Nikmati Pemandangan Berbeza Dengan Rumah Bergerak Atau Caravan


Ramai yang tidak terfikir untuk mempunyai rumah mudah alih bergerak ini. Sesetengah orang menamakan binaan ini sebagai caravan. Ia mempunyai saiz sekitar 6 kaki x 20 kaki dan kebanyakkan saiz caravan ini bergantung kepada citarasa masing-masing.

Di Malaysia, rumah seperti ini jarang sekali dimiliki, kebanyakkan binaan bergerak adalah bagi mengangkut haiwan seperti kuda dan lembu. Namun, di luar negara, penggunaan caravan dilihat sangat meluas. Mereka seringkali membawa rumah caravan ini untuk pergi berkelah di hutan simpan, pantai dan kawasan pergunungan.

Jika dilihat daripada rupabentuk caravan ini, teknik pemanduan semasa membawa muatan di belakang bukan satu perkara yang mudah apabila mahu membelok dan membuat parking. Kemahiran memandu kenderaan membawa caravan ini memerlukan teknik sama dengan memandu lori double axel atau membawa lori treler.

Selain itu, pemasangan dua pasang tayar di bahagian sokongan berat caravan dapat memberikan kestabilan unit caravan semasa membelok. Ia juga harus perlu diselaraskan dengan penggunaan spring penyerap hentak yang sesuai.

Bagi memastikan rumah bergerak atau caravan ini tidak mempunyai berat yang melampau, penggunaan bahan yang tahan serta ringan perlu dititikberatkan semasa membina rumah ini. Antara bahan yang biasa ialah aluminium, metaldeck dan kayu berubat ringan.

Penggunaan-kenderaa-pacuan-4-roda-disarankan-untuk-membawa-rumah-caravan.-150x150 Nikmati Pemandangan Berbeza Dengan Rumah Bergerak Atau Caravan

Penggunaan kenderaa pacuan 4 roda disarankan untuk membawa rumah caravan.

Rumah bergerak dan caravan yang mempunyai berat yang terlampau akan membahayakan truck penunda semasa menaiki cerun dan menuruni cerun serta semasa mengambil selekoh yang tajam. Adalah dicadangkan truck atau kenderaan pacuan empat roda digunakan bagi membawa rumah caravan ini.

Rumah caravan yang lengkap biasanya mempunyai kelengkapan dapur, katil dan sofa menonton televisyen. Bagi yang meminati rekaan rumah sebegini, apa sahaja kos untuk membina rumah seperti ini mungkin tidak menjadi masalah bagi mereka. Apa yang pasti ialah kepuasan yang lebih penting. Mari kita lihat rekaan rumah caravan ini;

Bentuk-curve-pada-sisi-rumah-mudah-alih-memberikan-rupa-yang-solid.-150x150 Nikmati Pemandangan Berbeza Dengan Rumah Bergerak Atau Caravan

Bentuk curve pada sisi rumah mudah alih memberikan rupa yang solid.

Bentuk-rumah-kayu-caravan-yang-ringkas.-150x150 Nikmati Pemandangan Berbeza Dengan Rumah Bergerak Atau Caravan

Bentuk rumah kayu caravan yang ringkas.

Biasanya-rumah-mudah-alik-atau-caravan-yang-lengkap-mempunyai-kemudahan-generator-elektrik.-150x150 Nikmati Pemandangan Berbeza Dengan Rumah Bergerak Atau Caravan

Biasanya rumah mudah alik atau caravan yang lengkap mempunyai kemudahan generator elektrik.

Binaan-rumah-caravan-dengan-porch.-150x150 Nikmati Pemandangan Berbeza Dengan Rumah Bergerak Atau Caravan

Binaan rumah caravan dengan porch.

Gaya-binaan-rumah-caravan-menarik.-e1473087513838-150x150 Nikmati Pemandangan Berbeza Dengan Rumah Bergerak Atau Caravan

Gaya binaan rumah caravan menarik.

Membawa-rumah-caravan-memerlukan-jalan-yang-luas.-150x150 Nikmati Pemandangan Berbeza Dengan Rumah Bergerak Atau Caravan

Membawa rumah caravan memerlukan jalan yang luas dan skill pemanduan yang tinggi.

Pelbagai-rekabentuk-rumah-bergerak-dengan-seni-bumbung-yang-meanrik.-150x150 Nikmati Pemandangan Berbeza Dengan Rumah Bergerak Atau Caravan

Pelbagai rekabentuk rumah bergerak dengan seni bumbung yang menarik.

Rekaan-rumah-caravan-luar-negara.-e1473087663417-150x150 Nikmati Pemandangan Berbeza Dengan Rumah Bergerak Atau Caravan

Rekaan rumah caravan luar negara.

Rekaan-rumah-caravan-menggunakan-material-aluminium.-e1476995554237-150x150 Nikmati Pemandangan Berbeza Dengan Rumah Bergerak Atau Caravan

Rekaan rumah caravan menggunakan material aluminium.

Rekaan-rumah-mudah-alih-ini-boleh-dibawa-kemana-sahaja.-150x150 Nikmati Pemandangan Berbeza Dengan Rumah Bergerak Atau Caravan

Rekaan rumah mudah alih ini boleh dibawa kemana sahaja.

Rumah-mudah-alih-bersaiz-kecil.-150x150 Nikmati Pemandangan Berbeza Dengan Rumah Bergerak Atau Caravan

Rumah mudah alih bersaiz kecil.

logo-150x150 Nikmati Pemandangan Berbeza Dengan Rumah Bergerak Atau Caravan

Encik Shino

More Posts - Website

Follow Me:
facebook Nikmati Pemandangan Berbeza Dengan Rumah Bergerak Atau Caravan

Loading...

Tags: #gambar rumah caravan #idea bina rumah kecil #idea rumah mudah alih #rekabentuk caravan #rumah bergerak #rumah caravan #rumah mudah alih

Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kelebihan Pelaburan Dalam Hartanah dan Aset
Pelaburan dalam aset dan hartanah boleh memberikan beberapa kelebihan kepada pelabur. Berikut adalah
Overlap Loan : Pinjam Wang Untuk Bayar Pinjaman
Mengambil pinjaman baru untuk membayar pinjaman sedia ada selalunya tidak disyorkan, kecuali dalam
Strategi Kurangkan Beban Hutang Pinjaman Bank
Untuk mengurangkan beban hutang pinjaman bank anda, anda boleh melaksanakan beberapa strategi yang

Leave a reply "Nikmati Pemandangan Berbeza Dengan Rumah Bergerak Atau Caravan"