Trivia Menarik Latif Romly, Atlet Lompat Jauh Paralimpik Malaysia

Menarik Latif Romly, Atlet Lompat Jauh Paralimpik Malaysia

Nama Latif Romly mula dikenali selepas melakarkan sejarah luar biasa di temasya Sukan Paralimpik 2016 di Rio, Brazil.

Atlet paralimpik negara ini menjuarai pingat emas bagi acara lompat jauh T20 di kejohanan antarabangsa berkenaan.

Selain Sukan Paralimpik 2016, jejaka kelahiran Perlis ini turut memenangi pingat emas dalam acara lompat jauh di Sukan Para Asia 2014, Kejohanan Dunia Olahraga IPC 2015 serta Sukan Para Asean 2015.

Terkini, jejaka berusia 20 tahun ini mewakili negara di Sukan Para Asean KL 2017 mulai 18 hingga 22 September 2017.

Terdahulu, Latif bersama-sama dua atlet kelainan upaya negara, Ziyad Zolkefli dan Ridzuan Puzi diberi penghormatan sebagai pembawa bendera Jalur Gemilang di acara pembukaan Sukan Para Asean KL 2017.

Berikut, penulis kongsikan trivia menarik dan ringkasan biodata wira ‘istimewa’ ini. Selamat membaca!

1. Menghidap Masalah Ketidakupayaan Intelektual Sejak Kecil

Untuk pengetahuan para pembaca, latif tidak mengalami sebarang kecacatan fizikal tetapi menghidap masalah ketidakupayaan intelektual (masalah pembelajaran) dimana turut dikategorikan sebagai orang kelainan upaya (OKU). Beliau mula pandai membaca ketika berusia 15 tahun. Meskipun lemah dalam bidang akademik, anak muda ini sangat aktif dalam bidang sukan sehingga mewakili sekolah dan negeri.

2. Olahragawan Kebangsaan 2016

Latif pernah dinobatkan Olahragawan Kebangsaan 2016 di Anugerah Sukan Negara (ASN) 2016 yang telah disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V. Paling manis, Latif merupakan atlet paralimpik kebangsaan yang pertama memenangi anugerah berprestij berkenaan sejak dikelolakan mulai tahun 1966.

3. Pecah 3 Rekod Dunia Di Sukan Paralimpik Rio 2016

Latif memecah 3 rekod dunia dalam masa satu hari sempena temasya Sukan Paralimpik Rio 2016 di Brazil apabila memenangi pingat emas acara lompat jauh T20 dimana beliau berjaya melakukan lompatan sejauh 7.47 m, 7.54 m dan 7.60 m dengan memadam rekod lama dunia iaitu 7.35 m.

4. Ganjaran Penerbangan Percuma Seumur Hidup

Hasil kejayaannya di Sukan Paralimpik Rio 2016, Latif menerima hadiah penerbangan percuma seumur hidup daripada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes.

5. Dikurniakan Anugerah Khas Sempena Ulang Tahun Keputeraan Raja Perlis

Latih turut dikurniakan Anugerah Khas Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) sempena sambutan Ulang Tahun Keputeraan Ke-74, Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail pada 27 Julai lalu. Menerusi majlis tersebut, baginda berkenan menganugerahkan pingat, sijil dan wang tunai berjumlah RM6,000 kepada jejaka tinggi lampai berkenaan.

Biodata Ringkas Latif Romly

Nama Penuh: Abdul Latif Romly
Nama Komersil: Latif Romly
Tarikh Lahir: 31 March 1997
Umur: 20 Tahun (2017)
Asal: Arau, Perlis
Adik Beradik: Anak bongsu daripada tujuh beradik
Kerjaya: Atlet Lompat Jauh Paralimpik Malaysia
Status: Single
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia
Kelas Kecacatan: T20 (Masalah Pembelajaran)

Pencapaian:

  • Pingat emas di acara lompat jauh lelaki T20 di Kejohanan Dunia Olahraga Para 2017 di London, England.
  • Pingat emas di acara lompat jauh lelaki T20 di kejohanan Sukan Paralimpik 2016 di Rio, Brazil.
  • Pingat emas di acara lompat jauh lelaki T20 di kejohanan Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak 2016.
  • Pingat emas di acara lompat jauh lelaki T20 di Sukan Para ASEAN 2015 di Singapura.

Laman Sosial Media Latif Romly

Foto Menarik Latif Romly

Anugerah-Khas-Sempena-Ulang-Tahun-Keputeraan-Raja-Perlis-300x300 Trivia Menarik Latif Romly, Atlet Lompat Jauh Paralimpik Malaysia Latif-Romly-300x300 Trivia Menarik Latif Romly, Atlet Lompat Jauh Paralimpik Malaysia Menarik-Latif-Romly-atlet-paralimpik-malaysia-300x300 Trivia Menarik Latif Romly, Atlet Lompat Jauh Paralimpik Malaysia Menarik-Latif-Romly-300x300 Trivia Menarik Latif Romly, Atlet Lompat Jauh Paralimpik Malaysia

azlan-150x150 Trivia Menarik Latif Romly, Atlet Lompat Jauh Paralimpik Malaysia

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Atlet Lompat Jauh Paralimpik Malaysia #Biodata Latif Romly #Kenali Latif Romly #Latif Romly #Trivia Menarik Latif Romly

Tragedi Nakba 1948 : Pembetukan Negara Haram Israel
Nakba (malapetaka atau tragedi dalam bahasa Arab) merujuk kepada peristiwa yang berlaku pada
Kaitan Bangsa Yahudi dengan Nabi Yusuf A.S
Makam Nabi Yusuf A.S Makam Nabi Yusuf adalah tempat suci dalam Islam dan
Negara Mana Miliki Kapal Pengangkut Pesawat @ Aircraft Carrier?
Sesetengah negara mempunyai kapal pengangkut pesawat (aircraft carrier) sebagai sebahagian daripada kekuatan tentera
Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi

Comments are closed.