Ketahui Jenis Makanan Sunnah Dan Kelebihannya

Susu kambing asli

Susu kambing asliSusu Kambing Asli

Keistimewaan susu kambing adalah pada nutrisinya yang dua kali ganda lebih baik berbanding susu lembu. Malah kehebatan susu kambing ternyata sama tandingnya dengan susu ibu sendiri. Bayi yang minum susu ibu dan susu kambing ternyata memiliki sistem imunisasi yang lebih kuat, lebih cerdas dan pintar berbanding dengan anak-anak yang diberi susu lembu atau susu ibu sahaja.

Ini merupakan makanan yang memberikan penyembuhan yang terbaik bagi membina otak, sistem saraf dan mental. Susu kambing mengandungi segala vitamin, mineral, protein dan lemak yang penting bagi pertumbuhan jaringan otak, enzim dan neurotransmitter sekaligus memberi tenaga untuk otak. Susu kambing ternyata boleh diminum oleh semua peringkat umur kerana tidak menyebabkan alahan dan keradangan seperti susu lembu. Partikel lemaknya yang lebih kecil menjadikan susu kambing lebih mudah dihadam berbanding susu lembu.

Madu lebah asliMadu

Madu merupakan satu-satunya makanan dihasilkan oleh lebah yang memiliki ke semua komponen keperluan hidup manusia termasuk enzim, vitamin, mineral, kandungan air dan anti-oksida yang membantu meningkatkan fungsi otak. Bahan anti-oksida diperlukan bagi melawan radikal bebas yang boleh merosakkan sel dan menyebabkan penyakit.

Amalan memakan madu dapat menjaga keberadaan sel adalah sangat penting kerana ada berbilion sel yang menjadi komponen utama otak. Otak memerlukan sel-sel dan saraf yang sentiasa berhubung bagi melakukan penyampaian maklumat agar mudah dan cepat diproses dan disimpan di dalam memori.

Kismis atau anggur kering

Kismis atau Anggur kering

Kismis juga merupakan salah satu makanan yang boleh mengurangkan tekanan, melancarkan peredaran darah, merawat anemia, menguatkan jantung dan menerangkan hati. Selain itu ia terkenal dengan kelebihannya kepada otak. Buah anggur segar mengandungi kandungan vitamin C dan flavonoid yang tinggi. Vitamin C banyak membantu menjaga kesihatan badan manakala flavonoid adalah anti-oksida. Anggur kering iaitu kismis pula kaya dengan pelbagai vitamin, riboflavin dan folat. Selain itu, mineral surih bernama boron membantu meningkatkan penumpuan, koordinasi tangan dan mata serta meningkatkan memori.

Buah kurmaBuah Kurma

Buah kurma yang memiliki mineral, vitamin, serat dan anti-oksida yang lengkap untuk kesihatan keseluruhan badan telah menjadikan buah ini diiktiraf sebagai pengganti diet yang paling baik di dunia terutamanya ketika proses penyembuhan penyakit. Kurma juga dapat membantu pesakit anemia, menguatkan tulang, meningkatkan tenaga batin, mengawal berat badan, mencegah kanser dan mencegah stroke. Potassium di dalam kurma pula menjadi agen utama dalam menjaga kesihatan sistem saraf. Ini telah meningkatkan kepantasan dan ketajaman aktiviti otak.

Amalan memakan buah kurma digalakkan kepada wanita mengandung bagi membentuk otak yang sihat kepada bayi di dalam kandungan.

Buah tin kering berkhasiatBuah Tin

Buah tin ternyata memiliki kandungan vitamin, mineral, serat dan anti-oksida yang tinggi. Buah tin banyak membantu menyihatkan sistem pencernaan. Apabila sistem penghadaman sihat maka segala nutrisi dan khasiat makanan dapat diserap dengan sepenuhnya oleh darah.

Apabila sistem penghadaman berfungsi dengan baik, aktiviti penyingkiran toksin dan sisa buangan juga dapat dilakukan dengan lebih efisien. Darah yang terhasil adalah lebih berkualiti dan darah ini akan mudah diangkut ke seluruh badan termasuk otak. Selain itu, kandungan vitamin dan mineral dari buah ini juga dapat mengelak keradangan otak dan meningkatkan fungsi otak. Buah tin yang juga dapat mengawal tekanan darah mampu membantu dalam menangani tekanan dan mengelak serangan strok.

Minyak zaiton

Minyak Zaitun Asli

Para saintis juga telah menemui bukti bahawa minyak zaitun memberi kesan yang baik terhadap tulang dan kesihatan penghadaman serta agen anti-kanser. Tubuh badan yang sihat membantu otak menjadi cerdas secara tidak langsung. Secara khusus kepada otak pula, minyak zaitun membantu meningkatkan keupayaan kognitif dan juga memori. Mungkin kunci utamanya adalah lemak berguna di dalam minyak zaitun yang penting bagi pemantapan kondisi otak kerana 60% komponen otak adalah lemak.

Minyak zaitun kaya dengan polyphenols- antioksida semulajadi, lemak sihat, sumber bagi Omega 3 dan Omega 6 yang juga terdapat di dalam ikan, avokado dan kekacangan. Antara khasiatnya adalah menurunkan paras kolestrol, mengelakkan masalah jantung, mengawal tekanan darah, mengurangkan tanda-tanda penuaan, menguatkan sistem imunisasi, melindungi dari kesan radikal bebas dan mengelak keradangan.

black seeds nigella sativa

Black Seed atau Habatus Sauda’

Black seed atau Habatus sauda’ jika diamalkan dengan kerap, ia dapat meningkatkan imunisasi badan dan melawan penyakit. Minyak pati habatus sauda’ telah terbukti mampu merawat penyakit epilepsi. Secara umumnya apabila suatu pergerakan dilakukan oleh badan, bahagian otak yang tertentu akan menghantar isyarat bagi melaksanakan pergerakan itu.

Namun apa yang berlaku kepada pesakit epilepsi adalah semua bahagian otak tiba-tiba menghantar isyarat secara serentak sehingga mewujudkan kecelaruan kepada pesakit yang menyebabkan sawan. Kajian ke atas kanak-kanak yang menghidap penyakit sawan mendapati bahawa minyak habatus sauda’ dapat mengurangkan serangan sawan ke atas kanak-kanak ini. Ini hanya satu daripada banyak lagi kelebihan habatus sauda’ yang membantu pemulihan keadaan otak seterusnya mengoptimumkan kapasiti otak.

Carian Berkaitan

makanan sunnah buah kering

Artikel Berkaitan

Tags: #7 makanan sunnah terbaik #amalan makanan sunnah #amalan pemakanan sunnah #gambar makanan sunnah #khasiat makanan sunnah #makanan sunnah #makanan sunnah berkhasiat #makanan terbaik muslim

Punca, Tanda Awal Kanser Prostat Lelaki
Kalenjar prostat Prostat adalah kelenjar kecil di pelvis lelaki yang merupakan sebahagian daripada
Makanan Eksotik Paling Seram Dalam Dunia
Mungkin pada zaman dahulu, makan makanan yang pelik atau lebih dikenali sebagai hidangan
Tanda Awal Kehamilan Bagi Wanita
Tanda awal kehamilan bagi wanita Kitaran haid menjadi lambat daripada biasa Payudara membengkak
Ketahui Tanda Awal Kanser Payudara
Tanda barah payudara Pesakit menyedari kehadiran penyakit ini dengan berlaku ketulan ketumbuhan, pengeluaran cecair

Leave a reply "Ketahui Jenis Makanan Sunnah Dan Kelebihannya"