Idea Pokok Teduhan Sesuai Untuk Halaman Rumah Anda

Idea Pokok Teduhan Landscape Rumah

Pokok teduhan di sekitar halaman rumah bukan sahaja dapat mencantikkan lagi persekitaran rumah, malah dapat meneduhkan halaman rumah. Selain itu, pokok teduhan ini berperanan sebagai ;

  • Menangani isu perubahan iklim/suhu di kawasan bandar.
  • Mewujudkan persekitaran hidup yang selesa dan segar serta memupuk budaya hidup sihat.
  • Membekalkan sumber oksigen kepada manusia serta menyerap karbon dioksida dan monoksida.
  • Mengurangkan imej hutan konkrit dan meningkatkan kualiti kawasan hijau atau di sekitar bandar.
  • Mengawal hakisan tanah serta menapis haba melalui pengurangan suhu biasan permukaan jalanraya.
  • Meningkatkan biodiversiti dan perlindungan habitat di kawasan bandar.
  • Menggalakkan orang ramai berjalan kaki, yang secara tidak langsung mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor di kawasan bandar.
  • Sumber rekreasi dan meningkatkan nilai keindahan bandar.

Namun, pokok apakah yang sesuai untuk ditanam di sekitar rumah anda? berikut adalah 11 contoh pokok teduhan terbaik untuk ditanam.

  1. Bunga Siam/Acacia Kuning (Acacia Auriculaeformis)

pokok-acacia-auriculiformis Idea Pokok Teduhan Sesuai Untuk Halaman Rumah Anda

Acacia Kuning hidup di kawasan hutan dan ada yang ditanam sebagai pohon hiasan dan ketinggian boleh mencapai 15 meter. Pokok ini mempunyai bunga berwarna kuning dan agak wangi, buahnya leper, berkulit keras berisi kekacang dan apabila masak akan bergulung. Ia digunakan sebagai pokok hiasan jalan dan dapat mencegah hakisan tanah.

  1. Pride of Burma (Amherstia nobilis)

pokok-amherstia_nobilis Idea Pokok Teduhan Sesuai Untuk Halaman Rumah Anda

Amherstia nobilis merupakan pokok berbunga yang paling cantik dan sangat sesuai dengan gelarannya sebagai “Ratu Pokok Berbunga”. Taburan asalnya terhad kepada beberapa kawasan di Burma, sebab itulah digelar juga “Pride of Burma”.

Nama saintifik pokok ini ialah sempena nama Lady Sarah Amherstia, salah seorang pengumpul tumbuh-tumbuhan yang termasyhur di Asia pada abad ke-19.

Daun-daun baharunya kelihatan seperti sapu tangan, berumbai-umbai dari dahannya. Pada peringkat awal, warnanya kelabu, bertukar menjadi gelap keungu-unguan dan akhirnya berubah menjadi hijau apabila matang. Pokoknya boleh mencapai ketinggian sehingga 10 meter.

Amherstia nobilis mengeluarkan bunga sepanjang tahun. Bunganya berwarna merah, berbintik-bintik kuning kelihatan seperti orkid yang besar. Pokok ditanam menggunakan biji benih, walaupun jarang ditemui, cara tut merupakan kaedah pembiakan yang sesuai bagi pokok hiasan yang sungguh cantik ini.

  1. Rajah Kayu (Cassia Fistula)

rajah-kayu Idea Pokok Teduhan Sesuai Untuk Halaman Rumah Anda

Bulat, tinggi sederhana. Mampu tumbuh sehingga mencapai ketinggian 10 meter hingga 15 meter. Rajah Kayu berdaun padat, berbunga, berakar tunjang dengan kadar tumbesaran perlahan 1.5 meter setahun.

Ditanam di tanah kering, pembiakan melalui biji benih, dan banyak ditanam di kawasan pinggir jalan, taman rekreasi, perumahan, bangunan awam dan kawasan perindustrian.

  1. Tembusu (Fragraea Fragrans)

tembusu Idea Pokok Teduhan Sesuai Untuk Halaman Rumah Anda

Pokok Tembusu boleh tumbuh sehingga 30 meter tinggi, dan hidup biak dalam tanih berlempung yang tidak subur.

Daunnya tersusun dalam bentuk pilin yang rapat pada hujung dahan-dahan yang terlangkup. Bunganya amat kecil, berbentuk trompet, berwarna putih kuning, dan amat wangi.

Pokok ini berbunga pada dua musim setiap tahun, iaitu dari Mei hingga Jun, dan dari Oktober hingga November. Buahnya berwarna jingga terang ketika masak. Kayunya pula merupakan sejenis kayu keras berat, tahan lama, dan sering digunakan dalam industri balak.

  1. Jambu Air Laut (Eugenia Grandis)

Eugenia-Grandis-pokok-kelat-paya Idea Pokok Teduhan Sesuai Untuk Halaman Rumah Anda

Pokok Jambu Air Laut boleh tumbuh sehingga 30 meter. Pokok ini berasal dari Asia Tenggara. Daunnya tumbuh secara pasangan yang bertentangan. Daun ini keras, dengan hujungnya tertelungkup secara ketara. Permukaan daunnya berkilat-kilat.

