Menjana Pendapatan Pasif Melalui Sewaan Bangunan


Rumah-kedai-yang-kecil-kebanyakkannya-tidak-memenuhi-keperluan-penyewa.-300x300 Menjana Pendapatan Pasif Melalui Sewaan Bangunan

Rumah kedai yang kecil kebanyakkannya tidak memenuhi keperluan penyewa.

Tahukah anda bahawa pendapatan secara pasif boleh dijanakan melalui pembinaan bangunan perniagaan? Sewaan bagi satu lot kedai 2 tingkat boleh mencecah sehingga RM5,000 bagi ground floor dan RM2,500 bagi first floor.  Kadar sewaan ini bergantung kepada lokasi setempat dan permintaan semasa. Ada juga yang boleh mencapai kadar sewa yang lebih tinggi sehingga RM18,000 sebulan. Bangunan perniagaan atau rumah kedai boleh dipelbagaikan bergantung kepada kemampuan kita dan apakah target yang penyewa mahukan. Mungkin ia boleh dijadikan sebagai bengkel, stor, kedai makan, restoran, atau kedai runcit dan kedai hardware.

Rumah kedai yang kecil kebanyakkannya tidak memenuhi keperluan penyewa. Kadar sewa juga tidak dapat disewa dengan harga tinggi. Untuk membina rumah kedai, apa yang perlu kita lihat ialah dari segi keselesaan iaitu keluasan bangunan dan kawasan parking kenderaan. Tiada guna kita membina bangunan kedai yang kecil dengan kuantiti yang banyak. Ini kerana kadar sewa ternyata lebih rendah berbanding satu bangunan kedai yang mempunyai ruang yang luas.

Apa yang pasti, lokasi untuk membina bangunan kedai ini amat terhad kerana ia hanya sesuai dibina di tepi jalan utama antara dua lokasi penting atau di kawasan yang mempunyai potensi penduduk padat yang akan menjadi pelanggan kelak.

Memandangkan lokasi berikut adalah terhad, maka sebuah bangunan kedai 2 tingkat biasanya dijual oleh pemaju dengan harga di antara RM400,000 hingga RM900,000 bergantung kepada lokasi, keluasan bangunan, kemudahan sekeliling dan bahan yang digunakan.

Alangkah beruntungnya jika anda mempunyai tanah sendiri yang strategik. Anda hanya perlu mendapatkan kontraktor untuk membina, dan mungkin kosnya tidaklah sampai begitu tinggi. Barangkali kosnya hanya sekitar RM200,000 hingga RM300,000 bagi satu unit bergantung kepada spesifikasi bangunan perniagaan yang akan dibina. Malah ada yang mampu membina dengan kos yang seminima yang mungkin.

Apa pun halnya, pembelian bangunan perniagaan ini boleh dijadikan sebagai aset masa depan untuk menjana pendapatan bulanan secara pasif atau melangsaikan hutang dengan pihak bank kelak.

Berikut merupakan contoh rekabentuk menarik bangunan kedai yang mungkin boleh dijadikan contoh;

Bangunan-menggunakan-metaldeck-mungkin-dapat-menjimatkan-kos-pembinaan.-150x150 Menjana Pendapatan Pasif Melalui Sewaan Bangunan

Bangunan menggunakan metaldeck mungkin dapat menjimatkan kos pembinaan tetapi hanya sesuai sebagai bengkel atau stor barangan.

Bangunan-perniagaan-ini-sesuai-sebagai-bengkel-dan-stor-simpanan.-150x150 Menjana Pendapatan Pasif Melalui Sewaan Bangunan

Bangunan perniagaan ini sesuai sebagai bengkel dan stor simpanan.

Bangunan-perniagaan-moden-sesuai-untuk-bilik-pameran-atau-showroom-150x150 Menjana Pendapatan Pasif Melalui Sewaan Bangunan

Bangunan perniagaan moden sesuai untuk bilik pameran atau showroom.

Bengkel-kenderaan-jentera.-150x150 Menjana Pendapatan Pasif Melalui Sewaan Bangunan

Bengkel kenderaan jentera.

Kedai-makan-menggunakan-bahan-metaldeck.-150x150 Menjana Pendapatan Pasif Melalui Sewaan Bangunan

Kedai makan menggunakan bahan metaldeck.

Kedai-pandu-lalu-menggunakan-material-metaldeck-150x150 Menjana Pendapatan Pasif Melalui Sewaan Bangunan

Kedai pandu lalu menggunakan material metaldeck.

Rekaan-rumah-kedai-dan-apartment.-150x150 Menjana Pendapatan Pasif Melalui Sewaan Bangunan

Rekaan rumah kedai dan apartment.

Rumah-kedai-saiz-15-x-15-kaki-150x150 Menjana Pendapatan Pasif Melalui Sewaan Bangunan

Rumah kedai saiz 15 x 15 kaki.

Loading...

Tags: #bangunan gudang #bangunan perniagaan #bangunan stor barang #bina rumah kedai #jana pendapatan pasif #kos rumah kedai #rekabentuk rumah kedai #shoplot

Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kelebihan Pelaburan Dalam Hartanah dan Aset
Pelaburan dalam aset dan hartanah boleh memberikan beberapa kelebihan kepada pelabur. Berikut adalah
Overlap Loan : Pinjam Wang Untuk Bayar Pinjaman
Mengambil pinjaman baru untuk membayar pinjaman sedia ada selalunya tidak disyorkan, kecuali dalam
Strategi Kurangkan Beban Hutang Pinjaman Bank
Untuk mengurangkan beban hutang pinjaman bank anda, anda boleh melaksanakan beberapa strategi yang

Leave a reply "Menjana Pendapatan Pasif Melalui Sewaan Bangunan"