Biodata Penuh Nazrief Nazri, Pelakon Drama Nasi Minyak Kuah Cinta

Gaya Pelakon Nazrief Nazri

Sinopsis Drama Nasi Minyak Kuah Cinta

Mengisahkan tentang Izka (Nazrief Nazri), seorang wartawan di sebuah stesen televisyen, secara tidak sengaja telah bertemu dengan Mia (Emma Maembong) di dalam sebuah bas ketika ingin bercuti pulang ke kampung. Mia baru sahaja menamatkan pengajian di peringkat ijazah dalam bidang komunikasi massa. Dia masih mencari pekerjaan yang sesuai dengan dirinya. Ketika di dalam bas, Izka dan Mia mendapati nombor tempat duduk mereka sama. Oleh kerana kedua-duanya mempunyai tahap ego yang tinggi, maka tercetuslah pertengkaran antara mereka.

Akhirnya, mereka berdua terpaksa menaiki bas yang berlainan setelah dihalau keluar oleh pemandu bas tersebut. Kedua-dua terpaksa mengambil bas di waktu petang. Mia menyalahkan Izka kerana tidak sempat menghantar ibu dan bapanya ke lapangan terbang untuk mengerjakan umrah.

Drama antara mereka berdua berlanjutan apabila Mia mula menjalani latihan praktikal di stesen televisyen yang sama dengan Izka. Ini memberi peluang kepada Izka untuk membalas dendam terhadap Mia. Izka kurang bertuah dalam percintaan dan telah dua kali putus cinta. Mungkin disebabkan itu Izka agak dingin dengan perempuan dan menyerah soal jodoh kepada ibunya Azizah.

Satu hari, Izka menghantar kereta antik kesayangannya ke bengkel. Suraya (Aishah Ilias) yang merupakan seorang pengasas produk kecantikan, turut menghantar keretanya di bengkel yang sama. Suraya perli kereta Izka yang buruk itu. Izka tidak mengendahkan kata-kata Suraya.

Tanpa disangka, Suraya bertemu semula dengan Izka kerana dia ditugaskan untuk membuat liputan produk kecantikan milik Suraya. Ini membuatkan Suraya berasa serba salah dan terus berubah perangai menjadi baik dan bermulut manis. Di kampung, Azizah telah mengaturkan pertunangan Izka dengan gadis bernama Zulaikha. Pada masa yang sama, ibu dan bapa Mia juga telah mengaturkan jodoh untuk Mia dengan jejaka pilihan mereka bernama Putra.

Sekali lagi ibu Izka menyuruh Izka pulang ke kampung untuk bertemu dengan Zulaikha. Namun, Izka terpaksa pulang sehari selepas tarikh yang ditetapkan ibunya kerana Mia pun bercuti pada hari yang sama. Zulaikha ada meninggalkan nasi minyak dan kuah kari ayam yang dimasaknya untuk Izka. Selepas merasai masakan Zulaikha, Izka mula rasa terpikat lalu dia pun meminta ibunya untuk meminang Zulaikha.

Apa yang tidak diketahui oleh Mia dan Izka adalah mereka sebenarnya merupakan tunang masing-masing. Mia mesra dipanggil ‘Zulaikha’ oleh keluarganya kerana dia kuat menangis waktu kecil dahulu dan nama itu diberi oleh neneknya sebagai ‘pengubat’. Pada masa yang sama, Mia bertanya tentang Putra kepada ibunya. Dia hanya pernah berbual dengan Putra melalui telefon sahaja. Sudah semestinya perasaan ingin tahu itu semakin kuat.

Drama Nasi Minyak Kuah Cinta ini diarahkan oleh Eoon Shuhaini. Ia mengandungi 20 episod dan diterbitkan oleh Orangetree Production Sdn Bhd. Antara pelakon yang membintangi drama ini adalah Emma Maembong, Nazrief Nazri, Aishah Ilyas, Shah Jaszle, Anas Ridzuan, Idzham Ismail, Rizman Khuzaimi, Ieka Simone, Fara Mendoza dan ramai lagi.

