Kadar Harga Tiket MRT Malaysia Dari Sungai Buloh Ke Kajang 2017

Gambar Tren MRT Sungai Buloh

Kadar Tambang MRT Sungai Buloh – Kajang tahun 2017

Perkhidmatan ini menawarkan diskaun sebanyak 50% untuk tambang tunai kepada semua warga emas, pelajar dan golongan orang kurang upaya (OKU) yang menggunakan perkhidmatan MRT dan bas pengantara MRT. Kanak-kanak di bawah umur tujuh tahun pula tidak dikenakan tambang (percuma). Antara laluan perkhidmatan ini adalah meliputi kawasan-kawasan berikut :

  • Sungai Buloh
  • Kampung Selamat
  • Kawasan Damansara
  • Kawasan Sentral
  • Kota Damansara
  • Surian
  • Mutiara Damansara
  • Bandar Utama
  • Taman Tun Dr Ismail
  • Phileo Damansara
  • Pusat Bandar Damansara
  • Semantan
  • Muzium Negara
  • Pasar Seni
  • Merdeka
  • Bukit Bintang
  • Tun Razak Exchange
  • Cochrane
  • Maluri
  • Taman Pertama
  • Taman Midah
  • Taman Mutiara
  • Taman Connaught
  • Taman Suntex
  • Sri Raya
  • Bandar Tun Hussein Onn
  • Batu Sebelas Cheras
  • Bukit Dukung
  • Sungai Jernih
  • Stadium Kajang
  • Kajang

Tambang paling rendah untuk perjalanan satu hentian mengikut struktur tambang tunai pula adalah RM1.10, iaitu perjalanan dari stesen Pasar Seni dan Merdeka. Manakala tambang maksima adalah RM6.40 berdasarkan kepada struktur tambang tunai, dan RM5.50 berdasarkan tambang tanpa tunai (cashless), meliputi perjalanan penuh daripada Sungai Buloh ke Kajang dengan jarak perjalanan sejauh 51 kilometer dengan melalui 31 stesen. Sila rujuk jadual kadar tiket dibawah.

Peta laluan MRT Sungai Buloh-Kajang

Laluan MRT Malaysia

Klik untuk melihat Laluan MRT Malaysia

Tahap keselamatan MRT

  • Perkhidmatan MRT mematuhi peraturan-peraturan keselamatan Malaysia, untuk keselamatan dan evakuasi ketika kebakaran.

Tahap keselamatan di stesen

  • Stesen mempunyai kakitangan
  • Sistem kawalan keselamatan
  • Diawasi dengan menggunakan kamera litar tertutup
  • Telefon bantuan untuk kegunaan penumpang
  • Kawasan yang terang
  • Dipasang dengan alat pengesan asap/api
  • Sistem pengumuman awam untuk pengumuman kecemasan

Ciri keselamatan di dalam tren

  • Interkom untuk penumpang menghubungi Pusat Kawalan Operasi
  • Kamera Litar Tutup di dalam tren
  • Sistem pengumuman awam dalam tren untuk pengumuman kecemasan
  • Prosedur evakuasi penumpang semasa kecemasan

Keselamatan landasan

  • Orang tidak berkenaan dilarang masuk ke kawasan tren
  • Rel pembekal tenaga dilindungi rapi
  • Laluan pejalan kaki kecemasan yang selamat bersebelahan dengan tren yang digunakan untuk evakuasi tren
Jadual Tambang MRT Sungai Buloh Kajang Token

MRT Sungai Buloh Kajang Token

Tambang MRT Sungai Buloh Kajang Top UP

Tambang MRT Sungai Buloh Kajang Top UP

Carian Berkaitan

tambang mrt kajang ke muzium negara, harga mrt dari sg buloh ke pasar seni, harga seorang dewasa menggunakan mrt malaysia, harga tambang mrt, senarai harga tiket mrt
Loading...

Tags: #Kadar Harga Tiket MRT Malaysia #kadar tambang mrt #laluan mrt sungai buloh #mrt sungai buloh #stesen mrt #sungai buloh kajang mrt #tiket mrt 2017

Panduan Mudah Menanam Bayam Dalam Pasu
Bayam atau dalam bahasa Inggerisnya dikenali sebagai ‘Spinach’ adalah spesies Amaranthus gangeticus yang
Tips Menanam Sayur Di Ruangan Sempit
Berkebun dengan menggunakan bekas seperti botol plastik, polibeg atau pasu boleh menjadi satu perkara yang menyeronokkan. Hal ini amat sesuai
10 Syarikat Penerbangan Tambang Termurah Di Dunia. Jangan Terkejut Kalau Baca!
Tambang murah tidak selalu bererti kualiti yang rendah. Jika anda ingin terbang dari
Ini Ciri-Ciri Perempuan Yang Dibenci Lelaki
Kaum lelaki memang sempoi dan adakalanya agak selekeh, tetapi percayakah anda bahawa mereka

Leave a reply "Kadar Harga Tiket MRT Malaysia Dari Sungai Buloh Ke Kajang 2017"