10 Makanan Wajib Beli Jika Anda Ke Bazar Ramadan

Bazar Ramadan

Saban tahun, amalan membeli makanan di Bazar Ramadan untuk berbuka puasa dan sahur menjadi rutin harian orang ramai termasuklah penulis.

Selalunya, orang ramai mula menerjah bazar-bazar Ramadan selepas waktu Asar bagi mencari juadah kegemaran masing-masing.

Dengan kepelbagaian lauk-pauk, kuih-muih, manisan dan air minuman, membuatkan para pengunjung rambang mata dalam membeli makanan.

Untuk kali ini, penulis senaraikan 10 makanan wajib beli jika anda ke bazar Ramadan. Check it out!

1. Ayam Percik

Siapa tidak suka Ayam Percik lebih-lebih lagi di bulan Ramadan. Tua, muda, kecil atau besar, semuanya menyukai makanan lazat ini.

Dari jauh, aroma semerbak ayam percik menarik perhatian semua pengunjung yang rambang mata untuk membelinya. Pastinya, ayam percik menjadi carta pertama anda jika berkunjung ke bazar Ramadan.

2. Ayam Golek/Kambing Golek

Selain ayam percik, juadah seperti ayam golek atau kambing golek sangat popular di bulan Ramadan.

Walaupun harga yang dikenakan sedikit mahal, namun peminatnya tetap setia membelinya untuk dinikmati sewaktu berbuka puasa.

Malahan, ayam golek dan kambing golek menjadi tarikan utama bufet-bufet Ramadan di restoran hingga hotel-hotel bertaraf lima bintang.

3. Nasi Kerabu

Tidak lengkap rasanya, kalau berbuka puasa tanpa menjamah nasi.

Nasi Kerabu merupakan salah satu makanan wajib beli jika ke bazar Ramadan.

Bagi penulis, nasi kerabu adakah hidangan lengkap yang sesuai untuk orang berpuasa kerana mengandungi pelbagai khasiat tersendiri yang diperlukan dalam tubuh badan kita.

4. Air Tebu

Boleh dikatakan, air tebu merupakan air minuman yang paling laris di bulan puasa.

Kebanyakkan penjual air buah-buahan akan memilih menjual air tebu kerana permintaannya sangat tinggi di bulan Ramadan.

Menariknya tentang air tebu, jusnya diperah menggunakan mesin pemerah yang dimiliki peniaga dan anda boleh melihatnya secara langsung bagaimana proses perahan berlaku di depan mata.

5. Air Kelapa

Tidak dinafikan, air kelapa menjadi pilihan buat penggemar air buah-buahan untuk menghilangkan rasa dahaga ketika berbuka.

Untuk info, air kelapa boleh meningkatkan tahap kesihatan anda seperti mengawal kadar gula dalam darah, membantu proses penghadaman dan melambatkan proses penuaan. Hebat bukan!

6. Akok

Pasti menyesal jika anda tidak membeli kuih tradisi ini jika ke bazar Ramadan. Kuih Akok merupakan kuih-muih tradisional yang mesti ada ketika berbuka puasa terutamanya bagi warga Kelantan.

Seunik namanya, kuih ini diperbuat daripada campuran tepung dan telur yang di letakkan di dalam acuan khas kemudian dibakar didapur arang. Sekali rasa, pasti nak lagi.

7. Kuih Melaka

Kuih Melaka atau lebih dikenali sebagai Onde-Onde merupakan salah satu kuih tradisional orang Melayu yang turut digemari oleh kaum-kaum lain di Malaysia.

Kuih ini bukan hanya popular di bulan Ramadan malahan sangat sesuai dijadikan sebagai juadah minum petang.

Jika dahulu, kuih Melaka dilihat berwarna hijau tetapi kini dijadikan pelbagai warna untuk menarik si pembeli membelinya di bazar Ramadan.

8. Tepung Pelita

Bagi penulis, Tepung Pelita merupakan kuih-muih tradisional kesukaan orang ramai. Kuih ini menjadi pilihan para peniaga untuk dijual di bazar-bazar Ramadan kerana mendapat permintaan yang tinggi dari para pelanggan di bulan istimewa ini.

Untuk rasa yang lebih sedap, penulis sarankan anda letakkan tepung pelita di dalam peti sejuk. Pasti menyelerakan!

9. Murtabak

Murtabak adalah makanan yang laku keras di bazar-bazar Ramadan sehingga memerlukan anda beratur panjang untuk mendapatkannya.

Selain di bulan puasa, makanan ini juga di jual pada bulan-bulan biasa di pasar-pasar malam.

Kebiasaannya, murtabak dijadikan sebagai pembuka selera sebelum menjamah makanan berat ketika berbuka puasa atau iftar.

Paling menarik, Murtabak Cheese (keju) turut diperkenalkan pada tahun lalu dan viral di media-media sosial.

10. Roti John

Walaupun dijual di hari-hari biasa, Roti John juga menjadi salah satu juadah wajib beli apabila pergi ke bazar Ramadan.

Jika berkesempatan ke bazar Ramadan, penulis pasti mencari makanan ini untuk dimakan ketika sahur. Dalam seminggu, dua tiga kali penulis makan roti john.

Dengan roti bersaiz panjang berserta inti daging bertelur, mayonis, sos cili dan beberapa bahan lain membuatkan para pengunjung jadi kecur air liur.

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #apa ada di bazar ramadan #bazaar ramadan malaysia #juadah berbuka puasa #Makanan Berbuka Puasa #Makanan Wajib Beli Di Bazar Ramadan #Makanan Wajib Beli Di Bulan Ramadan #Ramadan 2017

Top 5 Jenama Fesyen Dunia Paling Popular 2017
Setiap manusia yang ada di muka bumi mempunyai cara tersendiri apabila berfesyen. Bermula
5 Jenis Kasut Wanita Perlu Ada Dalam Simpanan Mereka, Lelaki Kenalah Faham!
Selain pakaian, makeup, aksesori dan minyak wangi, sepatu atau kasut memainkan peranan yang
Ketahui Karakter Lelaki Idaman Anda Menerusi Minyak Wangi Yang Dipakai. Wanita Wajib Ambil Tahu!
Ingin mengenali karakter dan personaliti diri lelaki idaman anda? Jangan khuwatir! Anda boleh
Tips Pilih Minyak Wangi Ikut Personaliti Diri Wajib Anda Tahu!
Tanpa mengira jantina, minyak wangi atau perfume merupakan item wajib dimiliki setiap orang

Comments are closed.