Pengendalian Asas Enjin Sangkut Outboard Supaya Tahan Lama


Sebelum menghidupkan enjin sangkut

  • Periksa tangki bahan api
  • Pastikan minyak pelincir mengikut sukatan yang betul
  • Periksa kecondongan enjin
  • Pastikan skru pendakap enjin dikunci kemas
  • Periksa tali keselamatan terikat kemas di antara enjin dengan sampan
  • Pastikan tali kecemasan (emergency stop) dipasang pada operator
  • Pastikan alat ganti dan merombak rawat disediakan
  • Periksa sambungan paip bahan api kemas dan tidak bocor
  • Picit pam penyebu (priming pump) sehingga bahan api sampai penuh kepada karburetor
  • Pastikan giar pada kedudukan neutral
  • Pusingkan pengawal had laju kepada kedudukan start

Setelah enjin sangkut dihidupkan

Periksa pengaliran air pendingin dan dengar bunyi enjin. Jika di dapati lain dari kebiasaan, karburetor hendaklah diselaraskan semula. Enjin hanya boleh digunakan selepas dipastikan berada dalam keadaan yang memuaskan.

Setelah enjin sangkut dimatikan

Jangan matikan enjin secara tiba-tiba apabila selesai beroperasi, sebaiknya biarkan ia hidup dengan kelajuan rendah tanpa beban sekurang-kurangnya lima minit atau biarkan enjin mati dengan sendiri sehingga minyak petrol dalam karburetor habis bagi membolehkan suhu kepanasan enjin menurun secara beransur-ansur.

Langkah yang perlu setelah enjin sangkut dimatikan:

  • Buka sambungan paip bahan api daripada enjin
  • Jongketkan enjin kira-kira 350 bagi mengeluarkan air dari sistem pendingin
  • Hidupkan semula enjin dalam tangki air tawar untuk membuang baki air laut
  • Simpan enjin di tempat yang selamat dengan kedudukan tegak 900
Cara-simpan-enjin-sangkut-dalam-kedudukan-tegak-90-darjah-300x300 Pengendalian Asas Enjin Sangkut Outboard Supaya Tahan Lama

Cara simpan enjin sangkut dalam kedudukan tegak 90 darjah di rumah.

Loading...

Tags: #cara jaga enjin sangkut #cara nak guna enjin sangkut #cara simpan outboard motor #enjin sangkut #Langkah Penjagaan Enjin Sangkut Outboard

Membeli Kereta Baru atau Kereta Terpakai, Mana Lebih Untung?
Keputusan antara membeli kereta baharu atau kereta terpakai bergantung pada pelbagai faktor, termasuk
Kelebihan Kenderaan Jenama Toyota
Jenama Toyota mempunyai beberapa kelebihan yang menjadikannya popular di pasaran automotif. Berikut adalah
Kelebihan Kenderaan Jenama Honda
Kenderaan jenama Honda seperti kereta dan motosikal mempunyai beberapa kelebihan yang telah memenangi
Cara Menyemak Kos Penyelenggaraan Kenderaan Anda
Untuk menyemak kos penyelenggaraan kenderaan, anda boleh mengikuti langkah berikut: Baca Buku Panduan

Leave a reply "Pengendalian Asas Enjin Sangkut Outboard Supaya Tahan Lama"