Aplikasi Smartphone Terbaik Buat Kaki Edit Gambar Dalam Telefon!

Aplikasi Menyunting Gambar Terbaik Telefon Pintar

Pastinya semua orang mahukan hasil gambar yang terbaik ketika ingin berkongsi gambar ke media sosial seperti Instagram, Facebook dan lain-lain platform.

Bagi sesetengah orang, cukup sekadar gambar yang diambil dengan kamera telefon pintar sahaja dan terus dimuat naik. Tetapi ada juga dalam kalangan pengguna yang suka menyunting gambar terlebih dahulu dengan menambah beberapa elemen supaya ia kelihatan lebih cantik.

Apakah kriteria aplikasi untuk menyunting gambar yang terbaik?

Untuk menyunting gambar dengan baik, sesuatu aplikasi harus memliki beberapa kriteria yang penting seperti berikut :

  • Interface – sudah pasti interface yang ringkas dan mesra pengguna menjadi keutamaan.
  • Suntingan – ia mesti menyediakan satu set ciri-ciri lengkap bersama-sama dengan kesan penyuntingan dan penapis yang terbaik.
  • Perkongsian – aplikasi yang baik memudahkan anda berkongsi fail secara dalam talian.

Berikut adalah 7 aplikasi menyunting gambar terbaik untuk peranti mudah alih anda.

  1. VSCO (Android, iOS)

vsco Aplikasi Smartphone Terbaik Buat Kaki Edit Gambar Dalam Telefon!

Aplikasi ini sangat popular, lebih-lebih lagi dalam kalangan pengguna Instagram kerana ia memiliki fungsi suntingan dengan pelbagai gaya.

  1. Adobe Lightroom (Android, iOS)

adobe-lightroom Aplikasi Smartphone Terbaik Buat Kaki Edit Gambar Dalam Telefon!

Aplikasi suntingan yang ditawarkan secara percuma ini menyediakan fungsi white balance, pendedahan, tetapan kejelasan dan banyak lagi.

  1. Adobe Photoshop Express (Android, iOS)

adobe_photoshop_express Aplikasi Smartphone Terbaik Buat Kaki Edit Gambar Dalam Telefon!

Satu lagi aplikasi dari Adobe. Umum pun sudah mengetahui kebolehan nama besar ini dalam bidang penyuntingan gambar. Tersedia dengan pelbagai kesan visual yang menarik.

  1. PicsArt Photo Studio (Android, iOS)

PicsArt-Studio-Android1 Aplikasi Smartphone Terbaik Buat Kaki Edit Gambar Dalam Telefon!

Mampu menghasilkan imej yang terbaik menerusi ciri yang disediakan. Ia juga menawarkan kebolehan mencipta GIF.

  1. Snapseed (Android, iOS)

snapseed_for_android Aplikasi Smartphone Terbaik Buat Kaki Edit Gambar Dalam Telefon!

Proses suntingan yang mudah dan paling penting ia memproses semua jenis format dengan pantas.

  1. Toolwiz Photos (Android)

toolwiz Aplikasi Smartphone Terbaik Buat Kaki Edit Gambar Dalam Telefon!

Mudah digunakan serta berupaya menghasilkan gambar yang berkualiti. Mendapat rating 4.7 di Google Playstore.

  1. Pixlr (Android)

Pixlr-Android-App Aplikasi Smartphone Terbaik Buat Kaki Edit Gambar Dalam Telefon!

Antara muat turun terbaik di Google Playstore dengan muat turun melebihi 50 juta kali. Interface yang ringkas serta fungsi suntingan yang pelbagai.

IMG_20171206_114610-150x150 Aplikasi Smartphone Terbaik Buat Kaki Edit Gambar Dalam Telefon!

A. Manaf Mohammad

More Posts

Loading...

Tags: #Adobe #android #aplikasi edit gambar terbaik android #aplikasi edit gambar terbaik iOS #aplikasi telepon buat kaki foto #fotografi #iOS #menyunting gambar #PicsArt #Pixlr #Snapseed #suntingan gambar #Toolwiz #VSCo

Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kelebihan Pelaburan Dalam Hartanah dan Aset
Pelaburan dalam aset dan hartanah boleh memberikan beberapa kelebihan kepada pelabur. Berikut adalah
Overlap Loan : Pinjam Wang Untuk Bayar Pinjaman
Mengambil pinjaman baru untuk membayar pinjaman sedia ada selalunya tidak disyorkan, kecuali dalam
Strategi Kurangkan Beban Hutang Pinjaman Bank
Untuk mengurangkan beban hutang pinjaman bank anda, anda boleh melaksanakan beberapa strategi yang

Comments are closed.