ikonik’ ini turut menerima pelbagai anugerah dan penghargaan termasuklah The Best Rock di MTV Europe Music Awards 2014, The Best World Stage Performance di MTV Europe Music Awards 2013, Favorite Alternative Artist di America Music Awards 2012 dan Best Rap/Song Collaboration di Grammy’s Awards 2006.

Kami di EncikShino.com mengucapkan salam takziah buat keluarga Chester.

Dalam menghargai karier seninya, penulis senaraikan lima trivia tentang Chester Benningston buat tatapan para pembaca. Jom kita semak!

1. Sertai Dua Kumpulan Lain Sebelum Linkin Park

Sebelum menyertai Linkin Park, Chester pernah menganggotai kumpulan muzik beraliran post grunge bernama Grey Daze. Menerusi kumpulan tersebut, sebanyak tiga album diterbitkan iaitu Demo (1993), Wake/Me (1994) dan No Sun Today (1997). Pada 1998, Chester membuat keputusan untuk keluar dari kumpulan berkenaan. Di awal karier muzik Chester, beliau pernah menjadi vokalis untuk kumpulan Sean Dowdell & His Friends sebelum bergabung dengan Grey Daze. Beliau juga pernah bekerja di restoran makanan segera, Burger King sebelum terjun ke dunia seni muzik.

2. Jadi Vokalis Linkin Park

Sebelum menganggotai Linkin Park, Chester ditawarkan oleh wakil pimpinan A&R di Zomba Music Los Angelos iaitu Jeff Blue untuk menghadiri ujibakat mencari vokalis sebuah band bernama Xero sebelum namanya diubah menjadi Linkin Park. Akhirnya, Chester berjaya mengisi posisi vokalis kumpulan itu bersama-sama Mike Shinoda. Album pertama mereka berjudul Hibrid Theory diterbitkan pada 24 Oktober 2000 dan berjaya dijual sebanyak 10 juta unit Sejak itu, nama kumpulan ini meroket di seantero dunia termasuklah di Malaysia sendiri.

3. Jadi mangsa buli dan perlakuan seksual

Ketika kecil, Chester pernah menjadi mangsa buli dan perlakuan seksual sejak di usia 7 tahun. Dalam mengatasi masalah kekecewaan tersebut, bapa kepada enam cahaya mata ini menulis lirik lagu dan mula berani menceritakan kisah yang telah dialaminya terutamanya masalah perlakuan seksual kepada bapanya.

4. Berkahwin sebanyak dua kali

Chester menamatkan zaman bujang dengan berkahwin dengan wanita bernama Samantha Olit pada 1996 sebelum bercerai pada 2005. Hasil perkahwinan itu, Chester dan bekas isteri dikurniakan seorang cahaya mata bernama Draven Sebastian. Pada 2006, Chester berkahwin buat kali kedua dengan Talinda Bentley yang merupakan bekas model majalah Playboy. Menerusi perkahwinan berkenaan, pasangan ini dianugerahkan tiga orang anak iaitu Tyler Lee, Lila dan Lilly. Chester juga mempunyai seorang anak lelaki dari bekas kekasihnya Elka Brand iaitu Jamie. Malahan, figura ini turut mengambil seorang anak angkat dari Elka bernama Isaiah pada tahun 2006. Paling menarik, isterinya (Talinda) menerima kehadiran anak-anak itu dengan gembira.

5. Terjebak Dengan Najis Dadah & Alkohol

Chester mengakui pertama kali menghisap ganja ketika ibu bapanya bercerai pada usianya 11 tahun. Bermula dengan ganja, pelantun lagu In The End ini mencuba kokain dan syabu. Pernah dilarang keluar rumah seketika apabila ibunya mengetahui masalah kecanduannya terhadap dadah saat berumur 17 tahun. Namun, figura ini berjaya mengatasi masalah ketagihan tersebut. Beliau juga pernah memasuki pusat pemulihan akibat masalah dadah dan alkohol yang teruk.

Biodata Ringkas Chester Bennington

Nama Penuh: Chester Charles Bennington
Nama Komersil: Chester Bennington
Nama Panggilan: Chazzy Chaz, Chester The Molester dan The Chemist
Tarikh Lahir: 20 Mac 1976
Umur: 41 Tahun (2017)
Zodiak: Pisces
Asal: Phoenix, Arizona, Amerika Syarikat
Kerjaya: Penyanyi, Pemuzik dan Penulis Lirik
Warganegara: Amerika Syarikat

chester-linkin-park-300x300 5 Trivia Tentang Chester Bennington, Vokalis Kumpulan Linkin Park Yang Meninggal Dunia

Linkin-Park-Chester-Bennington-Dead-300x300 5 Trivia Tentang Chester Bennington, Vokalis Kumpulan Linkin Park Yang Meninggal Dunia

azlan-150x150 5 Trivia Tentang Chester Bennington, Vokalis Kumpulan Linkin Park Yang Meninggal Dunia

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Chester Bennington #Chester Bennington #chester bennington age #chester bennington family #chester bennington funeral #chester bennington height #chester bennington how did he die #Chester Bennington Linkin Park #chester bennington net worth #chester bennington songs #Chester Vokalis Linkin Park #kematian chester linkin park #Linkin Park #r.i.p chester linkin park #talinda bennington #Trivia Chester Linkin Park #Vokalis Kumpulan Linkin Park Meninggal Dunia #Vokalis Linkin Park

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.