Bunganya berwarna putih dan berbentuk rumpun padat yang menjolok mata. Baunya amat wangi. Buahnya mempunyai diameter sebanyak 2-3 sentimeter.

Kulit buahnya yang berwarna hijau adalah keras dan kering ketika masak, tetapi masih boleh dimakan. Pokok ini mempunyai kayu yang keras sederhana, dengan ira kasar. Agak tahan lama, dan tidak merekah ketika kering.

  1. Pokok Doa (Bucida molineti)

bucida-molineti Idea Pokok Teduhan Sesuai Untuk Halaman Rumah Anda

Pokok Doa ini merupakan tumbuhan teduhan yang cantik. Pokok ini mudah dijaga , tahan panas dan tidak memerlukan jagaan yang rapi. Pokok Doa mempunyai spesies seperti:

  • Bucida molineti
  • Bucida angustifolia
  • Bucida buceras
  • Bucida comintana
  • Bucida corelliana
  • Bucida niitida
  1. Jemerlang/Yellow Flame Tree (Peltophorum Pterocarpum)

jemerlang-yellow-flame-Peltophorum-Pterocarpum Idea Pokok Teduhan Sesuai Untuk Halaman Rumah Anda

Pokok Jemerlang merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia. Pokok ini juga dipercayai terdapat di negara-negara ASEAN yang lain. Tinggi pokok ini boleh mencapai sekitar 50 kaki, daun berwarna hijau gelap, bunga bewarna kuning keemasan atau coklat keunguan. Warna kulit coklat kekuningan.

  1. Kelat Paya (Syzygium Campanulatum)

Syzygium-Campanulatum Idea Pokok Teduhan Sesuai Untuk Halaman Rumah Anda

Syzygium campanulatum tergolong dalam famili Myrtaceae atau kaum jambu. Ia berasal dari Asia Tenggara dan sangat popular sebagai tanaman landskap bandar kerana ketahanan dan kebolehan adaptasinya.

Dikenali juga sebagai kelat paya, spesies ini mudah ditanam sama ada sebagai pokok, pagar atau dijadikan topiari. Syzygium campanulatum mengeluarkan pucuk-pucuk daun merah jambu yang menarik sepanjang tahun terutamanya selepas dicantas.

  1. Cempaka Putih (Michelia Alba)

Michelia-alba Idea Pokok Teduhan Sesuai Untuk Halaman Rumah Anda

Michelia alba atau lebih dikenali dengan nama Cempaka putih adalah sejenis pokok berkayu yang biasanya tumbuh di hutan dengan ketinggian mencapai hingga 30 meter. Ia memiliki 3 spesis dengan warna bunga yang berbeza iaitu warna putih (Michelia alba), warna kuning dan warna merah (Michelia champaca).

Daun cempaka putih mempunyai permukaan yang licin. Buahnya yang boleh dimakan dan mempunyai rasa yang sedap, mempunyai bentuk seperti jantung dengan bahagian bijinya yang agak pahit. Sekarang, kaedah kahwin telah membolehkan cempaka ditanam sebagai tumbuhan tanaman dalam pasu dan boleh berbunga walaupun tingginya belum mencecah satu meter.

  1. Kemboja (Plumeria)

pokok-kemboja Idea Pokok Teduhan Sesuai Untuk Halaman Rumah Anda

Pokok Kemboja banyak bercabang, mempunyai ranting yang pendek dan rendang, batangnya tumbuh bengkok dan mengeluarkan getah serta berdaun lebar, keras, tebal dan berpemukaan licin. Bunganya mempunyai lima kelopak dan terdapat dalam tiga warna iaitu putih, merah dan kuning. Mudah dibiakkan menggunakan keratan batang.

  11. Payung Indonesia (Hura creplans)

payung-indonesia-HURA-CREPITANS Idea Pokok Teduhan Sesuai Untuk Halaman Rumah Anda

Pokok ini mempunyai bentuk silara menyebar seperti payung dan melebihi 15 meter lebar. Keadaan ini menjadikan pokok ini dikenali sebagai Payung Indonesia. Ketinggiannya kurang dari 10 meter. Batangnya berduri. Ia amat sesuai sebagai pokok teduhan dihalaman rumah.

Loading...

Tags: #halaman rumah #idea pokok teduhan laman #landskap taman #pokok landskap #pokok teduhan #pokok teduhan sesuai untuk kediaman #pokok teduhan untuk ditanam di sekitar rumah #sejukkan kawasan rumah #tanaman teduhan

Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kelebihan Pelaburan Dalam Hartanah dan Aset
Pelaburan dalam aset dan hartanah boleh memberikan beberapa kelebihan kepada pelabur. Berikut adalah
Overlap Loan : Pinjam Wang Untuk Bayar Pinjaman
Mengambil pinjaman baru untuk membayar pinjaman sedia ada selalunya tidak disyorkan, kecuali dalam
Strategi Kurangkan Beban Hutang Pinjaman Bank
Untuk mengurangkan beban hutang pinjaman bank anda, anda boleh melaksanakan beberapa strategi yang

Comments are closed.