5 Idea Kreatif Ini Boleh Memeriahkan Lagi Majlis Perkahwinan Anda!

Idea Majlis Perkahwinan

Majlis resepsi atau persandingan merupakan salah satu perkara yang penting buat pasangan yang bergelar Raja Sehari.

Sama ada berskala sederhana atau mewah, acara resepsi diadakan bagi meraikan para pengantin dan tetamu undangan.

Buat bakal pengantin, penulis kongsikan 5 idea kreatif bagi memeriahkan lagi acara resepsi perkahwinan anda. Take a look!

1. Pilih Tema Unik Untuk Acara Resepsi Perkahwinan

Tidak seperti beberapa tahun terdahulu, acara resepsi perkahwinan pada masa kini lebih kreatif dan unik. Setiap majlis resepsi mempunyai tema yang tersendiri seperti superhero, fairytales, pekerjaan, kelab bola sepak dan banyak lagi. Jika anda memilih tema superhero, jadikan pengapit lelaki atau the dulang boys memakai kostum seperti batman, spiderman dan ironman. Pastinya, majlis repsepsi anda kelihatan lain daripada yang lain.

2. Couple Dance

Dalam memeriahkan lagi majlis resepsi perkahwinan, apakata anda bersama-sama pasangan membuat persembahan tarian sama ada tradisonal atau moden seperti joget, zapin, salsa atau waltz. Bukan sahaja menghiburkan hati para tetamu bahkan mencipta memori manis antara anda dan pasangan.

3. Buat Pertandingan/Permainan Di Tengah Acara Resepsi

Selain persembahan tarian, anda juga boleh membuat beberapa pertandingan atau permainan buat para tetamu yang hadir di tengah-tengah acara. Sebagai contohnya, anda boleh mengadakan pertandingan seperti kuiz atau teka-teki dimana turut menyediakan hadiah atau cederamata kepada pemenang. Bukan sahaja dapat menggamatkan suasana majlis persandingan malah mengeratkan lagi hubungan silatulrahim antara pengantin dengan para tetamu.

4. Dekorasi Penuh Memori

Kebiasaannya, majlis resepsi akan diadakan di tempat tertutup seperti dewan orang ramai/serbaguna. Hiasi ruangan resepsi dengan foto-foto memori anda bersama-sama pasangan sejak kecil sehingga dewasa termasuklah gambar ketika dating, holiday dan pre-wedding. Jadi, para tetamu dapat mengetahui serba sedikit mengenai latar belakang serta perjalanan kisah cinta anda dan pasangan.

5. Sewa Food Truck Tempatan

Buat pengantin yang memilih acara resepsi di kawasan terbuka, anda boleh menyewa beberapa food truck tempatan untuk meraikan para tetamu dan undangan. Pastikan, setiap food truck yang disediakan mempunyai menu makanan dan minuman yang berbeza. Kehadiran food truck ini sedikit sebanyak mencipta kelainan di acara persandingan anda.

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #5 Idea Kreatif Meriahkan Acara Resepsi Perkahwinan #Acara Resepsi #Acara Resepsi Kreatif & Unik #bajet kahwin #Cara Mudah Meriahkan Majlis Persandingan Anda #Idea Kreatif & Unik Gamatkan Majlis Resepsi Anda #idea kreatif majlis perkahwinan #idea majlis perkahwinan #idea majlis persandingan #konsep perkahwinan dalam islam #majlis perkahwinan #Majlis Persandingan #Panduan Merancang Aturcara Majlis Perkahwinan #persediaan sebelum kahwin bagi perempuan #senarai semak persiapan perkahwinan #Tema Unik Untuk Acara Resepsi Perkahwinan #Tips Persiapan Majlis Perkahwinan #Tips Susun Aturcara Majlis Kahwin

10 Ciri-ciri Lelaki Yang Tidak Boleh Dijadikan Suami. Ini Fakta Perlu Wanita Ketahui!
Dalam konteks memilih pasangan yang akan membimbing dan bakal menjadi ketua keluarga, wanita
GST Dan SST, Apa Bezanya? Ini Fakta Patut Anda Tahu!
Selepas kerajaan Pakatan Harapan berjaya mengalahkan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum (PRU)
Panduan Lengkap Menanam Pokok Pisang. Ini Rahsianya!
Pisang adalah tanaman yang termasuk dalam keluarga musaceae, berdaun lebar serta semua bahagian dari tanaman
Petua Hilangkan Parut Jerawat
Jerawat merupakan musuh utama kepada semua orang termasuk lelaki dan wanita. Jerawat akan

Comments are closed.