Top 5 Selebriti Indonesia Paling Ramai ‘Follower’ Di Instagram Tahun 2017

Selebriti Indonesia Paling Ramai 'Follower' Di Instagram Tahun 2017

Media sosial boleh dikatakan sebagai sebahagian daripada gaya hidup masyarakat kini.

Menerusi media sosial, kita boleh berkomunikasi antara satu sama lain serta mendapat segala informasi terkini dalam negara dan antarabangsa.

Salah satu media sosial yang popular masa kini adalah Instagram. Untuk rekod, Instagram diaktifkan sejak 10 Oktober 2010 oleh Kevin Systrom dan Mike Krieger sebelum diambil alih oleh Facebook pada 2012.

Masih ingat dengan artikel top 5 selebriti Malaysia miliki ramai pengikut di Instagram? Untuk kali ini, penulis ingin kongsikan top 5 selebriti Indonesia paling ramai ‘follower’ di Instagram pada 2017. Take a look!

5. Laudya Cynthia Bella – 17.4 Juta Follower

Laudya-Cynthia-Bella-300x300 Top 5 Selebriti Indonesia Paling Ramai 'Follower' Di Instagram Tahun 2017
Akaun Instagram: @laudyacynthiabella

Jika anda pengemar filem Surga Yang Tak Dirinduikan dan Surga Yang Tak Dirinduikan 2, pastinya mengenali aktres cantik menawan iaitu Laudya Cynthia Bella atau mesra disapa Bella. Sebelum bergelar pelakon terkenal, anak bongsu daripada empat beradik ini memulakan kerjaya seninya sebagai model dan bintang iklan komersil. Antara sinetron yang pernah dibintanginya adalah Senandung Masa Puber, Cinta Bunga dan Juragan Jengkol. Figura berketurunan Jawa ini juga pernah menganggotai kumpulan nyanyian yang dikenali sebagai Bukan Bintang Biasa yang turut disertai Raffi Ahmad dan Dimas Beck. Aktres berhijab ini menduduki tangga kelima selebriti Indonesia paling ramai pengikut di Instagram dengan memiliki 17.4 juta follower. Setakat ini, Bella telah memuatnaik sebanyak 2427 kiriman (foto dan video) di media sosial tersebut.

4. Prilly Latuconsina – 17.7 Juta Follower

Prilly-Latuconsina-300x300 Top 5 Selebriti Indonesia Paling Ramai 'Follower' Di Instagram Tahun 2017

Akaun Instagram: @prillylatuconsina96

Gadis bernama Prilly Latuconsina merupakan artis muda Indonesia yang versatil dan memiliki aura tersendiri. Figura cun ini bukan sahaja bergelar sebagai penyanyi bahkan aktif di dunia lakonan dan pengacaraan. Berada di tangga keempat, anak jati Kota Tangerang, Provinsi Banten, Indonesia ini mempunyai seramai 17.7 juta follower. Sepanjang bergelar anak seni, figura berumur 21 tahun ini menerima pelbagai penghargaan termasuklah Aktris Terfavorit di Panasonic Gobel Awards 2016 dan 2015, Host Tamu Paling Inbox di Inbox Awards 2016 dan Selebriti Sosmed Paling Eksis di Infotainment Awards 2015.

3. Syahrini – 18.7 Juta Follower

Syahrini-300x300 Top 5 Selebriti Indonesia Paling Ramai 'Follower' Di Instagram Tahun 2017

Akaun Instagram: @princessyahrini

Rini Fatimah Jaelani atau nama komersilnya Syahrini merupakan salah satu selebriti Indonesia yang aktif di media sosial terutamanya di Instagram. Sehingga artikel ini ditulis, anak kelahiran Bogor, Jawa Barat, Indonesia ini berada di carta ketiga dimana memiliki 18.7 juta pengikut. Menerusi Instagramnya, penyanyi lagu Sesuatu dan I Love You Allah ini telah melancarkan koleksi minyak wanginya iaitu In Love Parfums pada 21Julai 2017 dan boleh didapati di seluruh Sephora Indonesia. Paling menarik, figura ini bakal menjayakan Konsert NOVA: Live In Malaysia di Stadium Melawati, Shah Alam pada 5 Ogos 2017 bersama-sama Dayang Nurfaizah, Cakra Khan, Judika dan Azlan Typewriter.

2. Raffi Ahmad & Nagita Slavina – 18.9 Juta Follower

Raffi-Ahmad-dan-Nagita-Slavina-300x300 Top 5 Selebriti Indonesia Paling Ramai 'Follower' Di Instagram Tahun 2017

Akaun Instagram: @raffinagita1717

Jika sebelum ini ditangga di ketiga, akuan perkongsian pasangan selebriti terkenal Indonesia, Raffi Ahmad dan Nagita Slavina kini berada di posisi kedua dengan memperolehi seramai 18.9 juta pengikut di Instagram. Selain berkongsi perkembangan karier seni masing-masing, suami isteri ini seringkali memuatnaik foto putera sulungnya bernama Rafathar Malik Ahmad yang kini berusia dua tahun. Pasangan merpati dua sejoli ini berkahwin pada 17 Oktober 2014.

1. Ayu Ting Ting – 21. 1 Juta Follower

ayu-ting-ting-300x300 Top 5 Selebriti Indonesia Paling Ramai 'Follower' Di Instagram Tahun 2017

Akaun Instagram: @ayutingting92

Selebriti Indonesia paling ramai follower di Instagram pada tahun ini dimiliki oleh Ayu Ting Ting. Penyanyi dangdut popular ini memiliki seramai 21.1 juta pengikut di media sosial berkenaan. Dari data Sosialblade, pelantun lagu Sambalado dan Alamat Palsu ini berada di tangga 64 dalam carta top 100 pengguna Instagram paling ramai pengikut di dunia. Rezekinya bukan sahaja di dalam bidang nyanyian malahan berbakat besar di dunia pengacaraan dan lakonan.

azlan-150x150 Top 5 Selebriti Indonesia Paling Ramai 'Follower' Di Instagram Tahun 2017

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Artis Indonesia #Artis Indonesia dengan Follower Instagram Terbanyak #Artis Indonesia Paling Ramai Follower Di Instagram 2017 #Ayu Ting Ting #Images for selebriti indonesia ramai follower #Instagram Artis Indonesia 2017 #Laudya Cynthia Bella #Prilly Latuconsina #Raffi Ahmad & Nagita Slavina #Seleb Indonesia ini Punya Followers Instagram Terbanyak #Selebriti Indonesia Paling Terpengaruh Di Instagram 2017 #Syahrini #Top 5 Selebriti Indonesia Miliki Ramai Pengikut Di Instagram

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.