Portal Rasmi Semakan Blacklist Perjalanan Anda Keluar Negara

Semak Blacklist Ptptn

Jika anda merancang untuk ke luar negara, sila pastikan yang anda tidak disenarai hitam oleh PTPTN, LHDN, perintah mahkamah dan PDRM mahupun diisytihar sebagai bankrap.

Semakan blacklist Imigresen atau pasport ini perlu anda lakukan sebelum merancang ke luar negara bagi mengelakkan sebarang masalah apabila mengetahui pasport anda tidak sah sewaktu tiba di lapangan terbang kelak.

PUNCA BLACKLIST

Antara punca atau sebab seseorang individu itu disenarai hitam atau dilarang ke luar negara adalah seperti berikut ;

  • Kegagalan membayar cukai pendapatan
  • Kegagalan membayar pinjaman PTPTN
  • Kegagalan membayar levi pekerja asing
  • Terlibat dalam kes-kes jenayah

Ini adalah kes biasa punca nama anda disenarai hitam oleh pelbagai jabatan dan agensi kerajaan seperti pihak keselamatan, Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam, Jabatan Pendaftaran, LHDN dan PTPTN. Sebagai kemudahan, Jabatan Imigresen Malaysia telahpun menyediakan kemudahan kepada Warganegara Malaysia yang ingin menyemak status senarai hitam ‘blacklist’ Imigresen mereka secara online atau semakan status kawalan imigresen untuk perjalanan ke luar negara.

PORTAL RASMI SEMAKAN PERJALANAN KELUAR NEGARA

Antara portal rasmi yang disediakan untuk anda melakukan semakan adalah melalui saluran berikut ;

  • Portal rasmi Jabatan Imigresen Malaysia
    a) Masukkan nombor kad pengenalan anda tanpa (-) dan klik “SEMAK”
    b) Jika dipaparkan “Tiada Halangan” bermakna anda tiada sekatan dan boleh ke luar negara.
  • Portal rasmi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
    a) Masukkan nombor kad pengenalan, nombor telefon dan email dan klik hantar.
  • Menghubungi Careline PTPTN 03-2193 3000
  • Menghadiri kaunter PTPTN atau Jabatan Imigresen Malaysia
logo-150x150 Portal Rasmi Semakan Blacklist Perjalanan Anda Keluar Negara

Encik Shino

More Posts - Website

Follow Me:
facebook Portal Rasmi Semakan Blacklist Perjalanan Anda Keluar Negara

Loading...

Tags: #blacklist keluar negara #JIM #melancong #portal semak blacklist rasmi kerajaan #ptptn #semak blacklist imigresen #semak blacklist ptptn #semak senarai hitam keluar negara #senarai hitam #senarai hitam keluar negara

Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kelebihan Pelaburan Dalam Hartanah dan Aset
Pelaburan dalam aset dan hartanah boleh memberikan beberapa kelebihan kepada pelabur. Berikut adalah
Overlap Loan : Pinjam Wang Untuk Bayar Pinjaman
Mengambil pinjaman baru untuk membayar pinjaman sedia ada selalunya tidak disyorkan, kecuali dalam
Strategi Kurangkan Beban Hutang Pinjaman Bank
Untuk mengurangkan beban hutang pinjaman bank anda, anda boleh melaksanakan beberapa strategi yang

Comments are closed.