Apa Yang Menarik Tentang iPhone 8 & iPhone 8 Plus?

Iphone 8 Dan Iphone 8 Plus

Syarikat pengeluar telefon pintar terkemuka dunia iaitu Apple telah memperkenalkan dua produk terbaharunya iaitu iPhone 8 dan iPhone 8 Plus pada 12 September di New York, Amerika Syarikat.

Pengumuman itu menjadi perhatian masyarakat dunia terutamanya bagi pencinta tegar gajet sehingga tular dan sensasi di media-media sosial hari ini.

Mesti anda tertanya-tanya apakah kelainan, inovasi, harga dan tarikh kedua-dua smartphone ini dijual.

Buat tatapan pembaca, penulis senarai 6 trivia menarik tentang iPhone 8 dan iPhone 8 Plus. Check it out!

1. Layar Skrin

Menggunakan layar IPS LCD, iPhone 8 memiliki layar berukuran 4.7 inci dengan resolusi 1.334 x 750 pixel dan kepadatan pixel sehingga 326ppi.

Sementara itu, iPhone 8 Plus pula direka dengan skrin yang lebih besar iaitu 5.5 inci dengan resolusi 1.920 x 1.080 pixel dimana kepadatan pixel mencapai 401ppi dan membuatnya lebih tajam (sharp) daripada iPhone 8.

2. Rekaan

Berbeza dengan iPhone 7, Apple kali ini menampilkan produk terbaharunya dengan menggunakan bahan kaca level aerospace di hadapan dan di belakang sebagai pelindung smartphonenya.

Malah, iPhone 8 dan iPhone 8 Plus turut dilengkapi cip pemprosesan terbaharu iaitu A11 Bionic. Cip pemprosesan ini dikatakan lebih cepat sehingga 25 % daripada cip pemprosesan sebelumnya iaitu A10 yang terdapat pada iPhone 7.

3. Kamera

Apple masih mengekalkan single camera dengan sensor 12 megapixel (MP) pada iPhone 8 manakala iPhone 8 Plus dilengkapi dwi kamera yang masing-masing memiliki sensor 12 megapixel. Menariknya, terdapat filtur portrait lighting pada kamera belakang iPhone 8 Plus. Kamera depan bagi kedua-dua telefon pintar ini masih menggunakan sensor 7 megapixel.

4. Filtur

Tahukah anda, kedua-kedua telefon pintar ini merupakan anti air, anti debu dan menggunakan fungsi pengecasan tanpa wayar. Selain mempunyai fungsi skrin Retina HD, iPhone 8 dan iPhone 8 Plus hadir dengan fungsi pengimbas jari atau Touch ID serta fast charging hingga 50 % dalam masa 30 minit.

5. Warna

iPhone 8 dan iphone 8 Plus didatangkan dengan hanya tiga warna iaitu emas ros (rose gold), kelabu (space grey) dan perak (silver).

6. Harga

Harga yang ditawar untuk iPhone 8 adalah RM3,099 atau 699 dollar US manakala iPhone 8 Plus berharga RM3,499 atau 799 dollar US.

Untuk anda yang ingin memiliki iPhone 8 atau iPhone 8 Plus, bolehlah membuat tempahan mulai 15 September namun Malaysia bukan negara terawal menerimanya.

azlan-150x150 Apa Yang Menarik Tentang iPhone 8 & iPhone 8 Plus?

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Apple Smartphone #best berkenaan iphone 8 #Ciri-ciri iPhone 8 & iPhone 8 Plus #iphone 8 #Iphone 8 & iphone 8 plus #iphone 8 vs iphone 8 plus #ipnone 8 plus #Trivia Menarik iPhone 8 & iPhone 8 Plus

Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kelebihan Pelaburan Dalam Hartanah dan Aset
Pelaburan dalam aset dan hartanah boleh memberikan beberapa kelebihan kepada pelabur. Berikut adalah
Overlap Loan : Pinjam Wang Untuk Bayar Pinjaman
Mengambil pinjaman baru untuk membayar pinjaman sedia ada selalunya tidak disyorkan, kecuali dalam
Strategi Kurangkan Beban Hutang Pinjaman Bank
Untuk mengurangkan beban hutang pinjaman bank anda, anda boleh melaksanakan beberapa strategi yang

Comments are closed.