Pekerjaan 5 Artis Korea Ini Sebelum Mereka Jadi Terkenal

Kerja Artis Korea Sebelum Terkenal

As we know, untuk meraih sesebuah kejayaan di masa depan bukanlah mudah. Pelbagai cabaran dan dugaan perlu ditempuhi demi mengapai impian tersebut.

Bukan sahaja orang biasa, golongan artis turut tidak ketinggalan dalam mengejar cita-cita masing-masing.

Sebelum terkenal dan dipuja para peminat hari ini, mereka pernah menjalani pelbagai pekerjaan lain untuk menyara kehidupan di masa lalu.

Berikut, penulis senaraikan pekerjaan yang pernah dilakukan oleh 5 artis Korea ini sebelum terkenal dan diminati. Take a look!

1. Song Joong Ki

Song-Joong-Ki-300x300 Pekerjaan 5 Artis Korea Ini Sebelum Mereka Jadi Terkenal

Jika anda penonton setia drama bersiri Descendants In The Sun dan The Innocent Man, pastinya mengenali aktor bernama Song Joong Ki ini. Jejaka berusia 32 tahun ini mula dikenali ramai apabila membintangi drama sejarah berjudul Sungkhunkwan Scandal pada 2010. Sebelum terjun ke dunia lakonan dan modeling, figura kacak ini rupa-rupanya aktif dalam sukan luncur laju. Sejak di bangku sekolah, beliau pernah menyertai beberapa kejohanan seperti di Seoul Korea National Athletic Meet. Malangnya, bakal suami Song Hye Kyo ini terpaksa menamatkan karier sukan berkenaan kerana lututnya mengalami kecederaan yang teruk.

2. Won Bin

won-bin-300x300 Pekerjaan 5 Artis Korea Ini Sebelum Mereka Jadi Terkenal

Drama Autumn In My Heart yang ditayangkan sekitar tahun 2000 sedikit sebanyak mengharumkan nama Won Bin di seluruh Asia termasuklah di Malaysia. Sejak itu, rezeki anak kelahiran Gangwon Province, Korea Selatan ini dalam bidang lakonan melimpah ruah sehingga ke hari ini. Meskipun sukses sebagai anak wayang, Won Bin bercita-cita untuk menjadi pelumba kereta profesional. Minat mendalam terhadap kenderaan, figura kacak ini memilih sekolah vokasional untuk belajar tentang membaikpulih sesebuah kereta dan motosikal. Malah, Won Bin pernah bekerja di sebuah kedai peralatan kenderaan di tempat asalnya dan sempat mendapatkan lesen pelumba kereta.

3. Yoon Sang Kyun

Yun-Kyun-Sang-300x300 Pekerjaan 5 Artis Korea Ini Sebelum Mereka Jadi Terkenal

Memulakan langkah dalam industri seni lakonan ketika berusia 32 tahun, Yoon Sang Kyun berjaya mencuri tumpuan para peminat serta menjadi buruan pengarah dan penerbit di sana. Dengan bakat yang sedia ada, drama bersiri lakonannya iaitu Queen Of Housewives dan My Fair Lady berjaya mendapat sambutan yang luar biasa daripada peminat drama Korea. Sebelum bergelar bintang, Sang Hyun menjalankan bisnes di Kyung In Women’s University dengan menjual pelbagai makanan seperti ddukbokki dan fishcake. Menariknya, perniagaannya mendapat sambutan dan laris sehinggakan beliau mampu membeli sebuah rumah selepas setahun kemudian. Aktor ini juga pernah menjual pakaian di pasar malam.

4. Kim Tae Ri

Kim-Tae-Ri-300x300 Pekerjaan 5 Artis Korea Ini Sebelum Mereka Jadi Terkenal

Kim Tae Ri, pelakon baharu wanita yang semakin meningkat naik. Filem bertajuk The Handmaiden yang ditayangkan pada 2016 melonjakkan namanya di persada seni hiburan Korea Selatan. Tahukah anda, graduan komunikasi dan kewartawanan di Kyung Hee University ini pernah bekerja restoran makanan segera, kafe dan kedai cederamata. Beliau juga menjadi penjual susu soya di kedai borong.

5. So Ji Sub

So-Ji-Sub-300x300 Pekerjaan 5 Artis Korea Ini Sebelum Mereka Jadi Terkenal

Dari model seluar jeans, So Ji Sub melebarkan sayapnya sebagai seorang pelakon. Namanya mula meroket apabila berlakon dalam drama I’m Sorry, I Love You yang mencipta fenomena sendiri bukan sahaja di Korea malahan di seluruh Asia. Seperti Song Joong Ki, Ji Sub juga seorang atlet renang sebelum mencipta nama sebagai model dan pelakon. Figura tinggi lampai ini pernah menyertai Korean National Games dan memenangi pingat gangsa di temasya sukan berkenaan. Hebat bukan!

azlan-150x150 Pekerjaan 5 Artis Korea Ini Sebelum Mereka Jadi Terkenal

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #artis korea #Kerja Artis Korea Sebelum Terjun Ke Dunia Hiburan #Kim Tae Ri #Pekerjaan 5 Artis Korea Ini Sebelum Mereka Terkenal #Pekerjaan Artis Korea Sebelum Terkenal #Pekerjaan Asal Artis Korea Sebelum Popular #So Ji Sub #Song Joong Ki #won bin #Yoon Sang Kyun

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.