Cara Memelihara Anak Kucing Terbiar


Anak kucing terbiar

Seekor anak kucing mungkin memerlukan perawatan khusus jika anak kucing itu kematian induk atau dipisahkan. Dalam pemeliharaan kucing liar, anak kucing mungkin sengaja diambil dari induknya untuk dijinakkan. Anak-anak kucing sebenarnya tidak boleh dipisahkan dari induknya, sebelum usianya mencapai 5 hingga 6 minggu. (Bagi anak kucing liar, anda perlu memisahkan dari induknya pada usia 4 minggu untuk dijinakkan.) Ini kerana ketika mereka membesar, proses menjinakkan kucing akan menjadi sukar.

Semakin lama seekor induk kucing menyusukan anaknya, maka semakin sihatlah anak kucing tersebut. Hal ini kerana bayi kucing memerlukan susu ibunya sebagai nutrisi terbaik dan juga untuk daya tahan penyakit. Daya tahan penyakit pasif ini bertahan hingga anak kucing mencapai usia 6 hingga 14 minggu. Kekurangan nutrisi dalam susu menyebabkan penyakit kepada anak kucing.

Jika dijumpai anak kucing yang belum bercerai susu, maka anak kucing tersebut boleh ditumpangkan dengan ibu  kucing lain yang menyusu. Seekor kucing biasanya akan menyusukan anak kucing lain selain anak mereka sendiri.

Kaedah rawatan dan penjagaan anak kucing yang terbiar :

  • Elakkan anak kucing itu daripada kesejukkan dengan cara membalut dengan tuala untuk memanaskan badan.
  • Bawa anak kucing ke klinik haiwan untuk pemeriksaan kesihatan lanjut.
  • Jika anak kucing itu masih kecil, gunakan picagari atau bekas titisan untuk menitis susu ke dalam mulut anak kucing. Jangan terlalu banyak, dan elakkan dari tersedak susu atau susu masuk ke dalam paru-paru.
  • Jika bayi kucing tersebut sudah cukup besar untuk menyusu sendiri, maka sebaiknya memakai botol susu khas yang boleh didapati di kedai haiwan.
  • Susu harus dipanaskan sesuai dengan suhu tubuh dan diberikan kepada anak kucing setiap 3 hingga 4 jam. Ketika mereka sudah lebih besar, berikan susu setiap 6 sampai 8 jam.
  • Jangan memberi terlalu banyak makanan kepada anak kucing kerana ini akan mengakibatkan cirit birit dan masalah-masalah lain kepada anak kucing.
Jadual pemberian susu kepada anak kucing.

Jadual pemberian susu kepada anak kucing.

Menyusukan anak kucing menggunakan botol susu

Menyusukan anak kucing menggunakan botol susu yang sesuai.

Bagi anak kucing tidak mempunyai selera makan. Anda perlu mendapatkan vitamin khas yang dijual di kedai haiwan. Berat badan anak kucing juga harus ditimbang secara teratur untuk memastikan mereka membesar dengan baik. Ini adalah untuk memastikan keadaan kesihatan anak kucing yang sedang membesar.

Anak kucing yang sihat.Penjagaan kebersihan anak kucing

Ibu kucing juga merawat kedua organ anak kucing mereka menggunakan lidah. Dengan menjilat perut kucing, ia dapat membersihkan kotoran pada anak kucing. Oleh yang demikian, penggunaan cotton bulb dapat menggantikan kaedah ini. Perlu dipastikan anak kucing berada dalam keadaan bersih untuk kekal sihat.

Ketika anda memberi makan dan membersihkan anak kucing, cucilah bulu mereka dengan tuala basah. Itu akan membantu dalam membersihkan bulunya disamping yang sama mengajarkan mereka untuk membersihkan bulu mereka sendiri.

Mengajar anak kucing membuang najis “toilet train

Pada usia 4 minggu adalah masa paling sesuai untuk memperkenalkan kotak kotoran (kotak najis) pada anak kucing. Letakkan kucing di kotak tersebut setiap kali selesai makan. Anda perlu mengambil kaki anak kucing tersebut dan mengajarinya menggaruk untuk menutupi kotoran.

Membelai dengan penuh kasih sayang

Selain makanan, anak kucing juga memerlukan kedekatan emosional termasuk kasih saying. Belailah anak kucing anda secara rutin. Beberapa pakar percaya bahawa kucing yang dirawat dengan penuh perhatian akan menjadi lebih pandai dan setia. Pemelihara kucing juga menggunakan kaedah ini bagi memudahkan proses melatih anak kucing.

Carian Berkaitan

jadual memberi susu kucing, jasa pada ank kucing terbiar, cara jaga anak kucing terbiar, kucing terbiar, umur sesuai untuk anak kucing dipisahkan

Artikel Berkaitan

Tags: #cara bela anak kucing #cara jaga anak kucing #cara jaga anak kucing terbiar #menyusukan anak kucing #toilet train anak kucing

Cara Urus Pindah Milik, Jual Beli Kereta Sendiri
Proses pindah milik boleh dilakukan setelah kedua belah pihak (pemilik atau pembeli) masing-masing
Panduan Pengubahsuaian Motosikal
Pengubahsuaian atau pemasangan aksesori pada motosikal yang dibenarkan tanpa mendapatkan kelulusan daripada Jabatan
Panduan Lengkap Ubahsuai, Tukar Enjin Kenderaan
Terdapat pengubahsuaian atau pemasangan aksesori yang boleh dilakukan tanpa mendapatkan kelulusan daripada Jabatan
Teknik Menukar Minyak Gear Pada Enjin Sangkut
Pengenalan Am Kotak gear yang ada pada enjin sangkut dua lejang adalah mengikut

Comments are closed.