Biodata Nazrief Nazri

Nama Penuh : Mohamad Nazrief Bin Mohamad Nazri
Nama Popular : Nazrief Nazri
Tarikh Lahir : 1991
Umur : 25 tahun (2016)
Asal : Seremban, Negeri Sembilan
Kerjaya : Model, penyanyi dan pelakon
Agama : Islam
Warganegara : Malaysia
Pendidikan : Integrasi Kejuruteraan Jepun, Ijazah Pengurusan Maritim di UNIKL Mimet, Perak
Drama : Cinta Ilahi, Tanah Kubur, Maskara, Demi Cinta Ain, Suami Sebelah Rumah, Lari Mira, Oh My English, HidayahMu Ramadan, Lara Terindah, Nasi Minyak Kuah Cinta (2016)

Laman Sosial Nazrief Nazri

Info Sensasi Nazrief Nazri

  • Nazrief Nazri adalah antara 23 Finalist Hero Remaja 2011/2012.
  • Nazrief Nazri hadir selaku pelakon utama dalam drama Lara Terindah bergandingan dengan pelakon wanita Nelydia Senrose.
  • Nazrief Nazri juga memegang watak utama dalam drama Nasi Minyak Kuah Cinta dan bergandingan dengan pelakon wanita Emma Maembong.

Gambar Menarik Nazrief Nazri

gaya-pelakon-nazrief-nazri-e1476703991192-300x300 Biodata Penuh Nazrief Nazri, Pelakon Drama Nasi Minyak Kuah Cintanasi-minyak-kuah-cinta-e1512356597234-300x300 Biodata Penuh Nazrief Nazri, Pelakon Drama Nasi Minyak Kuah Cintaemma-maembong-dengan-nazrief-nazri-nasi-minyak-kuah-cinta-300x300 Biodata Penuh Nazrief Nazri, Pelakon Drama Nasi Minyak Kuah Cintagambar-Nazrief-Nazri-pakai-cap-300x300 Biodata Penuh Nazrief Nazri, Pelakon Drama Nasi Minyak Kuah Cintagambar-Nazrief-Nazri-300x300 Biodata Penuh Nazrief Nazri, Pelakon Drama Nasi Minyak Kuah Cintapelakon-utama-nasi-minyak-kuah-cinta-nazrief-nazri-300x300 Biodata Penuh Nazrief Nazri, Pelakon Drama Nasi Minyak Kuah Cintawajah-macho-hensem-nazrief-nazri-300x300 Biodata Penuh Nazrief Nazri, Pelakon Drama Nasi Minyak Kuah Cintagambar-selfie-nazrief-nazri-300x300 Biodata Penuh Nazrief Nazri, Pelakon Drama Nasi Minyak Kuah Cintanazrief-nazri-pelakon-drama-300x300 Biodata Penuh Nazrief Nazri, Pelakon Drama Nasi Minyak Kuah Cintawajah-hensem-nazrief-nazri-300x300 Biodata Penuh Nazrief Nazri, Pelakon Drama Nasi Minyak Kuah Cinta

logo-150x150 Biodata Penuh Nazrief Nazri, Pelakon Drama Nasi Minyak Kuah Cinta

Encik Shino

More Posts - Website

Follow Me:
facebook Biodata Penuh Nazrief Nazri, Pelakon Drama Nasi Minyak Kuah Cinta

Loading...

Tags: #biodata penuh Nazrief Nazri #drama lakonan Nazrief Nazri #gambar hero nasi minyak kuah cinta #gambar terbaru Nazrief Nazri #Mohamad Nazrief Bin Mohamad Nazri #nazrief nazri biodata #nazrief nazri cinta semalam #nazrief nazri dan kekasih #nazrief nazri drama #nazrief nazri kacak #nazrief nazri twitter #nazrief nazri umur #profil pelakon Nazrief Nazri #sinopsis drama nasi minyak kuah cinta

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Leave a reply "Biodata Penuh Nazrief Nazri, Pelakon Drama Nasi Minyak Kuah Cinta"