5 Tempat Paling Ikonik Filem Walt Disney Ini Boleh Anda Temui Di Dunia Nyata!

Tempat Ikonik Dalam Filem Walt Disney

Filem Walt Disney bukan sahaja ditonton kanak-kanak malahan disaksikan oleh sesiapa sahaja.

Selain menarik dan menghiburkan, filem-filem keluaran Walt Disney juga mempunyai pengikutnya tersendiri dan pecah panggung apabila ditayangkan.

Antara filem-filem Walt Disney yang popular adalah Cinderella, Frozen, Snow White and the Seven Dwarfs, Beauty and the Beast, Moana dan banyak lagi.

Bahkan, kita turut disajikan dengan pelbagai pemandangan dan tempat-tempat menarik menerusi filem-filem berkenaan.

Realitinya, tempat-tempat yang terdapat dalam filem-filem Walt Disney diinspirasikan dari dunia nyata.

Dipetik dari portal Tribun Travel, penulis senaraikan 5 tempat ikonik dalam filem Walt Disney yang boleh anda temui di dunia nyata. Check it out!

1. Sleeping Beauty – Neuschwanstein Castle di Bavaria, Jerman

Neuschwanstein-Castle-di-Bavaria-Jerman 5 Tempat Paling Ikonik Filem Walt Disney Ini Boleh Anda Temui Di Dunia Nyata!

Tahukah anda, The Royal Castle di dalam filem Sleeping Beauty diinspirasi daripada Neuschwanstein Castle iaitu sebuah istana yang paling cantik dan indah di seluruh dunia. Untuk rekod, istana lama ini telah dibangunkan oleh Ludwig II sebagai tanda penghormatan kepada komposer kesukaaannya bernama Richard Wagner pada tahun 1892.

2. Alladin – Taj Mahal di Agra, India

Taj-Mahal-di-Agra-India 5 Tempat Paling Ikonik Filem Walt Disney Ini Boleh Anda Temui Di Dunia Nyata!

Masih ingat Istana Sultan yang terdapat dalam filem Alladin? Kalau anda nak tahu, istana tersebut diilham oleh Taj Mahal di India. Untuk pengetahuan pembaca, Taj Mahal bukanlah istana tetapi sebuah makam yang dibina oleh Maharaja Shah Jahan sebagai monumen peringatan buat isteri kelimanya, Mumtaz Mahal. Monumen ini telah dibina mulai 1632 dan siap sepenuhnya pada 1648. Taj Mahal turut tersenarai sebagai 7 benda ajaib di dunia.

3. Tangled – Mont Saint Michel di Normandy, Perancis

Mont-Saint-Michel-di-Normandy-Perancis 5 Tempat Paling Ikonik Filem Walt Disney Ini Boleh Anda Temui Di Dunia Nyata!

Menerusi filem Tangled, watak utamanya iaitu Rapunzel yang cantik dan beramput panjang sangat menggagumi keindahan kerajaan Corona yang merupakan tempat asalnya. Rupa-rupanya, kerajaan Corona diinspirasikan menerusi Mont Saint Michel yang terletak di Normandy, Perancis. Dikatakan, pulau seluas 100 hektar (247 ekar) ini mempunyai populasi seramai 50 orang pada tahun 2015.

4. Up – Angel Falls, Venezuela

Angel-Falls-Venezuela 5 Tempat Paling Ikonik Filem Walt Disney Ini Boleh Anda Temui Di Dunia Nyata!

Jika anda pernah menonton filem Up, pastinya melihat keindahan air terjun yang mirip dengan Angel Falls di Canaima National Park, Venezuela. Dengan ketinggian 979 meter, Angel Falls adalah air terjun tertinggi di dunia dan menjadi lokasi wajib jika berkunjung ke Venezuela. Paling menarik, air terjun ini dilawat oleh 900,000 pelancong dari dalam dan luar negara setiap tahun.

5. Mulan – Forbidden City di Beijing, China

Forbidden-City-di-Beijing-China 5 Tempat Paling Ikonik Filem Walt Disney Ini Boleh Anda Temui Di Dunia Nyata!

Istana Maharaja dalam filem Mulan diilham menerusi Kota Terlarang atau Forbidden City di Beijing, China. Untuk info, Kota Terlarang adalah istana rasmi bagi maharaja China bagi Dinasti Ming hingga Dinasti Qing yang terletak di tengah-tengah kota Beijing. Pada ketika itu, tidak ada yang boleh masuk dan keluar daripada istana tersebut tanpa izin maharaja. Kini, Kota Larangan dibuka kepada publik dan menjadi salah satu destinasi ikonik di negara berkenaan.

azlan-150x150 5 Tempat Paling Ikonik Filem Walt Disney Ini Boleh Anda Temui Di Dunia Nyata!

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Filem Walt Disney #kartun walt disney #tempat filem walt disney #Tempat Ikonik Dalam Filem Walt Disney Terinspirasi Dari Dunia Nyata #walt disney

Lokasi Mendaki Sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya. Jom Semak 8 Lokasi Terbaik Ini!
Berikut adalah lokasi tempat yang terbaik untuk aktiviti pendakian di sekitar Kuala Lumpur,
Senarai 10 Bangunan Baru Tertinggi Di Dunia. No.7 Jangan Terkejut!
Jika pada masa ini, bangunan Burj al-Khalifa merupakan bangunan tertinggi di dunia terletak
10 Syarikat Penerbangan Tambang Termurah Di Dunia. Jangan Terkejut Kalau Baca!
Tambang murah tidak selalu bererti kualiti yang rendah. Jika anda ingin terbang dari
Tips Pergi Melancong. Ini Panduan Perlu Anda Tahu Sebelum Memilih Pakej Pelancongan
Panduan Perlu Anda Tahu Sebelum Memilih Pakej Pelancongan Melancong adalah aktiviti yang merehatkan

Comments are closed.