Jadual Perjalanan Tren Antarabandar Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)

Jadual KTMB Antarabandar

KTM Antarabandar adalah nama jenama untuk perkhidmatan kereta api antara bandar diesel yang beroperasi dalam Semenanjung Malaysia, Singapura dan Thailand yang dikendalikan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Kebanyakan perkhidmatan beroperasi dari Stesen Sentral Kuala Lumpur ke sepanjang garis Pantai Timur antara Tumpat dan Gemas dan seterusnya ke Singapura. Ada juga kereta api merentas sempadan pada setiap hari antara Butterworth, Pulau Pinang dan Hat Yai, Thailand.

Bagi anda yang ingin menggunakan perkhidmatan KTM Antarabandar, anda boleh untuk memilih pelbagai jenis koc yang disediakan. Antara koc dan kabin yang disediakan dalam KTM Antarabandar ialah:

Tempat Duduk
Kelas Satu Prima / Air-cond First Class (AFC)
Kelas Dua Superior / Air-cond Second Class (ASC)
Kelas Ekonomi / Air-cond Economy Class (AEC)

Tempat Tidur
Kelas Satu 2plus / Air-cond 2Plus Night Sleeper (ADNFB)
Kelas Satu Selesa / Air-cond Deluxe Night Sleeper (ADNFD)
Kelas Superior / Air-cond Superior Night Sleeper (ADNS)

Kabin Kelas Satu 2plus (ADNFB)

Kelas Satu 2plus

Kabin ini mempunyai katil berkembar (atas & bawah). Sinki disediakan. Kabin ini adalah kabin persendirian.

Kabin Kelas Satu Selesa (ADNFD)

Kelas Satu Selesa

Kabin ini mempunyai katil berkembar (atas & bawah) dan dilengkapi dengan bilik mandi dan tandas. Kabin ini adalah kabin persendirian.

Koc Tidur Kelas Superior (ADNS)

Koc Tidur Kelas Superior

Sekiranya anda mempunyai bajet yang minima dan ingin menggunakan koc tidur, koc ini adalah koc yang sesuai. dengan kapasiti sebanyak 40 katil atas dan bawah serta kemudahan tandas disediakan pada setiap koc. Bagi individu atau kumpulan yang membuat perjalanan, koc ini adalah koc yang sangat sesuai digunakan.

Tempat Duduk Kelas Satu Prima (AFC)

Kelas Prima

Dengan 3 kerusi sebaris serta ruang yang luas memberikan anda keselesaan yang maksima untuk perjalanan yang jauh. Dengan kemudahan tandas disediakan pada setiap koc memberikan lagi keselesaan untuk perjalanan yang jauh.

Tempat Duduk Kelas Dua Superior (ASC)

Kelas Superior

Koc ini mempunyai jumlah kerusi sebanyak 60 kerusi. Dengan ruang yang selesa serta tandas yang disediakan pada setiap koc membolehkan perjalanan yang jauh tidak terasa.

Tempat Duduk Kelas Ekonomi (AEC)

Kelas Ekonomi

Koc ini mempunyai 74 tempat duduk. bagi mereka yang mempunyai bajet yang minima, koc ini sangat sesuai dengan tambahan kemudahan tandas tang disediakan. Dengan penghawadingin yang dipasang memberikan anda satu pengalaman yang selesa walaupun jumlah penumpang yang sedikit ramai.

Jadual Perjalanan Tren Antarabandar Berkuatkuasa 1 Ogos 2017

Terdapat 4 laluan perjalanan :

JB Sentral – Tumpat – JB Sentral
JB Sentral – Woodlands – JB Sentral
Pulau Sebang/Tampin – Gemas – JB Sentral & JB Sentral – Woodlands
Tumpat – Dabong – Gua Musang – Kuala Lipis – JBSentral

Jualan tiket perkhidmatan tren Antarabandar bagi perjalanan dari 1 Ogos sehingga 31 Oktober 2017 akan dibuka untuk jualan mulai jam 10:00 pagi pada 18 Julai 2017 (Selasa). Jualan tiket bagi perkhidmatan tren Shuttle Tebrau (Johor – Woodlands – Johor) akan dibuka bermula jam 8:30 pagi untuk tempoh 30 hari perjalanan.

Jadual perjalanan tren adalah mengikut jadual Antarabandar sedia ada namun terdapat penambahan pemberhentian stesen-stesen bagi perkhidmatan tren Antarabandar.

Sila klik pautan dibawah untuk jadual perjalanan tren perkhidmatan Antarabandar berkuatkuasa bermula 01 Ogos 2017

  •  http://www.ktmb.com.my/ktmb/

Carian Berkaitan

harga kabin kelas satu ktm
Loading...

Tags: #jadual perjalanan KTM Antarabandar #Jadual Perjalanan Tren Antarabandar Berkuatkuasa 1 Ogos 2017 #Kabin KTM #KTM Antarabandar #KTM Intercity #KTMB #Pilihan koc tempat tidur KTM #Pilihan tempat duduk KTM Antarabandar

10 Ciri-ciri Lelaki Yang Tidak Boleh Dijadikan Suami. Ini Fakta Perlu Wanita Ketahui!
Dalam konteks memilih pasangan yang akan membimbing dan bakal menjadi ketua keluarga, wanita
GST Dan SST, Apa Bezanya? Ini Fakta Patut Anda Tahu!
Selepas kerajaan Pakatan Harapan berjaya mengalahkan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum (PRU)
Cara Menggunakan Aplikasi Grab Malaysia. Perjalanan Anda Lebih Mudah & Lancar!
Ingin ke mana-mana tanpa kenderaan sendiri atau pengangkutan awam? Kini, semuanya mudah dan
Cara Membuat Aduan Jika Ditipu Peniaga. Sebagai Pengguna, Anda Perlu Tahu!
Apa yang berlaku jika anda mendapati barang yang anda beli mengalami kerosakan dan

Comments are closed.